Sunday, October 28, 2012
Daging Masak Hitam
Kelmarin dapat daging qurban pemberian adik ipar. Lumayan banyak dekat 1 kg. Hmm, mula nak pikir sedap di masak apa, yaa? Masak gulai dah selalu sangat buat. Rasanya kalau di masak daging ala nasi kandar yang hitam pelegam tu, pasti anak - anak berselera! Hehe. Resepi saya dapat dari Majalah Saji.
Memang menepati citarasalah, boleh di makan dengan nasi ataupun roti ya! Saya buat banyak sikit kerana nak simpan di dalam peti ais sebagai stok, kerana esok dah mulai kerja balik. Meh kita layan..!
Bahan - bahannya :
500 kg daging - hiris nipis
1 helai daun pandan - ikat simpul
4 sudu besar cili kisar
6 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
3 sudu besar sos cili
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Gula dan garam
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Bahan Rempah :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1.2 sudu kecil serbul lada hitam
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan sehingga naik bau. Masukkan bahan - bahan kisar, sos cili dan rempah yang lainnya. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan daging, kicap pekat dan air. Masak sehingga daging empuk. Akhir sekali masukkan air asam jawa, garan dan gula. Sesuaikan rasanya. Kacau sekali sekala sehingga kuah kering dan taburkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Siap untuk di hidang.
No comments:
Post a Comment