Wednesday, August 18, 2010

Ayam Kismis


Bahan - Bahan :
1 ekor ayam, goreng separuh masak
1/2 cawan bawang merah - kisar
2 sudu besar bawang putih - kisar
1 cawan cili kering - kisar
4 cm lengkuas - tumbuk
1 cawan kismis kuning - kisar
Garam dan gula
4 helai daun limau purut
1 sudu besar ketumbar biji - tumbuk

Cara Menyediakan :
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, ketumbar dan bawang putih sehingga
garing. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian
masukkan bahan - bahan lain. Kuali atau pun periuk yang di gunakan hendaklah
di tutup. Gaul sebati sehingga ayam masak.