Friday, December 14, 2012

Tosei Mamak Penang



Meh join sarapan ala kedai mamak. Hari ni saja nak belajar buat tosei. Bahan - bahannya pun saya dah prepare sebelumnya. Kalau menurut saya tosei lebih sihat berbanding dengan makan roti canai kan? Untuk orang yang gemar mengamalkan pemakanan sihat tosei memanglah makanan yang sesuai. Bahan utama di dalam penyediaan roti tosei ini adalah kacang tosei atau ulundhu di dalam bahasa tamil. Senang sahaja kalau nak cari kacang tosei ni, tengok saja dekat bahagian kedai menjual rempah ratus memang ada jual! Thanks pada Mamak Haji dah sudi kongsi resepi yang sedap ini.


RESEPI TOSEI MAMAK PENANG
1 cawan kacang tosei
3 cawan beras / Tepung beras - saya letak 2 cawan
1 sudu biji Halba / ( Fenngreek seed )
1 sudu kecil garam.
1 cawan nasi sejuk (untuk mengebukkan tosei dan membantu proses pemerapan)*.

Cara Membuat :
Basuh kacang tosei, beras dan halba dan rendamkan dalam air sekurang-kurang 6 jam. (Pagi rendam, petang mula mengisar dan keesokan pagi anda boleh memasak). nota: sekiranya gunakan tepung beras tidak perlu direndam. Adunkan saja dengan kacang tosai yang telah dikisar.

Kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Tentukan kisaran anda jangan terlalu cair . Kisar sehingga halus. Masukkan adunan itu dalam bekas dan peram semalaman. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan didalam peti sejuk. Bleh digunakan tiga atau empat hari.

Jangan masukkan garam semasa pemeraman, kerana garam boleh membunuh bakteria semasa proses pemeraman. Adunan tidak menjadi. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal. Hanya masukan garam semasa mula memasak tosei.
Jika bancuhan adunan anda terlalu pekat, cairkan sedikit dengan menggunakan air sejuk (tap water). Bancuhan tosei boleh diuji kepekatan dengan menggunakan senduk dengan menceduk sedikit adunan. Sekiranya adunan yang baik akan melekat pada permukaan senduk.

Masak tosei sama seperti kaedah membuat ketayap (kuih gulung inti kelapa). Ceduk penuh adunan dengan senduk sederhana dan tuang di kuali tak melekat atau kuali leper (kuali leper permukaannya perlu sapu minyak). Buat putaran sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat. Tutup permukaan tosei dgn penutup. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dgn cepat 1-2 minit. Keluarkan tosei anda dan lipat sama rata.


Notes :
* Kalau anda ingin Tosei anda lembut, tambah lebih sedikit kacang tosei.
** kalau anda inginkan tosei anda rangup tambahkan lebih sedikit beras atau tepung beras.


Tosei boleh di makan dengan sambal tumis ikan bilis, daging rendang, kari ayam, kari sardin.Tidak di galakan makan tosei dengan sambal kelapa seperti di restoren, kerana kelapa punyai lemak yang tinggi. Saya makan cicah dengan kentang  masala saja. Simple tapi sedap.

Kentang Masala
4 biji ubi kentang saiz besar  - di potong dadu
1/2 biji carrot - di potong dadu
1 biji tomato - di potong dadu
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campuran
1 biji bawang besar - di potong dadu
1 biji cili hijau dihiris
1 sudu kecil jintan manis  - di kisar halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Membuat :
Panaskan kuali, tumiskan halba campuran, bawang besar, cili hijau dan daun kari sampai naik bau. Masukkan buah tomato dan kacau. Masukkan ubi kentang, carrot, dan serbuk kunyit dan gaulkan hingga sebati. Masukkan air secukupnya. Tunggu sehingga kentang empuk. Perasakan dengan garam Masukkan jintam manis yang di kisar,  kacau sekejap dan tutup api.

8 comments:

  1. errmm...feberet forever ... tp dah tak rajin nk buat....order jer terus dari kedai mamak...heheh

    ReplyDelete
  2. Sama kita, hari tu saya tengah rajin jadi cuba buat sendiri. Thanks dah komen kat sini.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing..
    http://nutribiolife.blogspot.com/?m=0

    ReplyDelete
  4. Saya ada penyakit darah tinggi dan kencing manis, doktor ada cakap sama saya, suruh berhenti makan roti canai, sebab roti canai ada banyak minyak lah, habis dia nasihat saya makan tosei lah. saya ingat mau cobalah masak tosei sendiri kasi cecah sama kari ayam, tapi ada banyak kerja lah, jadi saya rasa ada baik saya pergi kedai mamak, tarak susah mau fikir. makan saja, hati pun ada senang. di Kuantan tosei sama teo 0 RM 2.20 saja. ada lain tempat juat tosei RM 1.50 satu, campur teo O jadi RM 2.50. mana2 kedai itu rasa tosei sama saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik saalodin roti canai memang betul banyak kandungan lemak / minyak, kurang baik untuk kesihatan.. cubalah resepi tosei ini di rumah tentunya lebih sihat dan bersih tentunya..salam..

      Delete
  5. saya ingin sekali bikin tosei,tapi di indonesia gak ada yang jual kacang toseinya,😔

    ReplyDelete
  6. Kacang tosei tu macam mana? Kacang dhal ke kak? Saya google image kacang tosei macam² keluar.. hahah

    ReplyDelete