Thursday, March 6, 2014

Belimbing buluh


Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina. Sekarang ni tengah musim belimbing! Pokok belimbing buluh yang terletak di belakang rumah. Jom semak beberapa khasiat belimbing, ini di antaranya..

Menurunkan tekanan darah
Tumbuk beberapa biji buah belimbing buluh segar. Minum perahan airnya 2-3 kali sehari. 

Jerawat
Tumbuk halus beberapa biji buah belimbing buluh segar. Tambahkan sedikit jus limau nipis dan ramas. Sapukan pada bahagian yang dijangkiti jerawat. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air mengalir. Lakukan 3 kali sehari. 

Batuk
Ambil 10 biji buah belimbing buluh segar dan ditumbuk halus. Tambahkan 2 sudu besar air garam. Tapis dan minum 2 kali sehari.
 
Panau
Ambil 10 biji buah belimbing buluh segar dan ditumbuk halus. Tambahkan sedikit kapur sirih dan sapukan pada kulit yang dijangkiti. Biarkan 5 minit dan bersihkan dengan air. Oleh itu, gunakanlah khazanah alam ini dengan sebaik-baiknya. Khasiat belimbing buluh pasti tiada tandingannya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment