Sunday, June 27, 2010

Fuyunghai


Bahan - Bahan :
4 biji telur
100 gram kentang - parut kasar
50 gram udang tanpa kulit - cincang halus
1/4 labu bawang besar, cincang halus
1 batang daun bawang - hiris halus
1 sudu makan tepung gandum
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :
Pukul ringan telur. Masukkan telur, udang, bawang besar, daun bawang, tepung
gandum, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau  rata. Tuangkan dalam
kuali cengkung berisi minyak yang telah di panaskan.  Goreng sehingga masak.

         
Bahan Sos :
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/4 labu bawang besar - cincang halus
1 biji tomato, celur dan potong dadu
3 sudu makan sos tomato
1 sudu teh kicap inggeris
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir
200 ml stok ayam
1 sudu teh tepung sagu dan 1 sudu teh air
1/2 sudu teh air perahan lemon
1 sudu makan minyak untuk menumis
1 batang daun bawang - potong serong

Cara Membuat :
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan tomato,
sos tomato, kicap inggeris, garam, serbuk lada sulah, gula pasir dan stok ayam.
Masak sehingga matang. Pekatkan dengan larutan tepung sagu. Masak sehingga
meletup - letup. Masukkan air perahan lemon dan daun bawang. Kacau rata.
Tip : Minyak perlulah  banyak supaya telur mengembang.

Sumber : Sedap