Saturday, July 24, 2010

Lasagna Cendawan


Bahan Inti :
3 keping lasagna, rebus setengah masak
2 sudu makan mentega tawar sejuk
1/2 labu bawang besar - cincang halus
100 gram daging cincang
100 gram cendawan segar champignon - hiris halus
3 sudu makan tepung gandum
300 ml stok daging
3 keping daging salai - hiris panjang
50 gram kacang pis
1 1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk pala
200 ml krim masam
1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil

Bahan Taburan :
75 gram keju mozzarella
1 sudu makan keju parmesan

Cara Membuat :
1. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan
daging cincang dan cendawan. Tumis sehingga berubah warna. Masukkan tepung
gandum. Kacau sehingga berbutir kasar. Tuang stok daging sedikit demi sedikit
sambil di kacau sehingga licin.

2. Masukkan daging salai dan kacang pis. Kacau rata. Perisakan dengan garam,
serbuk lada sulah dan serbuk pala. Kacau rata. Masukkan krim masam. Masak
sehingga mendidih dan pekat. Masukkan oregano dan basil. Kacau rata.

                                 
3.Tuang inti dan ratakan di atas sekeping lasagna. Ulang langkah dan lapiskan
dengan baki kepingan lasagna. Taburkan campuran keju mozzarella dan keju
parmesan. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 190 C sehingga masak.  

Sumber : Sedap