Thursday, October 22, 2015

Japenese Roll Cake


Membuat kek gulung menjadi sangat mudah dengan resepi sponge kek asal jepun ini !
dan saya yakin anda pasti boleh juga mencubanya di rumah. Selain texsturnya yg sangat lembut, kek ini juga tidak terlalu manis. Sesuai dengan citarasa saya.  Rasa manis kek gulung ini nantinya akan dipengaruhi oleh jam ataupun filling yang digunakan nanti..


Japenese Roll Cake
2 biji telur
50 gram gula kastor
35 gram tepung kek - di ayak
20 gram susu uht / susu cair

Cara Membuat :
Siapkan loyang bronie berukuran 9 inci dan lapik dengan kertas roti. Ketepikan sekejap. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan whisk. Letakkan mangkuk adunanan tersebut di atas air yang telah mendidih  secara ( dauble boiler ) kacau dengan whisk sehingga gula larut dan adunan menjadi suam. Dengan menggunakan electric mixer pukul adunan tadi dengan menggunakan speeed tinggi sehingga menjadi pekat dan gebu. Masukkan tepung yg di ayak, kaup balik menggunakan spatula saja! 

Masukkan susu dan kaup balik lagi sehingga adunan sebati. Masukan di dalam loyang atau pun acuan. Hentakan adunan utk membuang udara yg terperangkap di dlm adunan. Bakar pada suhu 180 C selama 11 ke 12 minit. Setelah masak hentakan adunan sekali lagi, Sejukkan atas wire rack. Sapukan krim dipermukaan kek. Gulung kek dengan kemas.

Bahan Filling :
150 fresh cream - pukul sehingga kembang dan gebu. Siap di gunakan sebagai filling.

Sunday, October 18, 2015

Mini Cheesecake


Kek ni sedappppp.. sape penggemar cheese kek mesti suka kot.. leh la try buat sendiri kang kat umah.. buat mini cake ni sbb sebenarnya dah  lama nk buat cream cheese dlm peti tu adelah dh 2 bulan x diusik2
pikir pikir klu x buat kang mau habis expired date bende2 tu ..so petang tadi gigihkan diri buat cake ni....akhirnya alhamdulillah menjadi juga, jom intai resepinya!


Mini Cheesecake
120 gram biskut -  hancurkan
60 gram mentaga - lembutkan
250 gram cream cheese
70 gram  gula halus
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuat :
Lapiskan muffin tins dgn paper cases. Bagi yg takde paper cases, griskan muffin tins. Gaulkan biskut dgn butter, masukkan 1 sudu besar ke dalam setiap paper case dan tekan2 biar padat kat bawah. Masukkan cream cheese, gula, vanilla ke dalam mangkuk besar  pukul sehingga jadi cream.
Isikan setiap paper case tadi dgn adunan cream cheese biar 4/5 penuh. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 C. Biar sejuk dan hidangkan.  

Saturday, October 17, 2015

Puding Roti Tanpa Telur


Jom layan puding roti tanpa telur, cara penyediaanya sangat mudah! Main campak - campak jaa dah boleh menjadi hidangan yang cukup sedap! Boleh di makan suam atau pun sejuk sama lezatnya.


Puding Roti Tanpa Telur
2 cawan susu segar / susu cair
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar butter
50 gram kismis hitam - potong kecil
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung kastad
1 peket roti gardenia ukuran sedang - potong kiub

Cara Membuat :
Sediakan bekas tahan panas yang telah di sapu nipis dengan sedikit majerin. Ketepikan sekejap.
Di dalam periuk masukkam susu, butter, gula dan juga tepung kastad. Kacau sehingga semuanya sebati. Masak sehingga  gula pasir larut dan  kastad mendidih. Masukkan esen vanila. Kacau sebati.

Tuangkan ke atas roti yang telah di potong kiub & biarkan sehingga roti kembang. Tekan2 sikit roti supaya semua roti meresap susu. Masukkan ke dalam bekas tahan panas tadi. Tabur dengan kismis. Bakar puding anggaran 30 - 35 minit mengikut oven masing2 sehingga puding nampak keperangan dan hidangkan.

Tuesday, October 6, 2015

Crispy Potato Wedges



Assalammualaikum...
Kita layan cheesy wedges atas permintaan anak - anak. Sangat2 senang & puas hati sbb buat sendiri yg penting sedap happy sangat taw! kalo banyak Boleh terus simpan frozen next time tinggal goreng jer tak payah beli dah nak buat pun modal bukan banyak yang penting confirm jadik dengan hasil air tangan penuh kasih sayang.. suittt suittt.

