Wednesday, May 30, 2012

Martabak Ayam



Cuti sekolah dah bermula. Rumah yang selalunya sunyi menjadi riuh rendah. Biasalah
ada penghuni rumah ni yang selalu berebut dan berkelahi. Hehe.
Semalam saya pergi pasar malam. Ternampak abang murtabak sedang melayan pembelinya.
Saya pun lalu dan singgah untuk membeli beberapa keping murtabak. Tak sempat siap
hujan dah turun. Ah, tak sempat tunggu saya cakap cansel aje dan trus balik!

Teringat murtabak saya yang tak sempat siap. Jadi hari ini saya merajinkan diri untuk
membuat sendiri di rumah. Tang menebar yang tak berapa pandai! Tapi lumayanlah hanya
untuk makan sahaja kat rumah.

Bahan Kulit Murtabak :
300 gram tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa - larutkan dengan sedikit air
150 ml  air

Cara Membuat :
Siapkan mangkuk adunan. Masukkan tepung, susu pekat, marjerin, garam dan juga minyak masak. Uli sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi adunan yang lembut dan tidak melekat di tangan. Bahagikan menjadi bebola kecil dalam 70 gram stiap satu. Lumur dengan minyak atau marjerin. Tutup dengan tuala basah. Dan ketepikan untuk 3 - 4 jam atau pun perap semalam.


Bahan Inti Martabak :
200 gram daging ayam cingcang
3 - 4 biji ubi kentang - potong dadu
2 sudu besar rempah kari
2 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
3 - 4 biji telur - pukul ringan
Air secukup nya
Sedikit daun kari
Minyak masak untuk menumis

Cara Membuat :
Tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari sehingga naik bau. Masukkan ayam dan juga rempah kari. Masukkan ubi kentang. Masukkan sedikit air. Kacaukan hingga semuanya sebati. Masukkan gula dan garam. Tunggu sehingga ubi lembut dan kuah  menjadi pekat bolehlah di angkat.

Ambil seketul kulit martabak yang telah di perap tadi. Nipiskan. Letakkan inti dan telur yang di pukul ringan ( sebatikan inti dan telur ). Lipat segi empat dan kemaskan. Masak martabak di atas kuali leper dengan sedikit minyak. Pastikan perlahankan api agar martabak masak dengan elok.


Bahan - bahannya :
2 labu bawang besar - potong bulat
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
Sedikit garam
3 sudu besar air suam
1 titik pewarna merah

Cara Membuat :
Campurkan semua bahan - bahan di atas di dalam sebuah mangkuk. Kacaukan sehingga
semuanya sebati. Hidangkan dengan martabak ayam tadi.


No comments:

Post a Comment