Friday, August 31, 2012

Biskut Gajus



Bila menyebut juadah di hari raya, sudah tentu meja hidangan tidak dapat lari dari pelbagai juadah yang menyelerakan. Sebut sahaja biskut memang menjadi kewajiban, di musim perayaan, bukan ? Salah satu biskut yang saya buat untuk tahun ni. Sedap dan Rangup!

Bahan - Bahanya :
225 gram mentega
140 gram gula aising - ayak
1 biji kuning telur
140 gram gajus - panggang dan kisar halus
380 gram tepung gandum - ayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Secukup kuning telur - untuk sapu
Secukup kacang gajus panggang - belah dua , utk hiasan

Cara Membuat :
Mentega dan gula di kacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata. Masukkan pula esen vanila, baking powder, gajus kisar dan kacau hingga sekata.

Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh di bentukkan. Ambil sedikit doh dan canai nipis dan terap mengikut acuan yang di gemari. Susunkan atas dulang pembakar dan sapu kuning telur dan hiaskan dengan gajus.

Bakar pada suhu 150 C minit. Selama 15 minit sehingga keperangan. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Recipes from : My resepi.com

Sunday, August 26, 2012

Tapai Pulut Tok Mek



Dapat tapai pulut dari  Tok Mek. Jauh - jauh di bawa dari Kelantan. Sedap dan manis. 
Terimakasih Tok Mek. Selamat Hari Raya. Resepinya nanti, saya tanya Tok Mek dulu, ya..

 
                 

Asam Pedas Tetel



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semuaa...
Tentunya ramai yang masih berhari raya, semakin bertambah kemeriahan apabila kaum keluarga, sanak saudara dapat berkumpul meraikannya bersama - sama.

Sedikit sibuk menyediakan juadah yang akan di hidang pada seorang rakan saya, yang akan datang ke rumah. Membuat kelainan dengan membuat asam pedas yang akan saya hidang bersama nasi putih panas, mungkin cukup istimewa? Simple dish tapi sedap, kan?

Bahan  A :
1 kg daging tetel - bersihkan dan tus
1 batang serai - kisar
3 cm halia - kisar
1 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
Note : rebus daging dengan bahan kisar di atas sehingga lembut dan airnya serap.

Bahan B :
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
3 cm halia - kisar
4 cm lengkuas - kisar
3 cm kunyit hidup - kisar
2 biji buah keras - kisar
3 tangkai daun kesum
1/2 cawan cili kisar
4 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
2 biji tomato
4 cawan air
1 kiub daging lembu
Garam gula secukup rasa

Cara Membuat :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga garing. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Masukkan daging tetel rebus, air, garam, daun kesum dan kiub pati lembu dan masak sehingga mendidih dan mesra. Masukkan buah tomato dan kacau rata. Tutup api dan hidangkan panas!

Recipes From : Ramlah Mohamed

Saturday, August 25, 2012

Birthday Cake



Birthday kek untuk adik Ariesya.

                       

Thursday, August 23, 2012

Cucur Udang


Salam...
Kuih dan kudap - kudap untuk minum petang arini. Cause lama tak buat cucur udang sendiri. Biasa beli sahaja kat pasar Ramadhan. Hampir setiap hari beli dan memborong cucur untuk buka puasa kerana malas nak buat! Hehe. Padahal hidangan yang ringkas dan mudah. Huhu..

Nampak tak cucur saya hari ini kemas dan elok? Cewah..kalau rajin bolehlah letak di dalam senduk sayur yang bulat. Atau kalau malas buat jemput - jemput lagi cepat!

Bahan - Bahannya :
2 cawan tepung gandum
50 gram isi udang - cincang kasar
1 biji telur
50 gram tauge
6 -7 pokok daun kucai - potong 1 inci
Air rebusan udang / air kosong secukupnya
Sedikit pewarna kuning
Beberapa ekor udang - untuk hiasan
Garam dan lada sulah

Cara Membuat :
Di dalam satu bekas masukkan tepung gandum, isi udang, tauge, kucai. Masukkam air rebusan udang sedikit demi sedikit, jangan lupa masukkan pewarna kuning. Perisakan dengan garam dan lada sulah. Kacau hingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair.

