Bahan ~ bahan :
350 gram tepung roti
60 gram gula pasir
1 sudu makan susu tepung
2 sudu teh yis kering
1 biji telur
1 sudu makan kopi dan 175 ml air panas, larut
dan sejukkan
50 gram marjerin
1/2 sudu teh garam
Cara Membuatnya :
Kacau sebati tepung roti, gula, susu tepung dan yis. Masukkan telur dan air kopi sedikit demi sedikit sambil di uli hingga tidak melekat. Masukkan marjerin dan garam. Uli lagi sehingga doh kkalis. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Kempiskan adunan, ambil sedikit adunan dan timbang setiap satu nya seberat 50 gram, bentukkan dan boleh juga di isi dengan inti! Sapukan dengan susu evaporated. Bakar dalam ketuhar selama 12 minit dengan suhu 190 C. Setelah sejuk boleh di simpan di dalam bekas kedap udara atau pun tupperware.
No comments:
Post a Comment