Wednesday, May 2, 2012
Mie Bandung Simple
Salam. Berkesempatam lagi memasak untuk family hari ini. Masak yang simple aje. Bahan - bahan pun guna yang mana ada di dalam peti sejuk, je. Orait kalau berminat boleh semak resepinya, ya!
Mie Bandung Simple
100 gram mie kuning
50 gram udang atau ayam
10 gram fishball
10 gram fish cake
1 cawan stok ayam atau udang
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih - kisar halus
3 ulas bawang merah - kisar halus
Sedikit garam dan gula
Minyak sayur untuk menumis
Sedikit taugeh, sawi ataupun kobis - di potong kasar
Bahan Hiasan :
Cili merah hiris
Bawang goreng
Cara - Cara :
Tumiskan udang / ayam, fish ball dan fish cake dengan sedikit minyak sayur. Masukkan bawang putih dan juga bawang merah. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacaukan sekejap.
Masukkan stok ayam atau udang. Masukkan garam dan sedikit gula sebagai penambah rasa. Masukkan mie kuning dan juga sayuran. Akhir sekali pecahkan telur. Hidangkan bersama bahan - bahan hiasan.
No comments:
Post a Comment