Sunday, May 12, 2013
Baked Makaroni Klasik
Pagi tadi memang tak ada Ide nak buat sarapan. Masak nasi lemak dah memang selalu buat, rasanya
dah bosan kan sarapan benda yang hampir sama setiap hari!
Beberapa hari yang lalu saya ada beli makaroni kat kedai runcit dekat rumah . Dah lama juga terperap di dalam peti sejuk, apa kata buat makaroni bakar dan tabur dengan cheese pasti sedap, kan?
Anak - anak memang tak pernah menolak apa sahaja hidangan yang berasaskan cheese, semuaa pasti
sukee. Jangan lupa untuk menghidangkan makaroni ini selagi panas dan dip kan dengan sos cili atau
tambahkan juga dengan mayonis pasti best! Salam manis..
Makaroni Klasik
150 gram makaroni - rebus hingga masak ( masukkan sedikit minyak dan garam ).
1/2 labu bawang besar - cincang halus
1 sudu makan tepung gandum
100 gram ayam cincang
500 ml susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
50 gram kacang pis
50 gram lobak merah - potong kiub
50 gram keju cheddar - parut
4 biji telur - di pukul ringan
2 sudu makan marjerin - untuk menumis
Keju mozarella secukupnya - untuk topping
Cara Membuat :
Panaskan marjerin di dalam kuali tumiskan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan ayam cincang
tumiskan seehingga berubah warna. Masukkan tepung gandum. Kacau rata. masukkan susu cair sedikit
demi sedikit. Masukkan makaroni, serbuk lada sulah, garam dan serbuk pati ayam. Masukkan kacang
pis dan juga lobak merah. Masukkan keju parut. Kacau sehingga rata. Angkat dan biarkan sejuk atau suam. Masukkan telur. Kacau hingga rata.
Tuangkan makaroni ke dalam mangkuk tahan panas yang telah di sapu nipis marjerin. letakkan di dalam
loyang yang berisi sedikit air panas. Bakar pada suhu 180 C sehingga 3/4 masak lalu tabur dengan keju
mozarella. Bakar lagi sehingga keju nampak mencair dan keperangan bolehlah di angkat. Hidangkan semasa panas dengan sos kegemaran.
Hmmm.... kelihatannya sedap sekali.
ReplyDeleteya memang enak. Di cuba ya!Thank you Nur..
ReplyDelete