Wednesday, December 4, 2013

Donut Lembut Dan Sedap


Selamat petang buat semua dan semoga rakan - rakan saya kat luar sana boleh masak macam - macam untuk sajian keluarga. Hari ini kita layan entry donat yee. Resepi kali ini saya intai dari rumah Hasue.
Donat yang sangat lembut dan gebu kejadiannye dan untuk topingnya saya gunakan coklat masakan, warna putih dan kuning dan hiaskan dengan sedikit bunga - bunga dari coklat juga. Hmm, nampaknya  berseri sikit donat saya harini kutt! Hehe.. selamat menjamu selera..

Donut Lembut Dan Sedap
500 gram tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu besar yis
50 gram marjerin
1 sudu besar shortening
2 sudu besar gula pasir halus
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1/2 tsp garam halus
Toping kegemaran - saya guna coklat masakan yg di cairkan
190 ml - 200 ml air suam

Cara Membuat :
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit  untuk yis yang baik, selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg di pukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je guna sudu). Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. (sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).

Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal 1/2 inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit tepung jika adunan agak lembik. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan (lebih ringan / kembang doh, lebih gebu laa donut tu nanti) jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..

Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur). Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

No comments:

Post a Comment