Nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Ayam Wangi Bumbu Serai



Assalammualaikum...
Hari ni saya nakkan menu yang simple untuk makan tengah hari. Tak sampai
satu jam hidangan ini boleh di sediakan! Berasaskan bahan - bahan yang sedia
ada di dapur di adun menjadi lauk yang cukup menyelerakan.

Bahan - bahannya :
500 gram ayam - bersihkan dan toskan
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh gula pasir
2 sudu makan minyak untuk menumis
350 ml air

Bahan Di Kisar Halus :
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
7 biji cili merah segar
Sedikit daun limau purut
1 cm kunyit - kalau nak pakai serbuk pun boleh!
4 biji buah keras - sangai dulu

Cara Membuat :
Tumiskan rempah halus sehingga naik bau. Masukkan ayam. Masak sehingga 
berubah warna. Tambahkan garam, serbuk pati ayam dan gula secukup rasa. Kacau 
sebati. Masukkan air. Kacau lagi. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Hidangkan
bersama nasi yang panas!


Wednesday, May 30, 2012

Martabak Ayam



Cuti sekolah dah bermula. Rumah yang selalunya sunyi menjadi riuh rendah. Biasalah
ada penghuni rumah ni yang selalu berebut dan berkelahi. Hehe.
Semalam saya pergi pasar malam. Ternampak abang murtabak sedang melayan pembelinya.
Saya pun lalu dan singgah untuk membeli beberapa keping murtabak. Tak sempat siap
hujan dah turun. Ah, tak sempat tunggu saya cakap cansel aje dan trus balik!

Teringat murtabak saya yang tak sempat siap. Jadi hari ini saya merajinkan diri untuk
membuat sendiri di rumah. Tang menebar yang tak berapa pandai! Tapi lumayanlah hanya
untuk makan sahaja kat rumah.

Bahan Kulit Murtabak :
300 gram tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa - larutkan dengan sedikit air
150 ml  air

Cara Membuat :
Siapkan mangkuk adunan. Masukkan tepung, susu pekat, marjerin, garam dan juga minyak masak. Uli sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi adunan yang lembut dan tidak melekat di tangan. Bahagikan menjadi bebola kecil dalam 70 gram stiap satu. Lumur dengan minyak atau marjerin. Tutup dengan tuala basah. Dan ketepikan untuk 3 - 4 jam atau pun perap semalam.


Bahan Inti Martabak :
200 gram daging ayam cingcang
3 - 4 biji ubi kentang - potong dadu
2 sudu besar rempah kari
2 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
3 - 4 biji telur - pukul ringan
Air secukup nya
Sedikit daun kari
Minyak masak untuk menumis

Cara Membuat :
Tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari sehingga naik bau. Masukkan ayam dan juga rempah kari. Masukkan ubi kentang. Masukkan sedikit air. Kacaukan hingga semuanya sebati. Masukkan gula dan garam. Tunggu sehingga ubi lembut dan kuah  menjadi pekat bolehlah di angkat.

Ambil seketul kulit martabak yang telah di perap tadi. Nipiskan. Letakkan inti dan telur yang di pukul ringan ( sebatikan inti dan telur ). Lipat segi empat dan kemaskan. Masak martabak di atas kuali leper dengan sedikit minyak. Pastikan perlahankan api agar martabak masak dengan elok.


Bahan - bahannya :
2 labu bawang besar - potong bulat
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
Sedikit garam
3 sudu besar air suam
1 titik pewarna merah

Cara Membuat :
Campurkan semua bahan - bahan di atas di dalam sebuah mangkuk. Kacaukan sehingga
semuanya sebati. Hidangkan dengan martabak ayam tadi.


Monday, May 28, 2012

Roti Sosej Bunga



Assalammualaikum.
Berjumpa kembali. Resepi yang telah saya cuba pagi tadi.  Saya tengok di blog Cik Mat
Gebu. Lagipun saya ada stok sosej yang lama terperap di dalam peti ais saya. Hmm,
anak - anak sukakan roti yang letak sos macam gini, ala - ala macam pizza gitu!! Ok 
sudi boleh menyemak resepinya!

