Tuesday, February 7, 2012
Karipap Inti udang
Karipap merupakan sejenis makanan yg sangat popular, ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Untuk karipap yang saya buat pula, saya masukkan isi udang di dalamnya dan untuk kulitnya saya gabungkan antara marjerin dan jugak, crisco memang cukup rangup!
Bahan Kulit Karipap :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar crisco
1/4 cawan air sejuk
1/2 sudu teh garam halus
Cara : Masukkan marjerin, garam dan juga crisco ke dalam tepung. Uli sehingga rata.
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jangan
terlebih air untuk mendapatkan kulit kariap yg rangup.
Bahan Untuk Inti :
1 /2 kg ubi kentang - di potong dadu
100 gram isi udang
1 bungkus / peket rempah kari daging
1 labu bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sudu besar ikan bilis - tumbuk kasar
Setangkai daun sup - di hiris kasar
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Cara : Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan rempah kari, bila sedikit garing masukkan ikan bilis. Masukkan pulak ubi kentang. Masak ubi sehngga lembut, masukkan isi udang dan kacau sehingga sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Sebelum di angkat jangan lupa masukkan daun sup, dan kacau sehingga sebati.Canai nipis adunan kulit karipap letakkan inti dan kelim dengan kemas. Goreng karipap menggunakan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan juga rangup!
Waaaaah rapi sekali pinggiran karipapnya...fotonya juga cantiiikkk ^^
ReplyDeleteThanks Hesti..thanks for coming!
Delete