Tuesday, March 13, 2012
Nasi Lemak Hijau
Bangun je hari ni, terus pergi ke dapur menyiapkan sarapan untuk anak sulung saya. Dia cakap ada kelas tambahan hari ini. So, saya buatkan nasi lemak sahaja untuk makan pagi ni!
Hmm, dia cakap best mom! Walau pun versi terlambat dan ketinggalan, nak jugak merasa dan mencuba. Tq so much pada Cik Mat lagi! Resepi yang best!
Bahan Nasi Lemak :
4 cawan beras basmati, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
1 biji kelapa di parut
10 helai daun pandan - potong kecil dan kisar dengan 1 cawan air
2 batang serai - di ketuk
1 helai daun pandan - di simpul
1 inci halia - di ketuk
3 ulas bawang putih - di ketuk
5 ulas bawang merah, hiris nipis
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga* ( * rempah untuk menumis )
1 tsp serbuk lada hitam
Sedikit garam
Setitik pewarna hijau
Cara - Cara :
Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambahkan air. Ramas dan perah sehingga mendapat santan . Masukkan beras yang di toskan tadi di dalam rice cooker. Ketepikan sekejap. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg di simpul.
Masukkan garam dan serbuk lada, biarkan mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yg telah di isi di dalam rice cooker tadi Tekan on dan masak seperti biasa.
Hidangkan nasi bersama bahan - bahan sampingan seperti sambal tumis, hirisan timun, ikan atau pun ayam goreng.
nampak mengancam betul nsi lemak warne hijau tu kak.. sedapnyerrrr
ReplyDeleteAh, biasa jee, Izah..Thanks singgah!
Delete