Saturday, May 4, 2013

Rempeyek Kacang dan ikan Bilis


Hello Again!
Pernah makan rempeyek? Kami biasa sebut rempeyek tetapi ada sesetengah orang sebut tempeyek. Setahu saya, mengikut pengalaman, setakat ini ada beberapa jenis rempeyek yang di hasilkan menggunakan bahan asas yang sama, termasuk rempeyek kacang tanah, rempeyek ikan bilis campur kacangpun ada!Semuanya terpulang pada selera masing - masing.

Berikutan keenakannya, kuih itu turut digemari kaum lain termasuk Cina dan India. Kini rempeyek boleh dianggap sebagai kuih 1 Malaysia. Berdasarkan sejarah, rempeyek ini popular dalam kalangan  masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu.

Rempeyek Kacang dan ikan Bilis
100 gram tepung beras
100 gram tepung jagung
200 ml air / santan cair - mungkin perlu di tambah untuk adjust kecairan adunan
2 ulas bwg putih - ditumbuk lumat
1 biji telur 
Garam dan gula secukup rasa
Kacang tanah secukupnya
Ikan bilis -  jika suka


Bahan dikisar kering:
1 sudu besar udang kering
1/2 sudu bear ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar jintan manis

Cara Membuat :
Ayak tepung beras dan tepung jagung. Satukan kesemua bahan lain ke dalam tepung kecuali kacang tanah dan ikan bilis. Kacau hingga sebati.  Panaskan minyak secukupnya dengan api yang sedang.
Ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalan acuan rempeyek, pusing hingga adunan nampak kemas
dan nipis Segera taburkan kacang dan ikan bilis. Masukkan ke dalam minyak yang sudah panas. Biar
sehingga kepingan rempeyek lekang dan meluncur sendiri ke dalam minyak gorengan. Goreng hingga
kacang masak dan kepingan rempeyek garing.




REMPEYEK NIPIS
Adonan kena cair. Selalunya pembuat rempeyek merasa tak percaya , rempeyek dibuat dari adonan yang sangat cair. Sehingga mereka menambahkan tepung beras dan tepung ubi lagi.  Rempeyek boleh jadi nipis karena dibuat dari adonan yang cair dan ringan


No comments:

Post a Comment