Thursday, December 19, 2013

Samperit Susu


Asalam  dan selamat pagii rakan - rakan saya kat luar sana. Sebetulnya biskut samperit juga boleh di jadikan kudapan yang sedap untuk cemilan dan raikan tetamu yang datang kat rumah, kan ? Inilah projek saya bersama anak - anak mengisi masa di waktu cuti sekolah petang kemarin, membuat nya pun tak payah pakai mixer just godek manja menggunakan spatula je. Ada juga yang mengelar semperit susu dan ada yang juga mengelar Dahila susu yang pasti biskut ini sangat mudah sedap dan tidak memerlukan kos yang mahal bahan asasnya memang ada sahaja stoknya kat dapur yer, ramai jugak yang dah mencuba. Thanks untuk tuan punya resepi asal!

Resepi Biskut Semperit Susu
125 gram susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125 gram butter lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230 gram tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600 gram

Cara Membuat :
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu guna whisk telur je. Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang / gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience 230 gram just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300 gram tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu 170 C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.


No comments:

Post a Comment