Thursday, June 2, 2011
Apam Kukus Mekar Cola
Ini menu santai kami hari ini. Membuat apam ada banyak kelebihannya. Selain cepat proses membuatnya, kerana saiznya kecil dengan bermacam perisa yang lazat. Seperti apam cola ini. Warnanya agak kecoklatan dan aromanya juga berbeza dari apam yang pernah saya cuba sebelum ini. Resepi dari Majalah Sedap.
Bahan - bahan :
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
150 gram gula pasir - boleh di kurangkan
50 gran gula merah
1/2 sudu makan ovalete
275 gram tepung gandum
15 gram susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
225 ml coca - cola
50 gram cip coklat - saya tak letak cause tak ada stok
Cara Membuatnya :
Pukul telur, garam, gula pasir, gula merah dan ovalete sehingga kaku selama 10 minit. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik sambil di ayak berselang - seli dengan minuman coca - cola sambil di pukul perlahan.
Masukkan cip coklat dan kacau rata. Sudukan adunan ke dalam acuan apam kukus bersaiz sederhana. Kukus selama 10 minit dengan api besar sehingga masak.
No comments:
Post a Comment