Nak makan kaya pandan sapu atas roti untuk sarapan, hmm sedapnya! intai - intai pokok daun pandan kat belakang rumah, ooo nampak rimbun dan terlihat sungguh hijau. Hehe. Homemade pandan kaya ni saja - saja buat kerana nak merasa kaya buatan sendiri..
Seri Kaya Pandan ( Cik Mat )
350 ml pati santan
3 biji telur gred A
4 helai daun pandan
180 gram gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
Cara Membuat :
Daun pandan dicuci, kemudian lap kering. Potong kecil dan masukkan ke dalam alat pengisar atau blender. Tuang pati santan. Kisar hingga daun pandan hancur. Tuang dalam tapis dan perah hingga hampas daun pandan kering, asingkan. Ketepikan sebentar.
Pukul telur dan gula hingga larut dan berkrim, gunakan whisk. Tuang santan (no. 1) dan pukul sebati. Masukkan secubit garam, kacau rata dan tapis sekali lagi ke dalam periuk. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti.
Masak hingga pekat, keluarkan daun pandan dan terus memasak dengan api kecil hingga seri kaya kelihatan kental. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biarkan sekejap. Isi seri kaya pandan dalam botol bersih yang telah direbus dan dikeringkan terlebih dahulu. Biar seri kaya sejuk, baru ditutup dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment