Saturday, June 12, 2010

Buncis Mini Bersos


Biasanya buncis hanya di tumis begitu sahaja. Kali ini, buncis di sira dengan sos
hingga kerangupannya masih boleh di pertahankan. Jom masak...



Bahannya :
200 gram buncis mini / siang - rebus masak dan ketepikan

Bahan Sos :
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar - hiris panjang
2 biji cili merah besar - buang bijinya, hiris halus
200 gram tauhu cina - potong panjang dan goreng berkulit
10 biji telur puyuh rebus
2 sudu makan taucu
1 sudu  teh kicap manis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula pasir
500 ml air stok ayam
1/2 sudu makan  tepung sagu dan 1 sudu makan air, larutkan - utk pemekat
2 sudu makan minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang - potong panjang untuk taburan

Cara Membuatnya :
Sos :  tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah besar sehingga terbit
aroma. Masukkan tauhu cincang dan telur puyuh rebus. Kacau rata. Masukkan
taucu, kicap manis, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.

                   
Tuangkan air stok ayam. Didihkan. Pekatkan dengan larutan tepung sagu. Masak
sambil di kacau hingga meletup - letup. Hidangkan buncis dengan menyira sosnya.
Taburkan daun bawang hiris.

Sumber : Paduan Seni Kuliner