Sunday, June 6, 2010

Donat Ala Pizza



Bahan - Bahannya :
500 gram tepung roti
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh serbuk penaik
50 gram gula pasir
1 biji telur
250 ml susu cair
50 gram marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu makan bijan - saya tak letak

Bahan Toping :
5 batang sosej - dipotong - potong
1/2 biji capsicum merah, potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
100 gram cendawan butang - belah dua
230 keju mozzarella

Bahan Sos :
2 sudu makan minyak untuk menumis
1 labu bawang besar - cincang
200 gram daging cincang
8 biji tomato rebus - buang biji dan kulit - cincang
2 sudu makan pes tomato
2 sudu teh oregano
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh serbuk cili

Cara Membuatnya :
1. Donat: campurkan tepung, yis, baking powder dan gula. Kacau rata. Masukkan
telur dan susu cair sedikit demi sedikit sambil diuli  hingga menjadi doh. Masukkan
marjerin dan garam. Uli lagi sehingga doh menganjal. Masukkan  bijan dan  uli rata.
Biarkan doh rehat selam 15 minit.

2. Tekankan adunan. Bahagi kepada beberapa bahagian dengan berat 40 gram
setiap bahagian. Bulatkan. Biarkan selama 10 minit. Canai bulat atau memanjang.
Letakkan didalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Biarkan selama 20
minit sehingga mengembang.


3. Goreng dalam minyak yang penuh dengan api sederhana sehingga masak. Tumis
bawang besar sehingga terbit bau.  Masukkan  daging cincang,  kacau  masukkan
tomato. Kacau rata. Masukkan pes tomato,  sos tomato,  oregano,  garam,  gula,
lada sulah dan sebuk cili.  Masak sehingga  matang.  Letakkan  diatas  donat  dan
taburkan toping. Bakar seketika sehingga keju mencair.
                                                                                

Tip Untuk Donat Terbaik :
Ketika menggoreng donat jangan dibalik-balikkan supaya donat tidak akan menyerap minyak. Cukuplah sekadar dibalikan sekali sahaja. Setelah sejuk, donat seeloknya di simpan di tempat yang kedap udara atau dimasukan ke dalam beg plastik supaya kulit donat tidak kering.

Tekankan adunan sehingga benar - benar hilang udaranya supaya donat tidak akan menggelembung ketika di goreng. Penapaian terakhir seeloknya disesuaikan dengan suhu bilik. Apa yang lebih penting adalah adalah donat yang terlebih masa panapaiannya akan berkedut dan donat  yang  kurang proses penapaian  tidak akan  mengembang  dengan sempurna.

Sumber : Sedap