Sunday, October 28, 2012

Crunchy Almond London


Dapat tempahan dari seorang rakan, yang nak sangat di buatkan biskut untuk di bawa balik kampung sempena raya Iduladha. Tak banyak jenis, hanya tat nenas dan biskut almond london. Saya pun buatlah bagi lebih buat kudapan anak - anak di rumah. Lagi pun kalau raya ni kadang - kadang ada adik beradik yang suka singgah datang ke rumah. Memang tak salah kena buat banyak!! Hehe. Resepi biskut ni memang ada kelainan sikit. Nanti semaklah bahannya kalau ingin mencuba. Jumpa lagii...


Bahan - Bahannya :
250 gram mentega
110 gram gula halus
1 sudu teh esen vanila
50 gram serbuk badam
100 gram tepung jagung
200 gram tepung red rose
200 gram tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
200 gram kacang badam - bakar di dalam oven
50 gram sugar flakes - untuk hiasan
500 gram coklat masakan

Cara membuat :
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
Masukkan serbuk badam, tepung jagung, tepung red rose, tepung gandum, tepung 
beras. Pukul dengan kelajuan rendah sehingga semuanya sebati.

Ambil sedikit doh. Bentukkan bulat ataupun lonjong. Masukkan kacang badam di dalam
nya dan kemaskan dengan elok. Letakkan dan susu di atas dulang pembakar yg telah di
sapu marjerin. Bakar pada suhu 180 C sehingga masak.

Sejukkan biskut atas redai. Cairkan coklat masakan secara dauble boil. Celupkan biskut
tadi ke dalam coklat dengan menggunakan garfu. Masukkan di dalam mangkuk kertas. Hias
dengan sugar flakes dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara agar kekal rangup.

Daging Masak Hitam



Kelmarin dapat daging qurban pemberian adik ipar. Lumayan banyak dekat 1 kg. Hmm, mula nak pikir sedap di masak apa, yaa? Masak gulai dah selalu sangat buat. Rasanya kalau di masak daging ala nasi kandar yang hitam pelegam tu, pasti anak - anak berselera! Hehe. Resepi saya dapat dari Majalah Saji.
Memang menepati citarasalah, boleh di makan dengan nasi ataupun roti ya! Saya buat banyak sikit kerana nak simpan di dalam peti ais sebagai stok, kerana esok dah mulai kerja balik. Meh kita layan..!


Bahan - bahannya :
500 kg daging - hiris nipis
1 helai daun pandan - ikat simpul
4 sudu besar cili kisar
6 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
3 sudu besar sos cili
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Gula dan garam
1 biji bawang  besar - hiris bulat
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

Bahan Rempah :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1.2 sudu kecil serbul lada hitam

Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan sehingga naik bau. Masukkan bahan - bahan kisar, sos cili dan rempah yang lainnya. Kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan daging, kicap pekat dan air. Masak sehingga daging empuk. Akhir sekali masukkan air asam jawa, garan dan gula. Sesuaikan rasanya. Kacau sekali sekala sehingga kuah kering dan taburkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Siap untuk di hidang.

Saturday, October 27, 2012

Nasi Tomato Lengkap Aidil Adha



Assalammualaikum.
Hari ini nak kongsikan resepi nasi tomato. Resepi ni saya rujuk dari buku masakan. Chef Noraini Margono. Saya tengok bahannya memang lain sikit dari nasi tomato yang selalu saya buat. Bagi saya memang cukup menyelerakan dan sedap. Jom kita tengok apa bahan - bahan yang digunakan !

Bahan A :
3 mangkuk beras basmathi
3 susu besar minyak sapi
3 sudu besar marjerin
4 sudu besar puri tomato
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 biji limau nipis
1/2 mangkuk kacang peas

Bahan B :
2 ulas bawang putih - kisar
2 ulas bawang merah - hiris nipis
4 cm halia - kisar
Sedikit bunga lawang, kayu manis, pelaga dan cengkih

Bahan C :
3 1/2 gelas air
2 helai daun pandan
1 batang serai - di ketuk
1 sudu besar garam

Cara Membuat :
Rebuskan semua bahan - bahan C di dalam periuk. Panaskan minyak sapi dan marjerin di  dlm kuali. Tumiskan semua bahan B sehingga garing. Masukkan puri tomato, gaul rata dan masukkan beras dan gaulkan sehingga beras berkilat.

