Saturday, September 27, 2014

Ayam Berkismis


Siang tadi tadi sempat menyediakan juadah untuk makan tengah hari, resepi ringkas saja bahan - bahan selalu tersedia di dapur rumah! Satu lagi masakan ini cepat, jadi untuk ibu - ibu bekerja juga sesuai. Ayam Berkismis ni pun tak pedas, budak - budak pun boleh menikmatinya. Resipi serba ringkas seperti dibawah ni yaa..

Ayam Berkismis
1 ekor ayam - potong sesuai selera dan di goreng separuh masak
1/2 cawan bawang merah - kisar
2 sudu besar bawang putih - kisar
1/4 cawan cili kering - kisar ( kalau tak nak pedas boleh masukan dengan sos cili )
4 cm lengkuas - tumbuk
1 cawan kismis kuning - kisar
Garam dan gula secukup rasa
4 helai daun limau purut
1 sudu besar ketumbar biji - tumbuk

Cara Menyediakan :
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, ketumbar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan - bahan lain. Kuali atau pun periuk yang di gunakan hendaklah di tutup. Gaul sebati sehingga ayam masak dan kuah sedikit pekat.


Aneka Tempahan


Assalam buat semua reader, beberapa tempahan sepanjang minggu ini.  Pertanyaan dan juga order boleh hubungi saya sms atau whatsapp 017 4938775. Area P.Pinang saja. Terimakasih.

Tempahan Biskut Arab.


Tempahan kek dengan toping cheese meleleh.


Tempahan coklat cupcake.


Tempahan Trifle.


Tempahan Puff.