Wednesday, October 30, 2013

Super Soft Banana cake


Salam dan selamat pagi buat semuaa..
Pisang kaya akan kalium, salah satu mineral penting yang berfungsi menjaga dan mempertahankan aktivitas sel dalam tubuh kita. Pisang merupakan buah yang cukup dikenali, kerana itu banyak sekali resepi yang menggunakan pisang sebagai bahan utama.

Pagi - pagi gini tergerak hati ingin membuat kek pisang! Anak - anak cukup suka kalau saya buat kek pisang apalagi kalau kek pisang ni jenis yang lembut dan moist kejap saja boleh habis.
Kek pisang ni tak kira lah bakar atau kukus teksturnya lebih kurang sama lembut dan lembab, inilah di antara resepi kek pisang kegemaran saya. Cake pisang dapat bertahan selama dua sampai tiga hari jika disimpan dalam wadah kedap udara.


Super Soft Banana Cake
250 g tepung gandum*
1/2 tsp baking podwer*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
1 tsp ovallate
150 gram gula halus
5 biji telur gred A
225 gram butter - cairkan
225 g pisang emas
1/2 tsp esen pisang / vanila

Bahan Toping :
30 gram coklat chip
30 gram kacang almond

Cara membuat :
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser acuan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek dan esen esen pisang. Gaul rata.

Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam acuan yang telah disediakan, dan tabur dengan bahan toping. Bakar 50 minit atau hingga masak mengikut oven masing - masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih  tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari acuan dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan.

3 comments:

  1. kek pisang yang mewah dengan kekacang, sedapnya..nak sepotong..

    ReplyDelete
  2. Ju kek pisangmu menggoda qalbu,nnti kita try na

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Julia...salam kenal...tersesat kemari lak dari dapur Bicara K.Noor...hehee. Nampak pulak kek pisang...my fav...tp anak2 akak x makan sgt...kalau buat akak dgn hb jer laaa habiskan.. @__@

    ReplyDelete