Setelah bahan C mendidih. Masukkan susu dan akhir sekali jus limau nipis. Setelah air  mendidih semula masukkan beras. Kacaukan sehingga rata dan tutup periuk. Apabila air sudah kering, kacau nasi kemudian tutup periuk rapat - rapat. Setelah nasi masak masukkan kacang peas. Gaul rata dan hidangkan.

Setelah nasi tomato siap di hidang tak lengkap rasanya kalau takdak ayam masak merah ni, kan ?? Ayam masak merah memang banyak versinya. Orang cakap kalau nak sedap lagi kena masukkan sedikit buah keras dan juga santan. Macamana, ya? Hmm, pasti sedap!

Bahan - bahannya :
1 ekor ayam - potong 12 bahagian
10 biji cili kering - rendamkan dan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
3 biji buah keras
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu teh jintan halus
Air secukupnya
1 tin tomato puri
100 ml santan cair
Sedikit kacang badam - panggang dan kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih, halia dan buah keras hingga halus. Panaskan minyak tumis bawang yang di potong bulat tadi bersama rempah kisar,jintan halus, serai dan lengkuas. Masak sehingga rempah garing dan naik bau.

Masukkan ayam dan air secukupnya. Setelah ayam 1/2 masak masukkan tomato puri dan santan cair. Renihkan sebentar. Masukkan kacang badam kisar. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga ayam menjadi empuk dan kuah sedikit pekat.

Opss!! Jangan lupa untuk menyediakan acar timun dan nenas sebagai bahan lauk pelengkap nasi tomato kita. Sangat simple dam mudah di sediakan.

Bahan - Bahannya :
1 biji timun - potong nipis
1/2 biji buah nenas - potong nipis
1 biji bawang besar - potong nipis
1 biji cili merah, buang biji - potong halus
2 camca besar sos tomato
1/2 cawan air masak
2 sudu besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

Cara : Satukkan semua bahan - bahan yang telah di potong ke dalam mangkuk. Sesuaikan rasa. Hidangkan bersama nasi tomato, ayam masak merah dan acar.

Thursday, October 25, 2012

Apam Balik Tebal



Mendung macam nak hujan jaa hari ini. Tadi pagi saya ada buat apam balik, tapi yang saya buat ni versi tebal bukan nipis, ya! Adunan apam balik ni tak payah perap lama sangat cuma diamkan selama 30 minit dah siap untuk di masak.

Sesuai sangat untuk sarapan atau pun minum petang, memang terbaiklah resepi ni! Walaupun dah sejuk masih lembut dan sedap. Apa yang suka dari apam balik ni adalah texturenya macam bingka ambon berserat dan gebu. Tak lupa ingin mengucapkan salam Aidiadha kepada sahabat dan pembaca  yang beragam islam. Selamat bercuti! Dan jangan lupa membuat apam balik sendiri di rumah yaa!! Hehe.


Bahan - Bahannya :
250 gram teping gandum
15 gram susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
50 gram gula kastor
1/4 sudu teh garam
300 ml air biasa
1 sudu teh instan yis
3 biji telur
30 gram gula pasir
3/4 sudu teh sodakarbonat
25 gram butter / marjerin - cairkan

Bahan Inti :
Kacang tanah panggang - cincang kasar
Jagung berkrim
Gula pasir - utk di tabur
Coklat urai atau apapun sesuai citarasa

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk campurkan tepung gandum, susu tepung, baking powder, gula kastor dan garam. Kacau sehingga rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau menggunakan whisk sehingga rata.