Bahan - Bahannya :
250 gram tepung roti
50 grma gula halus
10 gram susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener
30 gram telur - pecahkan sebiji dan timbang
6 gram yis
125 ml air suam
10 batang sosej - celur dan toskan
Mayonis dan sos cili secukupnya

Cara Membuat :
Larutkan yis di dalam air suam. biar berbuih. Satukan semua bahan - bahan kecuali  mentega. Masukkan bancuhan yis dan gaul rata sehingga menjadi doh. Tambahkan mentega, uli hingga menjadi adunan yang kenyal dan anjal. Rehatkan doh selama 1 jam.

Keluarkan doh, tumbuk adunan untuk membuang udara, dan bahagi kepada 10 bahagian sama besar ( 50 gram ). Ambik satu bahagian dan canai memanjang, letakkan 1 sosej ayam dan gulungkan memanjang. Kemuadian kerat tetapi jangan sampai putus dan bentukkan seperti bunga.


Alihkan adunan yang telah di bentuk tadi di dalam dulang pembakar yang telah di sapu marjerin. Jarakkan  antara satu sama lain. Buat sehingga adunan habis. Perap selama 45 minit. Kemudian paipkan dengan sos cili dan juga mayonis. Bakar pada suhu 160 C hingga keperangan.


Thursday, May 24, 2012

Cake Order



Tempahan kek untuk Adik Amani dan juga Adik Haziqah. Selamat Menyambut Hari Lahir
yang ke 2. Terimakasih.


Sunday, May 20, 2012

Cupcake Order



Hari ni projek menyiapkan tempahan  cupcake untuk Sekolah Tadika. Tempahan dari 
seorang Cikgu, Sungai Ara. TQ. Meh, cuci mata! Hehe.








Friday, May 18, 2012

Chocolate Chip Cookies




Cookies ini berasal dari Amerika. Bentuknya sangat sederhana, hanya bulat dengan permukaan yang tidak lincin kerana ada inti yang pelbagai. Rasanya sedap dan tentunya kaya coklat! Pada kenyataannya, cookies ini terjadi tidak di sengaja. Seorang chef di Massachusett pada tahun 1930 akan membuat cookies, ia menambahkan potongan coklat dengan harapan coklat yang telah di masukkan ke dalam adunan akan mancair setelah di oven. Tetapi coklat tetap dalam keaadaan asalnya. Namun setelah di cuba rasanya enak, dan kini cookies ini menjadi  biskut favorite di seluruh dunia.



Bahan  - bahan ayak :
280 gram tepung gandum
10 gram serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp susu tepung
Secubut garam

Bahan - bahan lain :
250 gram mentega
150 gram gula kastor
1/2 tsp esen vanila
1 biji kuning telur
100 gram coklat chip
100 gram kekacang - di cincang

Cara Membuat :
Pukul mentega, gula dan esen sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul hingga
rata. Masukkan bahan ayak dan kemudian kacaukan sehingga sebati dengan spatula.

Masukkan chip coklat dan cincangan kacang. Kacau rata. Sudukan adunan ke dalam dulang
pembakar. Boleh juga di buat bebola kecil. Susunkan di atas dulang pembakar. Jarakkan 
adunan cookies. Bakar pada suhu 160 C sehingga masak.


Sumber Resepi : Naz's Cute Oven

Tuesday, May 15, 2012

Burger Malaysia


Assalammualaikum.
Ada lebihan sambal ikan bilis tadi pagi yang di makan bersama nasi lemak. Dari pada
terbiar saya olahkan menjadi something yang special. Hehe. Resepi ni saya main campak
sahaja, kan dah selalu buat adunan donut, so lebih kurang samalah resepi ni! Ok. Menu
istimewa dari dapur saya. Hehe.

Bahan - bahannya :
300 gram tepung gandum / tepung roti
1 1/2 sudu besar gula castor
1 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu besar marjerin
1 biji telur ayam
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu kecil yis
180 ml air kosong
Minyak untuk menggoreng

Bahan Pelengkap :
Sambal ikan bilis
Potongan timun



Cara Membuatnya :
Dalam mangkuk pengadun masukan semua bahan - bahan, kecuali marjerin dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga menjadi adunan yang kalis dan tidak melekat di tangan.

Perap adunan selam 30 minit. Tumbuk adunan untuk membuang udara di dalamnya. Bulatkan adunan mengikut saiz yang di inginkan. Perapkan selama 15 minit. Gorengkan di dalam minyak yg sederhana panas. Belah dua roti tapi jangan sampai terputus, isikan dengan sambal ikan bilis dan timun.

