Wednesday, March 14, 2012

Nasi Ayam Ipoh



Hari ni layan menu budak - budak kat rumah ni, noo! Dah beberapa hari ni asyik minta di buatkan nasi ayam.  Ishh, ada beberapa resepi nasi ayam yang tersimpan.

Pilih punya pilih, nak cuba resepi nasi ayam Ipoh dari Quinnie@ my resepi.com. Tq, yee share resepi yang ennakk ini! Tak rugi mencubanya, memang sedap sehingga menjilat jari!! Hehee..

Bahan  Untuk Nasi :
4 cawan beras
4 1/2 cawan air rebusan ayam
2 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 helai daun bawang, ambil dengan bahagian bawah / akar sekali
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu besar mentega

Cara - Cara :
Mula - mula buat air rebusan ayam. Masukkan bahan - bahan untuk membuat sup. Kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Setelah mendidih masukkan ayam, biarkan ia masak. Angkat dan toskan. Ketepikan sekejap.

Masukkan marjerin di dalam periuk nasi elektrik, biar mencair. Masukkan bahan - bahan yg di kisar biar sehingga naik bau. Masukkan daun bawang dan juga daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau sekejap dan masukkan beras, garam dan air rebusan ayam biarkan nasi sehingga masak.


Bahan Membuat Sup :
Air rebusan ayam secukupnya
4 ulas bawang putih - di ketuk
3 inci halia - di ketuk
3 helai daun bawang
1 biji sengkuang - di potong dadu
1 sudu besar lada sulah
garam secukup rasa

Cara - Cara :
Baki air rebusan tadi didihkan lagi bersama sengkuang dan serbuk lada. Masak sup sehingga
mendidih. Perasakan sup

Bahan Membuat Ayam :
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Cara - Cara :
Ayam yang di toskan tadi, perapkan bersama bahan -  bahan kisar dan rempah lainnya. Perap selama 1/2 jam. Bolehlah di goreng atau pun bakar sehingga masak.



Bahan Membuat Cili :
5 biji cili burung
5 biji cili merah
Sedikit halia
3 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
Sedikit air rebusan ayam
Garam dan gula secukup rasa

Cara : Masukkan  semua bahan2 membuat cili ke dalam blender, blender sehingga hancur. Sesuaikan rasa.

Bahan Mambuat Kuah Kicap :
2 biji cili merah
Sedikit halia - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar tepung jagung, di campur dengan sedikit air untuk memekat kuah

Cara : Tumiskan bahan  kisar dengan sedikit minyak, tumis sehingga naik bau. Masukan kicap dan sos tiram. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa. Masukkan tepung jagung tadi, tunggu sehingga kuah menjadi pekat. Tutupkan api.

Note : selepas semua dah  masak. Hidangkan nasi ayam bersama dengan pelengkap.

2 comments:

  1. wahh terimakasih sudah berkunjung di kartununited mbak, maap baru balas kunjungannya.

    saya ambil linknya untuk dipasang di http://templatemanis.blogspot.com/

    terimakasih
    jujuk suwandono

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yah, sama - sama Mas Jujuk, thanks juga dah singgah di sini..Kartunnya bagus - bagus!

      Delete