Panaskan minyak di dalam kuali ( kena banyak, ya ). Panaskan senduk sayur di dalam minyak yg telah di panaskan. Sendukkan bancuhan cucur udang 3/4 penuh letakkan udang hiasan tadi . Goreng sehingga cucur sedikit keras, saya gunakan pisau utk menanggalkan cucur tadi ! Goreng cucur hingga keperangan.


Resepi Kuah Kacang :
200 gram kacang tanah - sangai dan di blend kasar
2 batang serai - di ketuk
Sedikit lengkuas - di ketuk
300 ml air kosong
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering - rendam dan kisar halus
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 - 3 biji asam keping
Garam dan gula ( merah ) secukupnya

Cara Membuat :
Panaskan minyak, tumiskan bahan - bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar, serai,lengkuas dan udang kering. Kacau sekali sekala. Masukkan kacang tanah tadi. Kacau rata. Masukkan air ikut kepekatan yang di kehendaki. Masukkan asam keping, garam dan gula. Renihkan kuah kacang hingga sedikit pekat dan naik minyak bolehlah di angkat.

Wednesday, August 22, 2012

Order



Assalammualaikum...
Bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu memang memberikan seribu rahmat.  Banyak tempahan kuih yang kena saya buat. Syukur pada Allah. Ini di antara gambar - gambar cake dan coklat yang sebahagian saya ambil sebagai gambar kenangan. Gambar biskut tak dak, memang tak sempat! Thanks customer..

Homemade coklat

Cake coklat moist


Ayam Rendang Mamak



Hari ini masak rendang. Rendang ni ada kelainan sikit kerana biasanya rendang letak serai dan lengkuas, bukan ? Ha .. yang ni memang tak payah letak! Boleh gunakan ayam ataupun daging kalau tak nak makan dengan nasi boleh juga di hidangkan bersama nasi himpit atau pun ketupat ! Cuba yaa, memang memberi kelainan pada menu di pagi Syawal...

Bahan - Bahannya :
1/2 kg ayam - potong kecil
50 gram cili kering - kisar
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 tangkai daun kari
3 sudu besar sos tomato
Sedikit garam dan gula

Cara Membuat :
Panaskan  minyak dan tumiskan daun kari serta bawang besar, bawang putih dan halia yang di kisar halus. Tambahkan rempah ketumbar dan cili  kering.

Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan ayam, kicap dan juga sos tomato. Masak sehingga ayam menjadi lembut. Perisakan dengan garam dan gula. Tunggu sehingga kuah sedikit pekat bolehlah di hidangkan.


Sponge Coklat Special



Assalammualaikum...
Ingin mengambil kesempatan di hari  yang mulia ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri. Kepada para pengujung blog, to my family, kawan - kawan semua. Semoga ke datangan Syawal ini akan membawa keceriaan kepada kita.

Lama saya tak menaip di sini kerana kesibukan kerja dan ada beberapa tempahan semasa hari raya yang saya kena buat. Memang tak sempat dan kesuntukan masa. Hari ini teringin nak kongsi satu resepi yang telah saya cuba di dapur saya. Resepi simple  sahaja tapi kalau kena dengan citarasa kita tentulah menjadi sedap, betul tak?

Bahan - Bahannya :
225 gram super fine flour - ayak
150 gram mentega
50 gram serbuk koko - ayak
3 biji telur gred A
1 1/3 cawan gula halus - boleh kurangkan
1/2 cawan susu uht / susu cair
1 sudu teh serbuk penaik - ayak
1 sudu teh sodakarbonat - ayak
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat :
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan bahan - bahan yang telah di ayak berselang - seli dengan susu segar / susu cair. Kacau sebati.

Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah di sapu nipis marjerin. Bakar selam 30 - 35 minit pada suhu 180 C. Setelah sejuk salutkan dengan bahan toping yang telah di  cairkan dan hiaskan mengikut kreativiti.

Bahan Toping :
300 gram coklat masakan  - cincang kasar
200 gram whipping cream

Cara  : Didihkan krim secara double boil, masukkan cincangan coklat. Kacau hingga sebati. Sejukkan sebelum di gunakan.

Selamat Hari Raya kepada semua...