Monday, May 14, 2012

Rendang Ayam Minang


Satu hari saya ternampak resepi ni di sini! Lama dah saya salin resepinya. Biasalah simpan dahulu, masak kemudian. Hehe. Jadi buka aje peti sejuk, serai, lengkuas, halia semua bahan - bahan dah ada, saya pun trus ke dapur!

Memasak rendang ni boleh di pelbagaikan. Cili kering bukanlah bahan asas untuk memasak rendang. Apa yang penting ialah lengkuas, kerisik, santan, daun kunyit, serai, dan halia. Bawang tu memang wajiblah! Yang lainnya hanya bahan tambahan, yang boleh di guna ataupun sebalikknya.

Bahan - bahannya :
1 ekor ayam - potong ikut suka
5 ulas bawang putih - kisar
10 ulas bawang merah - kisar
3 - 4 biji cili api - terpulang citarasa
5 biji cili merah / cili kisar
2 inci halia
4 batang serai - 2 batang diketuk
1 inci lengkuas
Rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga cengkih, lawang, pelaga )
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada hitam
Minyak masak secukupnya
Santan kelapa dari 1 biji kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit - potong halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar - saya tambah
2 -  3 keping asam gelugor - saya tambah

Cara Membuatnya :
Tumiskan rempah tumis sehigga naik bau. Masukkan bahan kisar dan serai yang diketuk dan  masak sehingga kekuningan. Masukkan rempah yang lainnya. Kacau rata. Setelah kuah sedikit kering masukkan santan, ayam, kerisik. Perisakan dengan garam dan juga gula sesedap rasa. Jangan lupa masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga kuah sedikit pekat barulah di angkat.

                                 

Sunday, May 13, 2012

Cake Order


Tempahan kek untuk adik Amni yang akan  menyambut hari lahirnya esok. TQ.



Saturday, May 12, 2012

Opera Cake




Assalammualaikum.
Hari ni  istimewa sikit, pasal anak bungsu kita menyambut hari lahir. Hanya buat kek sahaja.
Untuk jamuan kawan - kawannya yang akan datang pada petang nati.  Resepi  ni saya 
tengok di sini! Nak rujuk stepnya sila terus ke blog beliau, ya! Ok, Happy weekend semuanya!

Bahan Untuk Kek :
150 gram gula aising*
45 gram tepung gandum * - * satukan dan ayak
150 gram badam kisar
4 biji telur gred A
30 gram butter - cairkan dan sejukkan sekejap
3 biji putih telur
30 gram gula castor

Cara Membuat :
Di dalam bekas satukan gula aising, tepung gangum dan badam kisar. Masukkan sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati. Tambahkan butter dan gaul rata. Didalam bekas lain, pukul putih telur bersama gula castor sehingga bertanduk. Masukkan ke dalam adunan butter, gaul dengan spatula sehingga sebati.

Lenserkan loyang 8 inci dengan sedikit butter, lapik dengan kertas minyak. Tuang adunan di dalam loyang dan bakar di dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit. Biarkan kek sejuk, barulah di potong pada 3 bahagian. Letakkan kek lapisan bawah atas papan kek sudukan dengan coffee syrup. Kemudian sapukan pulak coffee buttercream pada semua bahagian kek.

Tindihkan kek lapisa kedua, ulangi langkah yang sama. Akhir sekali tindihkan kek lapisan ke 3 sudukan dng coffe syrup, di ikuti sapuan buttercream, Sejukkan di dalam peti sejuk hingga cream mengeras.

Keluarkan kek, letakkan kek atas redai  tuangkan ganache dari atas dan biarkan ganache meleleh dengan sendiri ke seluruh bahagian kek. Hiaskan mengikut kreativiti masing masing2!

Bahan Untuk Coffee Syrup :
100 gram air panas
30 gram gula castor
1 sudu besar kopi segera

Cara Membuat :
Satukan air panas dengan gula castor dan kacaukan sehingga gula larut. Masukkan serbuk kopi segera dan kacaukan sehingga sebati.

