Friday, December 16, 2011
Puding Sago
Tertarik dengan puding sagu yang berwarna - warni. Resepi from Gert . Tq so much!! Sedap, anak- anak pun suka. Sejuk je bila masuk tekak. Boleh cuba kalu ada masa lapang.
Bahan - bahannya :
1 cawan biji sagu putih
20 gram serbuk agar - agar berwarna putih
1 1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 kotak santan segera
3 jenis pewarna kegemaran
1 liter air
1 sudu teh esen vanila - yang ini saya tambah
Cara : Rendamkan biji sagu selama 1 jam. Masak air sehingga mendidih. Rebus biji sagu hingga menjadi jernih. Cuci di bawah air mengalir untuk membuang kanji. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza dengan pewarna kegemaran.
Lagi 3 bahagian biarkan pada warna asal ( putih ). Dalam periuk yg lain, masukkan 1 lier air bersama serbuk agar-agar, gula dan dau pandan. Masak sehingga mendidih. Masukkan santan kotak dan esen. Tutupkan api.
Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah di basahkan dengan air. Biar keras dan kelar permukaan agar2 dengan mengunakan garfu.
Cedok lagi 200 ml larutan agar2 tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna kegemaran. Kacau rata. Tuang ke atas lapisan pertama tadi, dan biarkan keras untuk seketika. Ulangi langkah yang sama sehingga habis. Sejukkan di dalam fridge sebelum di hidangkan.
assalamualaikum..
ReplyDeleteya Alah, lama tak masuk ke sini.lama jugakkan senyap. apa kabar ye?
cantiknya puding mcm ni. pernah buat kuih lapis sagu. tapi tak pernah buat puding sagu. haish mcm nak kena buat je. anak2 suke sangat kalau warne warni gini kan
Salam Izah, saya sihat je. Thanks dah singgah ya. Harap sihat selalu ...sedap puding sago ni, anak2 saya kt rumah pun suka makan, kalau ada masa boleh di cuba.
ReplyDelete