Saturday, May 4, 2013
Lepat Pisang
Assalammualaikum buat semua, bersua kembali di hari sabtu yang ceria. Harini saya ada stok pisang yang lumayan banyak, pemberian jiran saya. kesian saya tengok pisang yang dah lembik dan kulitpun dah nampak tak bermaya lagi. Kesian terbiar terlalu lama di dapur!
Rasa - rasa saya akan olah menjadi kuih kegemeran saya iaitu lepat pisang. Kuih ni kalau dimakan panas
baru lepas masak memang nikmat sangat bagi saya! Ok, meh kita layan resepi mudah hari ni yaa..
Lepat Pisang
9 biji pisang awak, dilecek
2 sudu besar kelapa parut
6 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, dilayur atas api.
*Sedikit kelapa parut digaul dgn secubit garam untuk inti.
Cara Membuat :
Di dalam satu bekas gaulkan semua bahan kecuali daun pisang & inti. Sudukan satu sudu besar adunan ke ke atas daun pisang. Letakkan sedikit inti kelapa dan tutup semula dengan satu sudu adunan. Bungkus kemas. Kukus selama 15 minit ke 20 minit.
No comments:
Post a Comment