Bahan Coffee Buttercream :
300 gram butter
80 gram gula aising - ayakkan
1 1/2 sudu teh coffe emulco

Cara Membuat :
Pulul butter dan gula aising sehingga gebu. Tambahkan cofee emulco, pukul lagi sehingga semuanya sebati.

Bahan Untuk Ganache :
130 gram whipping cream
250 gram coklat compound - potong halus
20 gram butter

Cara Membuat :
Panaskan whiping cream atas api kecil dengan kaedah dauble boil. Tutupkan api dan masukkan potongan coklat bersama butter, gaulkan sehingga semuanya larut.



Friday, May 11, 2012

Grilled Chicken Chop



Asalammualaikum.
Lama niat nak buat  ayam masak cam gini, kan! Tapi hari ini baru terlebih rajin dan
terpanggil untuk mencubanya. Aduhai. Ada beberapa tip dari tuan punya resepi ni.
Masa memilih ayam, pilihlah ayam muda baru. Dagingnya lembut dan tidak liat.

Semasa membuat perapan seeloknya peraplah semalam di dalam peti sejuk, kerana
selain dapat menyedapkan ayam, rempah perapan dapat melembutkan ayam. Atau
boleh tengok terus di sini, ya!!

Bahan - bahannya :
1 ekor ayam - di belah 4 dan debonekan ayam  ( dapat 4 keping )
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar jus limau
1 sudu besar jus halia
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat :
Satukan semua bahan - bahan sehingga rata. Perapakan ayam di dalam peti sejuk selama beberapa jam atau pun semalam. Semasa membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di dalam oven. Jangan lupa untuk balik - balikkan ayam sehingga masak.

Bahan Membuat Sos Perang :
1 labu bawang besar - cincang halus
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air rebusan / air biasa
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato atau sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 kiub perasa ayam
Sedikit garam

Cara Membuat :
Panaskan mentega di dalam periok. Tumiskan bawang besar sehingga layu. Tepung gandum
di larutkan dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periok tumisan tadi.

Masukkan semua bahan - bahan dan juga sos. Kacau atas api sehingga pekat. Bolehlah di
angkat dan hidangkan.

Note : Hidangkan chicken cop dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato
segar. Selamat Mencuba !!



Cupcake Order



TQ  untuk Cikgu from SMK Batu Maung!

                      

Bun Berinti Tuna



Assalammualaikum.
Saya tertarik dengan roti  inti tuna yang di sajikan di blog ini. Hmm nampak gambar roti
tu aje memang menyelerakan! Lagi pun rasanya belum pernah cuba yang letak inti macam ni.
Ini percubaan saya! Roti ni memang lembut walaupun tanpa menggunakan softener roti. 
Cuba baru tahu, kan! Ok. Selamat mencuba!

Bahan - Bahannya :
500 gram tepung roti / tepung gandum
85 gram gula pasir
1 peket yis
1/2 suduh teh garam
3 kuning telur
1 biji telur
150 ml susu cair - panaskan sehingga suam
80 gram marjerin

Bahan untuk Gliss :
1 biji kuning telur
2 sudu besar susu cair
Keju parut yang di campur cincangan daun sup

Cara Membuat :
Campurkab tepung bersama yis. Pukul sekejap marjerin, garam dan gula. Masukkan telur.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.

Masukkan susu cair suam. Uli sehingga adunan kalis. Perapkan adunan selama 1 jam.
Tumbuk adunan untuk membuang udara di dalamnya. Adunan siap untuk di betuk. Boleh
letak di dalam paper cup atau bulat2kan, ya! 

Biarkan adunan 30 minit. Sapu adunan / roti dengan bahan gliss. Tabur dengan keju yang di
campur dengan daun sup.


Bahan Inti Roti :
150 gram ikan tuna dalam tin - toskan
1 biji bawang besar - cincang halus
3 sudu  besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar marjerin
Sedikit serbuk lada sulah dan garam
1 sudu besar tepung gandum - saya tambah
2 sudu besar mayonis - saya tambah
Daun parsley - cincang / kalau tak letakpun ok!

Cara Membuat :
Tumiskan bawang besar dengan sedikit marjerin sehingga naik bau. Masukkan ikan tuna
garam dan gula. Kacaukan sekejap. Masukkan sos cili, tomato, mayonis. Gaul sebati Hingga
tercampur rata. Masukkan tepung dan parsley cincang. Angkat dan sejukkan.


