Sunday, April 26, 2015

Muffin Pisang


Salam, baru - baru ni saya ada buat muffin, nampak tak muffin saya yang  montel ituw ? Dari satu resepi muffin boleh di ubahsuaikan mengikut selera, boleh intikan dengan bluberry atau apa - apa saja mengikut stok bahan yang ada kat rumah..

Muffin pada hakikatnya tak sama macam cup cake, muffin lebih berkeadaan seperti roti dan ia cepat dibuat dan tidak perlu dikacau terlampau lama. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi. Kalau anda buat malam, biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Pagi esok boleh dimakan untuk sarapan. 

Muffin Pisang
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda baicarbonate*(*digaul rata dan ayak)
5 biji pisang emas, dilecek hancur
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu segar
100 gram mentega | cair dan sejukkan
Beberapa titik esen pisang 
1/4 cawan coklat chip
Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan

Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.

Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang . Masukkan 1/4 coklat chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chip Buat hingga siap.

Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam..


Yang ni saya skip tak guna pisang lecek, jadilah bluberry muffin..

Pink Cake


Whatsapp untuk pertanyaan dan juga order, Julia 017 4938775..


Sunday, April 12, 2015

Tart Pandan


Panasnya hari ini, nak kuar rumah pun takutt.. ajak anak - anak membaking tadi buat yang mudah aje buat tat pandan, lumayan buat kudapan di masa lapang resepi dari buku masakan Puan Nor Zailina. Jom semak rakan - rakan..


Tart Pandan
Bahan Pastry :
210 ram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80 gram mentega
1 biji kuning telur
1 - 2 sudu makan air sejuk

Bahan Inti :
4 biji telur
110 gram gula kastor
125 ml susu cair
60 ml jus pandan | kisar 5 helai daun pandan dng air
1 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu kecil pandan paste
sedikit pewarna hijau

Cara Membuat :
Untuk pastry : gaul tepung, garam, dan mentega. Masukkan telur dan air secukupnya uli sehingga menjadi doh. Sapu acuan tat telur dng sedikit marjerin. Ambik sedikit doh tadi tekan dalam acuan tat, kemaskan, buat hingga siap. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 10 minit. Keluar dan sejukkan.

Satukan semua bahan inti tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis bancuhan dan masukkan dalam jug bermuncung. Panaskan balik oven pada suhu 160 C, tuang isian ke dalam kulit tat tadi hingga penuh, tapi berhati2 jengan meleleh ke tepi, nanti melekat.

Bakar semula selama 20 minit hingga permukaan kastard nampak keras dan pastry kelihatan keemasan. Biar tat sejuk sedikit, baru dikeluarkan tart dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Iklan Sekejapp..


Berminat untuk menempah call atau whatsapp saya 017 - 4938775. Terimakasih..


Ayam Masak Halia


Simple lauk saja hari ini! Saya intai dari buku Kak Liza. Memudahkan kerja saya memasak di dapur..

Ayam Masak Halia
1/2 ekor ayam | potong kecil, basuh bersih dan toskan
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang atau sup | potong pendek
1 biji buah tomato | belah 4
1/2 batang carrot | potong kecil
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula

Bahan Hiris :
5 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.


Roti Tanpa Telur


Assalam. Sunyi jew blog saya ni tanpa sembarang entry. Baru - baru ni ada buat roti tanpa menggunakan telur request dari kakak nak makan roti homemade first time saya cuba resepi tidak menggunakan telur !! lembut jugak kejadiannya lepas ni bolehlah selalu guna resepi nii suka sangat kalau resepi yang tidak menggunakan telur,  jimat skitt.. Intai resepi kat bawah ni..


Roti Tanpa Telur ( my resepi )
160 ml air
250 gram tepung roti
1/2 sudu kecil pelembut roti
14 gram ( 1 1/2 sudu besar ) gula
4 gram ( 1 sudu kecil ) garam
8 gram ( 1 sudu besar ) lemak sayur
2.4 gram ( 3/4 sudu kecil ) dry yeast
16 gram ( 3 sudu besar ) susu tepung

Cara Membuat :
Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.

Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm. Biarkan naik dua kali ganda atau 30 C selama 50 minit. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.


Boleh intikan dengan coklat chip.. yummy!