Thursday, July 7, 2011

Roti Sardin



Hai berjumpa kembali. Roti berinti pedas banyak juga di sukai orang ramai.Terutama untuk sarapan. Rakan rakan boleh membuat berbagai variatif inti yang lainnya, seperti dari  ayam, ikan ataupun daging. Selamat berkreasi dan happy baking semua.

Bahan untuk Inti :
1 tin ikan sardin
1 labu bawang besar - dicincang kasar
1 sudu besar tepung gandum
2 ulas bawang putih - cincang halus
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ikan sardin ( ikan sahaja ), simpan kuah sardin untuk kegunaan yg
lain. Hancurkan ikan  dengan menggunakan sudu sambil di kacau sehingga
sebati. Masukkan tepung gandum, perisakan dengan garam dan serbuk perasa
jika suka. Ketepikan.

Bahan untuk roti :
500 gram tepung roti
2 sudu teh yis segera
50 gram gula halus
1 biji telur
1 camca teh garam
250 ml air ais
50 gram marjerin
2 sudu makan susu evaroted untuk sapu atas roti
5 gram bijan putih atau serbuk roti putih  untuk hiasan

Cara Membuat :
Campur tepung roti, ragi, dan gula halus. Kacau sehingga rata. Tambahkan telur dan air ais sedikit demi sedikit sambil di uli sehingga kalis. Masukkan marjerin dan garam. Uli lagi. Diamkan 30 minit. Tekankan adunan untuk membuang angin. Timbang masing - masing seberat 40 gram.

Bulatkan atau bentuk sesuai selera. Perapkan 10 menit. Giling adunan. Beri inti ikan sardin. Susunkan di dalam loyang segiempat. Diamkan selama 60 menit, atau sehingga naik dua kali ganda. Sapu atau gliskan dengan susu. Tabur bijan putih. Oven 12 menit dengan suhu 180 C sehingga masak.

                                   
                   

No comments:

Post a Comment