Wednesday, May 9, 2012

Udang Tepung Masam Manis


             
Kadang - kadang tak tahu menu apa yang patut di masak. Menu kami tengah hari tadi. Lagi
pun rasanya tak pernah masukkan entry ini di dalam blog masakan saya ini. Menu biasa aje
tetapi cukup mudah, cepat dan senang di buat! Jempulah tengok resepinye, yaa!!

Bahan - Bahannya :
Udang bersaiz sedang 250 gram, bersihkan. Ekor udang jangan di buang, ya!
Air perahan limau nipis  2 sudu makan
Bawang putih 3 ulas, haluskan
Tepug gandum 100 gram
Baking powder 1/2 sudu teh
Garam secukup rasa
Telur ayam 1 biji - pukul ringan
Minyak goreng secukupnya

Bahan Sos :
1/2 biji bawang besar - cincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
2 sudu teh gula pasir
2 sudu makan air perahan limau nipis
300 ml air rebusan kulit udang/ stok ayam
1 sudu besar tepung jagung - larutkan dengan sdikit air
1 sudu makan marjerin

Cara Membuat :
Gaulkan air perahan limau bersama garam dan bawanng putih. Masukkan udang yang
sudah di bersihkan tadi. Gaulkan sehingga rata dan perapkan selama 15 minit.

Di dalam sebuah mangkuk masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaulkan 
dengan menggunakan whisk. Masukkan telur dan air sedikit demi sedikit. Kacau
sehingga rata.

Panaskan minyak di dalam kuali, celupkan udang ke dalam adunann tepung, goreng
sehingga warna keperangan. Ketepikan sekejap.

Sos : panaskan marjerin, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan sos cili,
sos tomato, serbuk lada sulah, garam gula, air perahan limau nipis dan air rebusan
udang /stok ayam. Masukkan potongan bawang besar. Kacau sekejap. Masukkan
larutan tepung jagung masak kuah sehingga sedikit pekat. Sajikan udang bersama sos.



Monday, May 7, 2012

Bakpia Kacang Hijau



Bakpia sebenarnya berasal dari negeri Tiongkok atau Cina yang aslinya bernama Tou Luk Pia yang berarti kue pia kacang hijau. Kue ini berbentuk bulat, Bakpia mulai bercampur dengan budaya Jawa bahkan bisa menjadi makanan khas Yogyakarta adalah berkat  usaha dari Liem Yung Yen (Pendiri Bakpia 75). Yung Yen adalah warga kampung Pathuk, daerah sebelah barat kawasan ( Malioboro dan Gandekan).  Awalnya ia menjual bakpia itu dari kampung-kampung di daerah Yogyakarta, itu dimulai pada tahun 1948. Boleh tengok di sini!

Ok. Kerana saya pernah mencuba  bapia di sebuah toko kuih  pada masa dulu  
di Bandung. Jadi teringat kesedapan dan keunikannya. Ingin mencuba 
membuat sendiri di rumah. Resepi  ni saya tengok di Blog Hesti . Hmm, 
memang memikat selera dan terus ingin mencuba!!

Bahan  Untuk Kulit Bakpia :
500 gram tepung gandum
75 gram mentega atau marjerin
250 ml air panas   ( air suam )
1 peket yis kering - saya letak 2 sudu teh
100 gram gula kastor
1 sudu teh garam

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk pengadun masukkan tepung, yis, gula. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan marjerin dan garam, uli sehingga kalis. Perapkan adunan selama 45 minit.

Tumbuk adunan untuk membuang udara. Timbang adunan seberat 30 gram. Bulatkan dan intikan dengan kacang hijau. Perapkan selama 15 minit. Bakar pada suhu 200 C, Setiap 10 minit sekali terbalikkan 
kuih sehingga masak dan nampak keperangan.

Bahan Inti Bakpia :
250 gram kacang hijau
125 gram gula pasir - saya letak separuh gula merah
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak sayur
3 sudu besar tepung gandum - yang ni saya tambah sebagai pemekat
Daun pandan - ikat simpul

Cara Membuat :
Rebus kacang  hijau sehingga naik kembang, angkat toskan. Sebahagian saya kisar sehingga halus. Masak bersama santan pekat, minyak. Masukan gula, garam esen , jangan lupa letak daun pandan. Kacau sehingga menjadi adunan yang pekat. Masukkan tepung gandum kacau sehingga menjadi adunan yang boleh di bentuk.



