Wednesday, October 22, 2014

Sup Cendawan Berkrim


Assalam, dah sarapan ka belum? Hari ni kita ada buat sup cendawan berkrim la pulak! Sesekali hirup sup berkrim cam ni sedapp la jugakan. Semua menggunakan bahan - bahan yang fresh rasanya nya pun lebih berkhasiat dari pada beli yang ready made di dalam tin tu kan! Lebih baik buat sendiri di rumah ya rakan - rakan semua! Resepi senang dan simple..

Sup Cendawan Berkrim
100 gram cendawan butang jenis segar
600 ml air
1 tin susu sejat
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar mentega
50 gram tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa dan sedikit lada hitam
Sedikit cincangan daun parsley -  untuk hiasan

Cara Membuatnya :
Cendawan dibasuh. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. Dalam kuali panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil.

Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.

Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada putih dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih jika suka.



7 comments:

  1. sedap ni..sesuai buat sarapan juga..^_^

    ReplyDelete
  2. waa..sedap buat sendiri ni..biasa sy masak sup cendawan yg dalam tin tu je

    ReplyDelete
  3. Thanks Wana dan juga Yu Yun kerana dah singgah..

    ReplyDelete
  4. sedapnya..simple plk tu..nk buatskrgla

    ReplyDelete
  5. klw guna cendawan lain boley ke?

    ReplyDelete
  6. klw guna cendawan lain boley ke?

    ReplyDelete
  7. hihi..terimakaseh share resepi..baru buat & menjadi!! hubby sampai keluar cari roti sbb nk cicah hehe 😁 katanya lagi sedap dari pizahut punya 😳😳

    ReplyDelete