Wednesday, July 28, 2010
Monday, July 26, 2010
Ayam Panggang Yogurt
Bahan - Bahan :
8 ketul ayam
Bahan Rempah :
2 sudu makan madu
1/2 sudu makan yogurt asli
1/2 sudu makan serbuk cili
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 1/2 sudu makan sos barbeque
4 sudu teh sos tomato
1 sudu makan mentega tawar
Cara Memasak :
Kacau rata bahan rempah. Lumur ayam dengan rempah. Perapkan selama 60
minit dalam peti sejuk. Bakar selama 60 minit dengan suhu ketuhar 170 C sambil
di sapu baki rempah sehingga masak.
Tip : cucuk - cucukan ayam dengan lidi sate supaya rempah lebih menyerap.
Sumber : Majalah Sedap
Piza Corn Flakes
Bahan - Bahan :
A
250 gram tepung berprotein tinggi
1/2 cawan cornflakes - di kisar halus
1 1/2 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1/2 camca teh garam
B
125 ml air suam
2 camca besar krimer sejat rendah lemak ideal
1 biji telur - pukul ringan
2 camca besar minyak masak
1/2 cawan sos tomato
1/2 sudu besar oregano
5 biji sosej ayam atau daging - di hiris
6 kuntum cendawan butang - di hiris
1 biji bawang besar - di hiris
1/2 biji lada besar merah - di hiris
1/2 biji lada besar hijau - di hiris
80 gram nanas dalam tin, tuskan dan di hiris
150 gram keju mozzarella
Cara Membuat :
1. Campur bahan A dan masukkan bahan B. Uli doh hingga sebati dan tidak melekat pada jari. Letak doh dalam mangkuk yang di gris dan tutup dengan tuala lembab untuk doh naik. Bila doh telah menjadi dua kali ganda, uli lagi selama 5 minit. Canai doh setebal 1 cm. Letakkan di atas dulang pembakar dan cucuk permukaan doh dengan garpu. Ketepikan.
2. Sapu sos ke atas doh pizza dan taburkan oregano ke atasnya. Susun sosej, di atas nya pula sayuran dan taburkan keju mozzarella. Bakar di dalam ketuhar yang bersuhu 200 C selama 15 - 20 minit atau sehingga keju memcair. Hidangkan segera.
Saturday, July 24, 2010
Lasagna Cendawan
Bahan Inti :
3 keping lasagna, rebus setengah masak
2 sudu makan mentega tawar sejuk
1/2 labu bawang besar - cincang halus
100 gram daging cincang
100 gram cendawan segar champignon - hiris halus
3 sudu makan tepung gandum
300 ml stok daging
3 keping daging salai - hiris panjang
50 gram kacang pis
1 1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk pala
200 ml krim masam
1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil
Bahan Taburan :
75 gram keju mozzarella
1 sudu makan keju parmesan
Cara Membuat :
1. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan
daging cincang dan cendawan. Tumis sehingga berubah warna. Masukkan tepung
gandum. Kacau sehingga berbutir kasar. Tuang stok daging sedikit demi sedikit
sambil di kacau sehingga licin.
2. Masukkan daging salai dan kacang pis. Kacau rata. Perisakan dengan garam,
serbuk lada sulah dan serbuk pala. Kacau rata. Masukkan krim masam. Masak
sehingga mendidih dan pekat. Masukkan oregano dan basil. Kacau rata.
3.Tuang inti dan ratakan di atas sekeping lasagna. Ulang langkah dan lapiskan
dengan baki kepingan lasagna. Taburkan campuran keju mozzarella dan keju
parmesan. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 190 C sehingga masak.
Sumber : Sedap
Wednesday, July 14, 2010
Kerabu selom dan tauge
Bahan - Bahan :
100 gram tauge - dicelur
150 gram daun selom - hiris halus
100 gram udang geragau
2 sudu besar kerisik
3 biji limau kasturi
3 tangkai daun kesum - hiris halus
3 sudu besar pati santan
1 biji bawang besar - di hiris bulat
2 tangkai cili merah - tumbuk
3 tangkai cili api - tumbuk
Sedikit belacan - di tumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat :
Udang geragau di goreng dan di tumbuk. Satukan kesemua bahan - bahan,
gaulkan rata dan perahkan limau kasturi. Tambahkan garam dan gula secukup
rasa. Gaul lagi sehingga sebati dan hidangkan.