Masukkan yis, kacaukan sehingga rata. Perapkan selama 30 minit. Pukul ringan telur dan baki gula 30 gram tadi. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Kacau rata. Masak adunan di dalam kuali anti lekat. Apabila 1/2 masak  taburkan dengan bahan inti. Tutup sekejap. Msk dengan menggunakan api yanng kecil sehingga kulit luar keperangan. Angkat. Sapukan kulit apam balik dengan butter agar kekal moist dan sedap!

Thursday, October 11, 2012

Homemade Serunding Ikan dan Swiss Roll Bread


Hari ini nak kongsikan satu resepi yang best, best pada saya! Hehe. Sebetulnya lama sangat teringin nak makan  homemade serunding ni, petang tadi semua kerja rumah dah siap sayapun membuat aktivity di dapur! Di perlukan kesabaran untuk mengacau, ya! Api pun kena kecik ajer biar serunding masak sekata denga elok. Lambat sikit nak bagi serunding ni kering, kena kacau selalu dan jaga apinyaa, jangan sampai hangus pulak! Ini bahannya...

Bahan - Bahannya :
1 kg ikan kembung - siang dan rebus dng asam keping
1 cawan pati santan
1 cawan air rebusan ikan
1 biji limau nipis - perah airnya
4 camca besar cili kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
2 inci lengkuas - kisar
3 batang serai - ambik putihnya aje, kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
1 camca besar ketumbar - kisar
Garam dan gula secukup rasa, boleh guna gula merah skit bagi sedap!
3 biji buah keras - kisar

Cara Membuat :
Asingkan isi ikan dan tulang. Kemudian kisar isi ikan dng air rebusan ikan. Boleh juga di siatsiat. Sediakan kuali, masukkan bahan - bahan kisar, isi ikan, air perahan limau dan santan. Masak dengan api perlahan sambil sesekali di kacau. Perisakan dengan gula dan garam. Masak serunding sehingga kering.

Swiss Roll Bread

Setelah siap serunding ikan, saya pun membuat roti gulung ini. Lama juga teringin nak buat sendiri. Resepi boleh semak di sini!! Selamat mencuba!

Sunday, October 7, 2012

Pizza Hawaiian Chicken



Ah, hujan lagi. Hari ini tak dapat pergi kuar atau jalan - jalan. Rasanya malas, nak duduk sahajalah kat rumah. Layan anak - anak lagi bestt! Kalau melangup aje pun bosan juga, tengok tv pun takdak gambar syiokk! Apa nak buat? Hmm, rasanya lama tak makan pizza! Tengok peti ais ada ayam dan sayuran skiit, jomlah ke dapur dan main masak - masak lagi. Hehe. Resepi saya cilok dari My resepi bahan yang digunakan saya ejas mengikut apa bahan yang ada di rumah aje. Jemput tengok!!

Bahan  Untuk Doh :
500 gram tepung roti - saya guna tepung gandum
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak
1 peket yis - 11 gram
300 ml air suam

Cara : Yis di masukkan ke dalam air suam. Biarkan sehingga nampak berbuih. Di dalam mangkuk masukkan tepung, minyak, dan juga gula. Masukkan air sedikit demi sedikit yg bercampur dengan yis tadi. Uli sehingga sebati masukkkan garam halus, uli lagi sehingga menjadi adunan  yang kalis elastik.

Bahan Sos :
1 tin tomato puri
1/2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil paprika
Garam dan gula secukup rasa
1/4 botol sos cili - atau ejas mengikut selera
3 ulas bawang putih - cincang kasar

Cara : Masukkan semua bahan - bahan di atas ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.

Topping  :
300 gram isi ayam - potong dadu
Sedikit lada sulah dan lada hitam
Garam secukupnya
Nanas di dalam tin - potong dadu
Mozzarella cheese

Cara : Tumiskan isi ayam dengan sedikit minyak, tambahkan garam, lada sulah dan lada hitam. Masak sehingga airnya kering. Jangan sampai garing sangat nanti tak sedap! Sediakan pan untuk membuat pizza sapukan dengan sedikit minyak. Letakkan doh pizza tadi. Nipiskan.

Sapukan sos pizza sehingga rata. Letakkan toping ayam tadi dan nanas yang telah di potong.Taburkan keju di atas toping tadi. Bakar pizza pada suhu 180 C sehingga masak.
                        

