Sunday, June 5, 2011

Buttercream Cake



Hai semua, kau orang cuti buat apa yaa? Kita stil di dapur kawan ngan tepung dan
gula menyiapkan order yang datang dari kak Ina. Simple deko, but nice..ya kah??
Selamat lahir juga untuk ayah kak Ina, hope sihat selalu. And also murah rezeki !!

                                                                             

Saturday, June 4, 2011

My Projek



Salam, projek saya semalam membuat kek coklat moist untuk anak Cik Kamarudin.
Huiih penat  tapi berbaloi dengan hasilnya..anyway,  tak lupa saya nak ucapkan
selamat pengantin baru kepada Fairoz dan juga Fauzana.Semoga berkekalan hingga
ke akhir hayat. Amin.


                                                                                                  

Friday, June 3, 2011

Mee Goreng Warisan



Mee biasanya dihidangkan sebagai sarapan pagi dan juga hidangan minum petang. Namun, seiring dengan peredaran zaman, makanan ini kini boleh di nikmati pada bila-bila, tidak kira pagi, tengahari, petang ataupun tengah malam sekalipun!!

Bahan -  bahan :
1/2 kg mee kuning -  dibasuh dan toskan
3 sudu besar minyak untuk menumis
50 gram isi ayam / sotong / udang
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar gula pasir
50 ml air
20 gram sayur sawi
20 gram taugeh
2  biji tauhu - digoreng dan dipotong
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh kicap ikan

Bahan dimesin / kisar :
6 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan yang dikisar. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap ikan, serbuk pati ayam dan sedikit air. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit gula dan perisakan dengan garam.

Masukkan isi ayam / sotong. Kacau sekejap. Masukkan mee kuning, sayur sawi, taugeh, tauhu dan kacau sebentar. Akhir sekali taburkan bawang goreng semasa menghidang, jika suka.

                                                                                 

Thursday, June 2, 2011

Apam Kukus Mekar Cola



Ini menu santai kami hari ini.  Membuat apam ada banyak kelebihannya. Selain cepat proses membuatnya,  kerana saiznya kecil dengan bermacam perisa yang lazat. Seperti apam cola ini.  Warnanya agak kecoklatan dan aromanya juga berbeza dari apam yang pernah saya cuba sebelum ini.  Resepi dari Majalah Sedap.

Bahan - bahan :
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
150 gram gula pasir - boleh di kurangkan
50 gran gula merah
1/2 sudu makan ovalete
275 gram tepung gandum
15 gram susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
225 ml coca - cola
50 gram cip coklat - saya tak letak cause tak ada stok

Cara Membuatnya :
Pukul telur, garam, gula pasir, gula merah dan ovalete sehingga kaku selama 10 minit. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik sambil di ayak berselang - seli dengan minuman coca - cola sambil di pukul perlahan.

Masukkan cip coklat dan kacau rata. Sudukan adunan ke dalam acuan apam kukus bersaiz sederhana. Kukus selama 10 minit dengan api besar sehingga masak.



                                                          

Ikan Bawal Balado



Lauk satu ini memang mudah dan cepat penyediaanya. Untuk rakan - rakan yang bekerja menu ringkas tentu menjadi pilihan. Rasa rangup dari ikan bawal goreng di tambah  dengan rempah pedas dari cabai merah segar, sesuai di padankan dengan nasi yang hangat. Selamat mencuba !!   

Bahan - bahannya :
500 gram ikan bawal
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 sudu makan air limau nipis
2 sudu makan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Bahan di tumbuk kasar :
200 gram cabai merah segar
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 buah asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Lumur ikan dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, garam dan air limau nipis,
sehingga rata. Tabur seluruh badan ikan dengan tepung gandum sehingga rata.
Goreng di dalam minyak yang sudah di panaskan sehingga masak. Ketepikan.

Panaskan 3 sudu makan minyak sayur. Tumis bahan - bahan yang sudah ditumbuk
sehingga naik bau. Angkat. Letakkan ikan di pinggan saji, curahkan rempah tumis
tadi, sajikan  bersama nasi putih hangat.
                

Wednesday, June 1, 2011

Popia Goreng Sayuran



Hari ini merajinkan diri membuat kudapan di rumah. Anak2 asyik minta di buatkan sesuatu untuk makanan sampingan di rumah.  Apa jua jenis hidangan sekalipun,  apa yang penting  ianya tidak  memudaratkan kesihatan dan perlu memastikan  ianya benar - benar berkhasiat untuk tumbuh besar anak-anak.

Bahan - bahanya :
12 keping kulit popia
1 sudu makan tepung gandum dan 1 sudu makan air, larutkan sebagai pelekat
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti :
50 gram udang, dicincang
50 gram lobak merah, hiris sebesar batang mancis
50 gram tauge
50 gram buncis, hiris halus
2 biji telur, pukul ringan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 sudu teh kicap ikan
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
1 batang daun bawang - hiris halus
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan sos ( kacau rata ) :
100 gram mayonis
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh air perahan lemon

Cara Membuatnya :
Inti :  tumis bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan udang. Kacau sehingga berubah warna.  Ketepikan di tepi kuali.  Masukkan telur. Kacau sehingga berbutir. Masukkan lobak merah, tauge dan buncis. Kacau sehingga layu. Masukkan kicap ikan, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir.

Masak sehingga menyerap. Masukkan daun bawang dan kacau rata. Ambil sekeping kulit popia. Intikan. Lipat dan gulung. Lekatkan dengan larutan tepung gandum. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan sehingga masak. Hidangkan dengan sosnya.