Tuesday, December 13, 2011

Gulai Ayam Padang


Saya sangat menggemari gulai ayam yang di masak seperti ini. Bagaimana dengan anda ? Ya, memang berbeza. Kerana rempah yang di gunakan semuanya dari bahan yang segar. Sesekali mencuba menu seperti ini, memang cukup membuka selera.

Bahan - bahannya :
1 ekor ayam kampung, potong 6 bahagian
1 liter santan pekat dari 1 biji kelapa
3 batang serai - di ketuk
1 helai daun kunyit - di ikat
5 helai daun limau purut
4 cm lengkuas - di ketuk
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk pati ayam

Bahan di kisar :
10 biji cili merah - buang biji, boleh di kurangkan
5 ulas bawang putih
4 cm kunyit
10 ulas bawang merah
2 cm halia
4 biji buah keras - di sangai
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

Cara : masukkan ke dalam kuali atau pun periuk, santan, bahan kisar, serai, daun kunyit, daun limau, lengkuas, lalu masak sehingga mendidih. Setelah air mendidih masukkan serbuk pati ayam dan ayam.
Masukkan air asam jawa. Masak sehingga ayam menjadi lembut dengan menggu nakan api yang sedang. Perasakan dengan garam. Hidangkan bersama nasi panas.


                                                

No comments:

Post a Comment