Tuesday, May 28, 2013
Ogura Pandan Cake
Salam dan selamat petang buat semua. Dalam kesibukan mengerjakan beberapa tempahan, sempat juga saya membuat ogura pandan cake ini. Pertama kali mencuba dan terus anak - anak di rumah sukee! Cake ini begitu ringan seakan - akan kapas, sangat lembut kerana kaedah membakarnya dengan cara bain marie. Saya rasa cake ini sangat sesuai juga di jadikan sebagai bahan asas untuk membuat cake harijadi ataupun cake hantaran. Untuk sesiapa yang gemarkan cake yang ringan dan juga lembut resepi ini memang sesuai sangat di cuba di rumah!
Ogura Pandan Cake
Bahan A :
Tepung cake 85 gram
Tepung jagung 15 gram
1/4 sudu teh garam halus
55 gram minyak canola / minyak jagung
Susu cair 70 gram
1 sudu teh pandan paste
5 kuning telur
1 biji telur
20 gram gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
Bahan B :
5 biji putih telur
70 gram gula halus
1/4 sudu teh cream tartar
Cara Membuat :
Ayak tepung cake, tepung jagung dan juga garam. Ketepikan. Di dalam mangkuk adunan masukkan kuning telur, telur, susu cair, gula halus, pandan paste dan minyak canola. Pukul hingga semuanya sebati. masukkan tepung yang di ayak. Masukkan esen vanila. Pukul hingga rata. Ketepikan.
Di dalam mangkuk yang bersih dan kering masukkan putih telur. Pukul hingga sedikit berbuih. Masukkan cream tartar dan gula halus sedikit demi sedikit. Pukul sehingg putih telur menjadi adunan yang pekat ( soft peak ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, kaup balikkan sehingga sebati. Buat dua bahagian lagi sehingga adunan putih telur dan adunan tepung tadi tercampur dan sebati.
Siapkan acuan yang telas di sapu dengan sedikit minyak masak dan di lapik dengan kertas roti . Ketuk ketukan acuan untuk membuang udara yang terperangkap di dalam adunan cake.Bakar adunan dengan cara steamed bath atau bakar kukus pada suhu 170 C sehingga masak.
No comments:
Post a Comment