Friday, June 6, 2014

Nasi Padang


Salam dan berjumpa kembali dengan cerita nasi padang. Masakan Padang adalah nama yang digunakan untuk menyebut segala jenis masakan yang berasal dari kawasan Minangkabau, provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Semua jenis masakan ini lebih popular dengan sebutan masakan Padang. Meskipun sesungguhnya berbagai resepi masakan Sumatera Barat mayoritas tidak berasal dari kota Padang, misalnya kota Bukittinggi, Solok,Padang Pariaman,Payakumbuh, dan sebagainya juga dikenal memiliki tradisi kulinari yang kaya. Rumah makan Padang atau rumah makan urang awak adalah sebutan untuk usaha rumah makan yang khusus menyajikan masakan Padang di luar daerah. Hari ini saya  nak sharekan beberapa resepi lauk yang telah di cuba di dapur saya, semoga membawa manfaat kepada rakan - rakan semua yang ingin mencuba yaa!

Begedil Padang
1/2 kg ubi kentang
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
1/2 biji telur ayam
1 biji telur ayam - pukul ringan untuk salut begedil
1 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek / tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu. Satukan kesemua bahan - bahan di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan lonjong ataupun bulat. Buat hingga habis. Dalam bekas lain,  pecahkan 1 biji telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan.

Telur Dadar Padang
4 biji telor ukuran sedang
3 sudu besar kelapa parut
2 btg daun  bawang -  potong nipis
Garam secukupnya
2 sudu besar tepung beras
Minyak untuk menggoreng

Rempah halus :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah

Cara membuat :
Pukul ringan telur, lalu masukan bumbu halus, kelapa parut.Tambahkan potongan daun bawang, garam dan tepung beras. Panaskan pan anti lekat dan beri 2 sudu besar minyak goreng.Tuangkan adunan telor lalu tutupkan sekejap dan masak dengan api sedang. Setelah masak, balikan telur.Tunggu sehingga telur betul - betul masak. Potong sesuai selera sebelum disajikan.

Sambal Cili Hijau Padang
100 gram cili hijau besar
50 gram cabai melaka (untuk hasil lebih pedas)
4 ulas bawang merah
3 sudu teh minyak goreng - utk menumis
2 ulas bawang putih
2 buah tomato hijau
1/2 sudu teh air limau nipis
Gula dan garam secukupnya

Cara Membuat :
Potong kasar cili hijau dan cabai melaka.  Kemudian kukus cili hijau dan cabai melaka bersama dengan bawang merah, tomat, dan bawang putih kurang lebih 5 menit. Angkat. Jika sudah layu, tumbuk bahan diatas secara kasar. Usahakan saat menumbuk, semua bahan tercampur sempurna. Siapkan minyak goreng dan tumis semua bahan - bahan sehingga naik bau.Tambahkan gula, air limau dan garam pada tumisan dan kacau rata.  Angkat sambal dan sajikan bersama lauk yang lain.

Urap Sayur Padang
100 gram tauge
100 gram kacang panjang - potong 1 inci
50 gram kelapa parut
2 sendok makan minyak goreng - utk menumis

Rempah haluskan :
3 biji cabai merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1sudum teh belacan bakar
1 inci kencur
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat :
Cuci bersih sayuran lalu rebus sekejap sahaja, jangan sampai sayuran terlalu lembut. Ketepikan. Tumis rempah halus dengan sedikit minyak Masukkan kelapa parut ke dalam rempah yang sudah di tumis tadi. Masukkan sayuran yang telah di celur tadi. Kacau sehingga rempah tercampur rata.

Ikan Tongkol masak Padang
500 gram ikan tongkol
3 sudu besar air limau nipis
Minyak utk menumis
Air secukupnya
2 keping asam gelugor
1 inci lengkuas - di ketuk
2 keping daun salam
2 keping daun limau purut
1 batang serai - diketuk bagian putihnya
2 biji  buah pelaga
Sedikit daun kunyit - siat halus

Haluskan :
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuat :
Bersihkan ikan, beri air limau nipis ketepikan. Tumis semua rempah dengan sedikit minyak sehingga rempah naik bau tambahkan asam gelugor, lengkuas dan rempahh yang lainnya. masukkan air, masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan kecilkan api, masak hingga kuah sedikit pekat.


1 comment:

  1. Terima ksh atas perkongsoan resepi nasi padang. Dah lama saya mencari resepi sambal hijau ni. Hari ni nk cuba buat.

    ReplyDelete