Wednesday, June 4, 2014

Bubur Ayam Ala Bandung


Salam semuaa, hari ini kita singgah di Bandung pulak! Hehe. Bandung memang sangat femes dan kaya akan kulinari seperti batagor, es teller dan bubur ayam. Hari ini saya akan kongsikan cara membuat bubur ayam iaitu olahan nasi dengan tekstur lembut menjadi menu istimewa di padukan dengan berbagai kombinasi bahan - bahan yg lain. Memang cukup enak dan memberikan kelainan. Menu ini selalu di hidangkan pada waktu sarapan pagi, jom semak resepi daripada sajian sedap ini yaa!


Bubur Ayam Ala Bandung
200 gram beras - dicuci bersih
1500 ml air rebusan ayam
1/2 sendok teh garam
1/2 sendok teh serbuk lada sulah
2 lembar daun salam
2 sudu teh serbuk pati ayam

Bahan Kuah Kuning :
3 ulas bawang putih - dihaluskan
1 cm halia -  dihiris
30 gram udang kering -  dihaluskan
2 sudu teh rempah kari
750 ml air rebusan ayam
1/4 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
3/4 sudu teh gula pasir
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Pelengkap :
3 ketul pak tongko - di potong-potong
1/2 ekor ayam - direbus dalam air 1 liter toskan di beri garam dan serbuk kunyit dan goreng kemudian kemudian di siat -  siat halus.
keropok kanji goreng secukupnya
1 batang daun bawang - potong halus
1 batang daun sup - potong halus
3 biji telur rebus - masing - masing  di potong 4 bahagian

Bahan Sambal :
5 - 6 biji cabai melaka - di rebus kemudian tumbuk dan di beri sedikir garam dan air rebusan ayan tadi.

CaraMembuat :
Untuk bubur masak air rebusan ayam, beras, garam, serbuk lada sulah, daun salam, dan serbuk pati ayam sambil di kacau sehingga bubur menjadi pekat.
Untuk kuah  tumis bawang putih, halia, dan udang kering sehingga naik bau. Tambahkan rempah kari. kacau rata.Tambahkan air rebusan, serbuk lada sulah, garam, dan gula pasir. Kacau  rata. Sajikan bubur ayam bersama dengan bahan pelengkap, kuah kuning dan juga sambal jika suka.


No comments:

Post a Comment