Tuesday, December 24, 2013
Jom Sarapan Dengan Bebola mie Rangup
Sarapan apa agaknya pagi ini? (sarapan versi terlambat ) heheh. Saya buat sarapan yang ringkas saja! Menu sarapan pagi tidak sepatutnye menggunakan nasi atau roti bukan? Sajian seperti bebola mie ini boleh di jadikan pilihan kalau sedang tak ada ide untuk membuat sarapan untuk anak - anak di pagi hari! Saya kongsikan resepinya di bawah yer untuk tatapan rakan - rakan semua.
Bebola Mie Rangup
2 bungkus mie segera perisa ayam
2 sudu makan marjerin
3 sudu makan tepung gandum
200 ml susu cair
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
50 gram keju cheddar - parut
3 keping daging salai / sosej - potong halus
MInyak untuk menggoreng
Bahan Pelapis :
100 gram putih telur - pukul ringan
50 gram serbuk roti kasar
Bahan Pelangkap :
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos cili
Cara Membuat :
Rebus mie segera perisa ayam sehingga masak. Angkat dan toskan. Masukkan rempah mie segera. Kacau rata dan potong - potong. Panaskan marjerin. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga bergentel. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit kacau sehingga lincin. Masukkan serbuk lada sulah, keju parut, daging salai / sosej dan mie yang telah di ptong tadi. Kacau rata.
Ambik sedikit adunan dengan menggunakan dua sudu. Bentukkan bulat. Gulingkan di tepung roti kasar. Celupkan putih telur. Gulingkan lagi di tepung roti kasar. Goreng di dalam minyak yang telah diu panaskan di atas api sederhana sehingga keperangan dan masak. Hidangkan bersama bahan - bahan pelengkap.
No comments:
Post a Comment