Saturday, October 6, 2012

Kepak Ayam Berempah



Makan tengah hari ini sangat unik dan berkhasiat, sesekali tukar menu tak salah kan? Hish..apa yang unik sangat tu? Kebiasaannya kita makan ikan, hari ni kita makan kepak ayam! Itu yang bestnya main panggang - panggang pulak! lama kita tak makan kepak nih, selalu kalau cari dekat pasar memang takdak jual, saya jumpa dekat MyDin terus beli 1/2 kg cukup untuk luch hari ini.

Bahan - Bahannya :
1/2 kg kepak ayam, basuh dan toskan
1/2 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih -  kisar
1 inci halia - kisar
1/2 sudu kecil jintan  kasar
1/2 sudu kecil jintan halus
1/2 sudu kecil ketumbar - tumbuk kasar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil madu
Sedikit garam sebagai perasa
1 sudu besar kicap pekat

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk yang besar, masukkan dan campurkan kepak ayam dan rempah lainnya. Gaulkan sehingga sebati. Perapkan sekejap atau perap lama sikit lagilah sedap. Bakar kepak ayam di dalam oven sehingga masak.

Sapa nak??

The Famous Amer Chocolate Chips Cookies


Salam.
Hari ni buat kudap - kudap depan tv sambil menonton sambil kunyah biskut chip coklat resepi Chef Amer! Senang dan mudah untuk membuatnya, rasanya pun berbaloi sedap dan rangup. Yang bestnya kalau buat biskut chip coklat ni tak payahlah guna acuan, just buat bulat - bulat dan leperkan sikit dah siapp untuk di bakar!!

The Famous Amer Chocolate Chips Cookies
250 gram mentega
70 gram gula halus
80 gram gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1 biji kuning telur
60 gram kacang badan cincang - panggang sebentar
40 gram oat - saya letak nestum
250 gram cip coklat

Bahan - Bahan Ayak :
300 gram tepung
10 gram serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda karbonat
50 gram susu tepung

Cara Membuatnya :
Pukul mentega, gula, gula perang dan vanila sehingga sebati. Masukkan telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga sebati. Masukkan  campuran tepung perlahan - lahan sambil dipukul.

Masukkan campuran kekacang, oat dan cip coklat lalu di masukkan kedalam adunan. Gaulkan hingga sebati. Sudukan atau bulat2kan adunan dan letakkan di atas dulang yang telah di lengser. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C sehigga keperangan.

Adunan sebelum di bakar.


                             

Monday, October 1, 2012

Ikan Siakap Bersos



Wah, lama rasanya tak share resepi. Masa inilah baru ada kelapangan nak berehat dan menaip kat sini! Resepi saya tengok di blog Kak Ita, gambar masakannya memang cukup menarik hati! Dan terus ingin mencuba, tak nak tunggu - tunggu dah. Hehe. Sebetulnya menu ni saya buat di penghujung minggu yang lalu. Menu ringkas bagi saya dan anak - anak di rumah. Orang rumah saya cukup suka hidangan ini! Cukup istimewa dan cukup ringkas tapi membuka selera! Hidang bersama nasi yang baru aje masak, panas gituu lagi lah terangkat! Semak bahannya kat bawah ini..

Bahan - Bahannya :
1 ekor ikan siakap sederhana besar - cuci, tos dan kelar - kelar
1 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
3 cm halis - cincang halus
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kicap pekat ABC
1 sudu besar   kicap manis
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh cuka makan
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1/3 benggala merah dan kuning - potong dadu
50 gram tomato kecil

Cara Membuatnya :
Lumurkan ikan dengan sdikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam sehingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan yg sesuai. Di dalam kuali panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik bau, masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air.

Masak sehingga mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat sedikit. Masukkan kesemua sayur dan masak sekejap. Seimbangkan rasa  dan tutup api. Tuangkan sos ke atas ikan tadi. Hidangkan.


Order


Birthday cake untuk adik Mia. Thank you umi!