Wednesday, June 5, 2013

Chicken Cordon Bleu


Chicken Cordon Bleu adalah salah satu masakan western yang sangat popular, selain rasanya yang enak chicken cordon bleu juga sesuai  di hidang sebagai menu makan tengah untuk lunch ataupun dinner. Harga chicken cordon bleu cukup mahal di restoran karena memang makanan ini rasanya cukup lezat dan terkesan sangat mewah dan elegat! Hari ini saya nak cuba belajar dan membuat sendiri di rumah, ayuuk di semak cara - caranya, memang sangat mudah!


Chicken Cordon Bleu
250 gram isi dada ayam - hiris melebar setebal 1/2 cm
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh air perahan lemon
3 kepingg daging salai
3 keping slice cheddar cheese
Minyak untuk menggoreng

Bahan Pencelup ( kacau rata ) :
2 biji telur - pukul ringan
2 sudu teh tepung jagung

Bahan Pelapis ( kacau rata ) :
100 gram tepung roti kasar
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1/2 sudu teh garam

Cara Membuatnya :
Lumur dada ayam dengan garam, serbuk lada sulah dan air perahan lemon. Perapkan selama 15 menit. Ambil sekeping isi ayam dan lapiskan dengan daging salai dan satu keping keju. Gulung. Celupkan ke dalam bahan pencelup. Gulingkan ke dalam bahan - bahan pelapis. Goreng dengan api sederhana hingga ayam masak dan keperangan.


Biasanya Chicken Cordon Bleu ini di hidang dengan sayuran ataupun salad segar, tetapi saya hidang dengan nasi oregano bersama sos lada hitam homemade.


Sos Lada Hitam Homemade
1 labu bawang besar - cincang kasar
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam dan gula

Cara Membuat :
Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi. Masukkan semua bahan lain termasuk sos - sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

Tuesday, June 4, 2013

Pandan Makmur Cookies


Kemas - kemas almari kabinet lama saya terjumpa pulak pengepit kuih makmur ni!! Seronok bukan main, yeelah benda dah jadi barang antik dan sekarang susah nak cari, kan? Citer pasal kuih makmur, lama rasanya tak buat! So..  petang tadi saya dan anak - anak buatlah kuih nostalgia nih, sangat lembut dan sedap pada saya. Jom di cuba!

Pandan Makmur Cookies
Bahan A :
100 gram mentega
100 gram minyak sapi
50 gram gula perang
1 biji kuning telur
1/8 esen pandan
1/8 sudu kecil pewarna pandan

Bahan B ( ayan dan campur sekali )
330 gram tepung gandum
1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan Inti :
100 gram kacang tanah cincang - sangai halus dan campurkan dengan 1 sudu besar gula halus
50 gram gula halus

Cara Membuat :
Putar semua bahan A sehingga kembang, satukan bahan - bahan B, masukkan ke dalam adunan mentega dan gaulkan menjadi doh. Rehatkan doh selama 15 menit. Ambil sedikit doh atau 1 sudu kecil dan bulat - bulatkan intikan dengan kacang tanah cincang. Bentukan seperti daun. Letakkan biskut di dalama dulang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 160 C selama 20 menit. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan. Salutkan biskut nipis - nipis saja dengan gula halus. sedia di hidang.



Saturday, June 1, 2013

Bakul Nenas Cookies


Minggu ini memang niat sangat - sangat nak bersihkan peti ais, tengok pun dah nampak kotor ada kesan kicap dan berbau tak sedap! Walaa.. Ada dua, tiga jenis bahan makanan yang dah cukup tempohnya kena masuk tong jawabnyee. Huh, membazir saja. Ooo ada juga lebihan jem nenas yang saya simpan dalam bekas yang masih nampak elok dan terbiar lama. Sayang, kan.



Kerana tak nak membazir lagi dan lagii. Saya akan olahkan jem nenas ini menjadi kudapan yang sangat istimewa! Prosesnyee perlukan sedikit kesabaran tapi hasinya sangat cantik dan menarik,saya gunakan dua jenis jem, satu jem nenas dan yang nampak hitam sikit tuu, itulah jem blueberry. Lenguh tangan saya nak perabis 200 gram adunan kuih ini, tetapi berbaloi dengan hasilnya. Sedap mata memandang,kan?

Bakul Nenas Cookies
125 gram butter
30 gram gula aising
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
200 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
20 gram susu tepung
Jem nenas untuk intinya

Bahan Gliss :
1 biji kuning telur untuk di sapu atas biskut

Cara Membuat :
Pukul butter dan gula sekejap aje, masukkan esen vanila dan juga kuning telur pukulkan sehingga sebati.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung pukul hingga sekata. Sediakan acuan tart bersaiz kecil dan sapukan denngan sedikit marjerin. bulat - bulatkan adunan sebesar biji guli. Tekankan kedalam acuan tart tadi dan bentukkan seperti bakul. Intikan dengan jem nenas atau jem blueberry.
sapu tart dengan sedikit kuning telur, bakar pada suhu 170 C sehingga keperangan.