Sunday, July 11, 2010
Kuey Teow Goreng Cina
Bahan A :
100 gram kuey teow
Bahan B ( di mesin ) :
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
Sedikit halia
1 biji buah keras
1 genggam udang kering
Bahan C :
100 gram tauge
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 cawan air
2 biji telur - di pukul sedikit
5 ekor udang basah
Sedikit isi kerang
Sedikit daun kucai - dipotong 2 cm
Bahan D :
2 sudu besar light soya sauce
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar dark soya sauce
1 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
( Bancuh semua bahan - bahan ini di dalam sebuah mangkuk kecil sebelum mula
memasak )
Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan B tadi dan masak sehingga garing. Masukkan kuey teow, udang kering dan isi kerang dan goreng sebentar. Masukkan bahan D dan gaul hingga sebati. Masukkan telur yang dipukul tadi dan goreng lagi sehingga sebati. Akhir masukkan garam, gula, kucai dan tauge dan gaul sebentar. Hidangkan Panas.
Sumber : The Cook
Wednesday, July 7, 2010
Pisang Goreng
Bahan - Bahan :
4 buah ( 900 gram ) pisang tanduk - dipotong nipis
Minyak untuk menggoreng
Bahan Pelapis :
150 gram tepung gandum
20 gram tepung beras
25 gran gula halus
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
300 ml air
Cara Membuat :
Pelapis : kacau rata tepung gandum, tepung beras, serbuk kayu manis, baking powder dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga sebati. Celupkan pisang. Goreng dalam minyak yang sudah di panaskan sehingga masak.
Sumber : Buku Primarasa
Nasi Arab
Bahan - Bahan :
400 gm beras
40 gm bawang kecil
30 gm bawang putih
10 gm halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Rempah 4 sekawan
15 gm rempah kari daging
10 gm rempah kari ikan
10 gm serbuk kunyit
1/2 sudu kecil rempah kurma
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
50 gm minyak sapi
670 ml air
Cara Membuat :
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang kecil, bawang putih dan halia sehingga
kekuningan . Masukkan rempah 4 sekawan. Masukkan semua rempah bersama
serbuk lada hitam dan air. Masukkan beras dan kacau sebati dengan rempah tadi.
Tutup periuk dan biarkan ia masak.
Sumber : Mohd. Azwan abdullah
Sunday, July 4, 2010
Ayam Kukus Gulung
Ingin membuat kelainan hari ini. Selalu kalau masak ayam asyik di goreng atau pun di buat sambal tumis. Nah, cuba ayam kukus sahaja hari ini. Warnanya pun nampak menarik, bukan ?
Bahan - Bahan :
400 gram daging ayam cincang - saya guna jenama Ramly
2 sudu makan bawang merah goreng - haluskan
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan krim cair
1 biji telur ayam - pukul ringan
1/2 sudu teh serbuk pala
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam
Bahan Isi :
150 gram daun bayam, celur dan toskan - cincang halus
200 gram lobak merah - potong memanjang
Bahan Sos :
2 sudu makan tepung gandum
1 labu bawang besar - cincang halus
1 sudu makan mentega - untuk menumis
100 ml susu cair
150 ml air sejuk
1 sudu makan BBQ sos
1/2 sudu teh serbuk pala ( ground nutmeg )
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh kicap inggeris
Cara Membuat :
Gaulkan hingga sebati ayam cincang bersama bahan lainnya sehingga rata. Ratakan adunan ayam di atas sehelai plastik tebal. Letakkan daun bayam dan lobak merah pada salah satu hujungnya. Gulung hingga padat dan kemas. Kukus selama 30 minit. Angkat dan sejukkan. Potong - potong setebal 1 cm.
Sos : cairkan mentega, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum, kacau - kacau sehingga berwarna keperangan. Masukkan susu cair, air, masak sehingga pekat sambil sesekali di kacau, masukkan rempah lainnya tunggu sehingga mendidih, barulah di angkat.
Sumber : Indah Muharis
Friday, July 2, 2010
Udang Bakar Lada Hitam
Salam sejahtera semuanya, satu lagi resepi yang mudah dan senang disediakan...
Bahan - Bahan :
500 gram udang saiz agak besar
1/2 sudu teh air limau nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Rempah ( kacau rata ) :
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili merah, buang biji - cincang halus
1 cm halia - diparut
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
2 sudu teh lada hitam, digoreng tanpa minyak - ditumbuk kasar
1 sudu teh garam
2 sudu makan sos cili
50 ml air
Bahan - Bahan :
500 gram udang saiz agak besar
1/2 sudu teh air limau nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Rempah ( kacau rata ) :
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili merah, buang biji - cincang halus
1 cm halia - diparut
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
2 sudu teh lada hitam, digoreng tanpa minyak - ditumbuk kasar
1 sudu teh garam
2 sudu makan sos cili
50 ml air
Cara Membuat :
Lumur udang dengan air limau nipis dan garam. Diamkan 15 minit. Cuci bersih.
Lumur udang dengan bahan rempah, kecuali air. Perapkan selama 20 minit.
Panaskan minyak. Tumis udang dan jugak rempah. Kacau sehingga berubah
warna. Tuang air. Masak sehingga pekat. Bakar udang sambil di sapu baki
rempah di atas bara api sehingga masak.