Saturday, May 5, 2012

Pop Cake



Assalammualaikum.
Dah sampai ke penghujung minggu lagi. Pergi ke dapur tak hari ini? Saya ada cuba membuat cake pop. Ada lebihan adunan kek coklat orang tempah hati tu, soo dari pada terbiar macam tu sahaja,saya cuba buatkan cake pop untuk anak - anak di rumah. Resepi asal di sini!! TQ.

Bahan A :
1 kg kek coklat ( contoh : butter, coklat kek atau red velvet ) hancurkan dengan garfu atau
 pun tangan lagi cepat!

Bahan B :
250 gram cream cheese
120 gram gula aising
120 gram mentega atau whipping cream

Campurkan kesemua bahan - bahan di atas dan putarkan sehingga menjadi kembang.


Bahan C :
200 gram  dark coklat atau secukupnya

Cara - Cara :
Gaulkan bahan B ke dalam bahan A. Bentukkan bulat. Saya cucukkan dengan stik lolipop atau pun lidi pencucuk satay. Simpan di dalam peti ais selama 30 minit. Cairkan bahan - bahan C dengan kaedah dauble boil. Kuarkan kek yang telah di bentuk tadi dan celupkan kedalam bahan C. Hias mengikut citarasa.

Tip : Dark Choc boleh di gantikan dengan choc masakan atau milk choc. Tapi dark choc lebih sesuai kerana kurang kandungan gula.


Wednesday, May 2, 2012

Kek Coklat Moist



Tempahan dari Cikgu Wahida melalui Ustazah Ma. Selamat bertunang. Tq so much!

                 

Mie Bandung Simple



Salam. Berkesempatam lagi memasak untuk family hari ini. Masak yang simple aje. Bahan - bahan pun guna yang mana ada di dalam peti sejuk,  je. Orait kalau berminat boleh semak resepinya, ya!

Mie Bandung Simple
100 gram mie kuning
50 gram udang atau ayam
10 gram fishball
10 gram fish cake
1 cawan stok ayam atau udang
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih - kisar halus
3 ulas bawang merah - kisar halus
Sedikit garam dan gula
Minyak sayur untuk menumis
Sedikit taugeh, sawi ataupun kobis - di potong kasar

Bahan Hiasan :
Cili merah hiris
Bawang goreng

Cara - Cara :
Tumiskan udang / ayam, fish ball dan fish cake dengan sedikit minyak sayur. Masukkan bawang putih dan juga bawang merah. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacaukan sekejap.

Masukkan stok ayam atau udang. Masukkan garam dan sedikit gula sebagai penambah rasa. Masukkan mie kuning dan juga sayuran. Akhir sekali pecahkan telur. Hidangkan bersama bahan - bahan hiasan.

           

Tuesday, May 1, 2012

Kek Kukus Velvet Pelangi



Sempat cuba resepi lagi. Sempena hari cuti, semua orang ada di rumah. Apa nak buat? Buat kek aje, untuk jamuan minum petang. Resepi dari rumah Dayang. Menarik tengok warnanya. TQ  kongsi resepi yang sedap ini!

Bahan - bahannya :
5 biji telur gred A - dari peti ais
250 gram tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder, di ayak
150 ml susu cair
180 gram gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam
125 ml minyak jagung
Perisa dan pewarna yg di gemari

Cara - Cara :
Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Griskan loyang dan tabur sedikit tepung. Putar semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa / pewarna. sehingga kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan di kacau sebati dengan spatula.

Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Beri pewarna dan perisa yg di gemari.Kukus lapisan vanila terlebih dahulu selama 7 - 10 minit. Kemudian tuangkan adunan berwarna secara berselang - seli dan kukus selama 15 minit. Dan di sudahi dengan lapisan vanila. Kukus lagi sehingga masak. Sejukkan sebelum di potong.


Order



Dui, lama tak update blog, kan. Sibuk apa tak tahulah. Sibuk dan malas sama banyaknya.
Hehe. Ini adalah tempahan beberapa hari yang lepas. Tq.

                             

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi