Friday, April 18, 2014

Lepat Labu


Salam, minum petang apa hari ini? Kalau saya minum petang dengan lepat labu yang serba ringkas tetapi sedap. Tetiba saja teringin nak makan kuih lama ni, apalagi kalau petang hujan macan gini kan perut selalu keroncong nak minta di isi! Lepat labu yang saya buat ni tak letak inti , saja tengah malas tapi nak makan sedapp, kalau korang rajin bolehlah letakkan sedikit nyok yang di campur dengan sedikit garam untuk inti nyaa yaa!

Lepat Labu
500 gram labu kuning - kukus hingga lembut
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
4 - 5 sudu besar gula atau secukup rasa
Kelapa parut + garam
Daun pisang  - di layur

Cara Membuat :
Kukus labu hingga empuk.  masukkan gula dan lenyek. Masukkan tepung gandum dan tepung beras gaulkan menggunakan senduk hingga rata. Ratakan atas daun pisang ( 2 - 3 sudu ), letakkan sedikit kelapa parut dan gulung. Lipat kedua2 hujung. Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 15 minit.


No comments:

Post a Comment