Tuesday, November 13, 2012

Nasi Kerabu Mudah


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada. Nasi kerabu juga sedap di makan bersama keropok goreng.

Bahan  Untuk Nasi Kerabu :
3 cawan beras
4 cawan air
2 helai daun pandan - simpulkan
1 batang serai - di ketuk
10 kuntum bunga talang - ditumbuk dan dperah airnya.
sedikit pewarna biru

Cara Membuat :
Masak nasi seperti biasa, masukkan serai, perahan air bunga telang, sedikit pewarna biru, dan
daun pandan ke dalam periok nasi.

Bahan Sambal Tumis :
5 - 10 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit
200 ml santan pekat
2 batang serai - di ketuk
2 keping asam gelugor
2 sudu besar budu
Garam dan gula melaka

Cara Membuat :
kisarkan cili kering, bawang besar, kunyit dan halia. Panaskan minyak dan tumiskan bahan
kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan serai, budu dan asam gelugor. Masukkan
santan dan seterusnya gula dan garam. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Ketepikan.

Bahan Solok Lada :
10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
lada hitam skit
2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja
sedikit garam,gula dan perasa

Cara Membuat :
Tumbuk bawang, lada hitam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
Tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan kelapa parut dan sebatikan. Sumbatkan ke dalam
lada hijau dan susun ke dalam periuk, kukus sehingga masak.

Bahan Ayam Berempah :
7-8 ketul ayam -  (dibersihkan)
5 ulas bawang putih -  (ditumbuk kasar)
1 inci halia -  (ditumbuk kasar)
3 batang serai -  (ditumbuk kasar)
1 sb ketumbar -  (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sdt jintan manis  - (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam
1 biji telur
2 sb tepung jagung
1 tangkai daun kari
garam secukupnya

Cara Membuat :
Perapkan ayam dengan bahan - bahan yang di tumbuk kasar, masukkkan serbuk kari, tepung
jagung, telur dan daun kari. Perisakan dengan garam. Kacau sebati. Goreng keperangan.

Note : untuk ulam - ulaman boleh pilih aneka ulam tradisi, paling tidak dapatkan timun dan
taugeh. Antara lauk tambahan yang boleh di masukkan dalam menu ini ialah telur masin, ayam
bakar / berempah, ikan goreng tepung dan lain - lain.

No comments:

Post a Comment