Saturday, July 2, 2011

Mee Udang Jawa



Bercerita tentang mee, sungguh terdapat pelbagai jenis mee. Mee kari, mee rebus
dan banyak lagi. Resepi mee yang akan saya kongsi hari ini mempunyai rasa dan
keunikkan yang tersendiri, tak percaya ? Jom mencubanya di dapur ! 

Bahan Penyediaan Mee :
1 bungkus mee kuning
20 gram taugeh - dicelur
5 keping tauhu - digoreng
Daun bawang, cili merah dan limau nipis untuk hiasan

Bahan A ( di mesin ) :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 tangkai cili kering

Bahan  B :
10 ekor udang sederhana besar
50 gram udang kering - ditumbuk
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tomato
100 gram ubi keledek -  direbus dan kisar
50 gram sayur sawi
Minyak untuk menumis
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan masukkan bahan A dan tumiskan sehingga naik bau. Bancuh
serbuk kari dan masukkan bersama udang kering, masak sehingga pecah minyak.
Setelah mendidih, masukkan air secukupnya, udang dan kacau untuk seketika.

Kemudian masukkan ubi keledek, gula perang, sawi dan sos tomato serta sedikit
garam dan gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Hidangkan mee
bersama taugeh,  telur rebus,  tauhu goreng dengan hirisan daun bawang, cili
potong dan sedikit air perahan limau nipis.

          

No comments:

Post a Comment