Crispy Potato Wedges
5 - 6 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk kari ayam / daging
150 gram tepung jagung
2 - 3 sudu besar air kosong
Garam secukup rasa

Cara membuat :
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. Kulit kentang tak perlu dibuang. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.

Selepas itu, satukan semua bahan rempah dan juga tepung di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang dan renjiskan dengan sedikit  air, agar tepung sedikit lembab dan melekat pada kentang, goreng dengan api sedang hingga keemasan. Simpan atau frozenkan baki kentang di dalam peti sejuk. Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges & mayonis.

Resepi Sos Cheesy Wedges
100 ml non dairy whipping cream
50 ml air panas
70 gram serbuk cheesy wedges

Cara : Panaskan cream di atas pan, masukkan serbuk cheesy wedges, kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati dan tidak berketul, masukkan air panas kacau sekejap dan siapp. Sangat senang dan mudah!

Karipap Sabah.. Karipap Jaring..


Petang tadi teringin sangat nak makan karipap! Kalau beli tak cukup lima ketul kan berebut pulak nanti dng anak - anak. Hari ni saya buat karipap yg bentuknya lain skit, orang panggil Karipap Jaring... kadang2 panggil karipap  jala ikan sebab macam jaring. Karipap rangup Karipap Sabah memang rangup dan sedap.. cuba - cuba untuk mempelbagaikan bentuk karipap hihi..



Bahan Inti Karipap
5 - 6 biji ubi kentang - daduu kecil
50 gram daging cincang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk lada hitam
Sedikit daun bawang  - potong halus
Minyak utk menumis
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Tumiskan bawang besar n bawang putih sesingga naik bau masukkan daging n goreng kejap. Masukkan rempah kurma dan goreng lagi sampai naik minyak. Masukan serbuk lada hitam n pepper yg dah ditumbuk tadi letak garam sikit dan juga gula rasa masinnyer..

kemudian masukkan kentang yg dah potong dadu, masukkan air. Masak hingga kentang empuk n air semakin kering taburkan daun bawang dan tutup api sedia utk digunakan sebagai inti karipap.

Kulit Karipap Rangup ( Noly )
500 gm tepung gandum
1/2 cwn minyak
2 sudu besar mentega
1 sk garam
air secukupnya

Caranya: Panaskan minyak, garam dan butter. Tuang ke dalam tepung. Hati hati semasa menggaulkan minyak dan tepung kerana panas. Gaul sehingga seperti serbuk roti dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Rehatkan sebentar dan bolehlah dicanaikan dan di bentuk, cara rujuk di sini ya!


Monday, October 5, 2015

Hot Pancakes Untuk Sarapan..


Pancake menjadi salah satu pilihan menarik untuk sarapan. Rasanya cukup ringan dan mengenyangkan. Kakak dan Angah gemarkan pancakes yg lembut katanya! Untuk menambat hati anak - anak yg sedang bercuti hari ni saya buatkan sos butterscotch sebagai topping! Ok kita intai resepi kat bawah ni yaa...


Hot Pancakes
1 cawan + 1 camca besar penuh tepung berserbuk penaik (self-raising flour)*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam halus*(*gaul rata dan ayak)
1 biji telur gred A
1 camca besar penuh gula kastor
1 cawan + 4 camca besar susu segar
1 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan

Cara Membuat :
Bancuh susu segar dengan cuka makan, dan biarkan sekejap. Sementara itu,masukkan tepung yang telah diayak dalam satu bekas, masukkan gula kastor dan gaul rata. Tambah telur dan kacau. Perlahan2 tuang bancuhan susu dan cuka (buttermilk) sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan buttermilk habis.Tuang pula mentega cair dan esen vanilla, kacau rata hingga licin dan tidak berbintil2. Rehatkan 5 minit.

Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak atau mentega, kemudian lap dengan tissue dapur bersih. Cedok 1/4 cawan adunan pancake, kemudian tuang perlahan di bahagian tengah pan tadi. Pastikan api kecil. Biar hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering sedikit, kemudian terbalikkan.

Masak untuk 1 minit lagi dan boleh angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan, pastikan anda lenser dengan sedikit minyak atau mentega sebelum menuang adunan pancake yang baru. Hidangkan drizzle dengan sedikit sos butterscotch. Hidangkan sebagai sarapan pagi..



Sos Butterscotch
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
40 gram butter

Cara membuatnya :
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. Masukkan susu segar, vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

Note : Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..