Saturday, September 11, 2010

Biskut Cinta


Sajian raya tak lengkap rasanya, kalau tidak ada biskut, kan? Hmm, kira penyeri  di hari lebaran. Lambat sikit buat biskut tahun ni kerana kesibukan dan rutin harian yang tak ada habisnya. Jom layan resepinya!


Bahan - Bahan :
250 gram mentega
20 gram lemak sayuran
140 gram gula aising
2 biji kuning telur
3 camca besar mentega kacang halus
80 gram serbuk kacang hazel

Dikacau rata :
1 camca teh serbuk kopi segera
1 camca teh air panas

Bahan diayak :
390 gram tepung serba guna
100 gram tepung kastad
1/2 camca teh serbuk penaik

Bahan Hiasan :
100 gram jem strawberi, dipanaskan

Cara Membuat :
Putar mentega bersama lemak sayuran, gula dan kuning telur sehingga sebati.
Masukkan mentega kacang dan pes kopi. Campur bahan ayak dan kacang hazel,
uli menjadi doh. Canai doh setebal 4 mm, terap menggunakan acuan bentuk hati.

Bakar pada suhu 180 C, 20  minit atau sehingga masak. Biar suam sebelum
disapu jem dan tangkup dua keping. Biar sejuk sebelum disimpan.