Saturday, February 4, 2012
Marble Cheese Bronies
Salam, dah sampai ke penghujung minggu lagi. Hmm, apa lagi nak buat ya ? Cuba - cuba lagii! Hari ini cuba buat marble bronies from Kak Rinnchan. Thanks kak, ya. Semoga Allah memberikan pahala dan rezeki yang melimpah. Amin. Ramaii, kan yang sudah mencuba resipi ni. Memang sedap. Tapi kalau ikut cara saya, saya buat dengan cara bakar kukus, hasilnya lebih lembutt.
Bahan Bronies :
250 gram butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum - ayak bersama baking dan soda
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanila
Cara : Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Whiskkan gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter dan koko, kacau sebati. Masukkan susu cair dan kacau sebati. Masukkan tepung sedikit demi sdikit sambil di kacau hingga sebati.
Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau rata. Panaskan oven pada suhu 175 C. alas loyang 10x10 dengan grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah bertentangan supaya mudah mengeluarkan bronies.
Tuang adunan bronies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
Bahan Lapisan Cheese :
250 gram cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur gred B
Cara : Pukul cram cheese sehingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sekata .
Selepas keluarkan bronies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan bronies ke atas lapisan cheese dan lorekkana menggunakan lidi bersih.Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 minit. atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk, barulah di potong!
No comments:
Post a Comment