Nuffnang

Wednesday, December 16, 2015

Tutti Frutti Cookies


Assalam dan Bismillah..
Nak buat cookies tapi tak dak stok telur kat rumah, jadi jee buat yang eggless cookies. Jimat dan cermat di zaman gst lol! Hihi.. Saya yakin bukan sahaja kanak-kanak, tetapi ramai di antara kita yang gemarkannya. Walaupun tiada pemakaian telur rasa cookies ini boleh di katakan sangat istimewa!! Cookies ini berwarna-warni dan cantik menurut pandangan saya dan cukup mudah untuk membuatnya di rumah. Anak-anak saya juga menyukainya. Anda juga berminat untuk mencuba.. ?

Tutti Frutti Cookies
150 gram buah - buahan kering campuran
250 gram tepung serba guna
50 gram tepung kastard
15 gram susu tepung
1 tsp serbuk penaik
150 gram mentega
120 gram gula aising
1/2 tsp paste nanas
2 tbsp susu cair

Cara Membuat :
Ambil mangkuk masukan buah-buahan  kering, tepung serba guna, tepung kastard, susu tepung, serbuk penaik campurkan hingga rata. Ketepikan. Ambil mangkuk lain masukan mentega, gula aising, paste nenas pukul hingga berkrim, tambah susu atau air, gaul hingga sebati. Masukan tepung dan campuran buah-buahan kering, gaulkan hingga menjadi doh dan bahagikan doh menjadi 2 bahagian dan gulung dengan kemas, letakan doh yang dah siap di bentuk di atas plastik. Rehatkan di dalam peti sejuk untuk 30 menit atau sehingga doh agak keras. Potong nipis menggunakan pisau yg tajam. Bakar pada suhu 160 C sehigga cookies masak.


Monday, December 14, 2015

Chocolate Crinkles Cookies


Assalam dan Bismillah..
Hmm harini tayang buat biskut coklat crinkles, rasanya seakan bronies pun ada. Lama rasanya nak mencuba resepi ni tapi ntah kenapa asyik tertangguh dengan benda lain saja! Adunannya begitu lembut dan perlu di simpan semalam dahulu sebelum di bentuk, kejadiannya sangat cantik merekah - rekah dan rasanya juga sedapp..


Biskut Chocolate Crinkles
Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula caster
1/2 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
1/4 tsp garam halus
2 tsp baking powder

Bahan B :
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan cream masam / natural  yogurt

Bahan Salut :
1 cawan gula aising

Cara Membuat :
Di dalam bekas sebatikan bahan A dengan menggunakan whisk. Gaul sekata. Di dalam bekas lain campur bahan B pukul sebati. Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering ke dalam bahan basah, gaul menggunakan spatula hingga sebati dan tiada gumpalan.

Tutup menggunakan plastik dan rehatkan semalam di dalam peti sejuk. Panaskan oven pada suhu 180 Celcius. Lapik baking tray dengan kertas silikon / baking paper. Ambil sedikit doh dan bulatkan, golekkan ke dalam gula aising. Susun di atas baking tray. Bakar selama 10 - 15 menit. Sejukkan.


Monday, December 7, 2015

Kek Gulung Warna


Assalam dan Bismillah, hari ni buat kek lagi untuk kudapan dan minum petang saja. Simple dan sangat lembut.. Proses membancuh dan membakar sama macam buat kek biasa tapi proses mengulung perlukan perhatian yaa.. Intai resepinya!

Kek Gulung Warna
1/2 cup tepung kek / tepung gandum - ayak
4 biji kuningg telur + 2 tbsp gula kastor
2 tbsp susu cair / susu segar
2 tbsp minyak jagung / minyak masak
1 tbsp tepung jagung - ayak
4 biji putih telur + 1/4 cawan gula kastor
Pewarna di gemari

Bahan Filling :
3/4 cawan whipping cream - pukul hingga gebu dam masukan paste strawberry, pukul rata.
1/2 tsp strawberry paste

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan sebatikan kuning telur bersama 2 tbsp gula menggunakan whisk saja. Masukan tepung gandum, tepung jagung yang telah di ayak. Masukkan susu, minyak jagung.Gaul sebati. Ketepikan sekejap.

Di dalam wadah lain, bersih dan kering masukkan 4 biji putih telur pukul sehingga berbuih sikit dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit 1/4 cawan secara bertahap, pukul sehingga menjadi soft peak. Masukkan adunan kuning telur secara kaup balik menggunakan spatula. bahagikan menjadi beberapa bahagian dan beri pewarna. Masukkan ke dalam pipig bag / plastik bersih.

Sediakan loyang swiss roll yang berukuran 10 inci alas dengan kertas minyak. Gunting bucu plastik tadi dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Buat beberapa garisan. Bakar pada suhu 180 C sehingga kek masak dan sejukkan. Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan whipping cream hingga rata2. Gulung kemas dan biar di dalam peti ais utk 15 menit atau lebih. Boleh dipotong dan hidang..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi