Friday, January 1, 2010
Wafer bersos coklat
Bahan - bahan :
280 gram tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
2 biji telur
2 sudu gula pasir
425 ml susu cair
1/2 sudu teh garam
50 gram marjerin, cairkan
Bahan sos coklat :
400 ml susu cair
30 gram serbuk coklat
1 1/2 sudu makan tepung jagung
100 gram gula pasir
1 biji kuning telur
50 ml krim pekat
Cara Membuatnya :
1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Pukul gula dan telur sehingga larut. Masukkan susu cair dan kacau rata. Tuang sedikit demi sedikit tepung yang telah
2. diayak sambil di kacau hingga adunan licin. Masukkan marjerin dan garam,kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan wafer yg telah di panaskan dan di sapu marjerin. Tutupkan acuan dan biarkan ia masak.
3. Untuk membuat sos coklat: didihkan semua bahan kecuali krim dan kunimg telur sambil dikacau hingga meletup-letup, masukkan campuran krim dan telur, kacau sekejap. Tutup api dan angkat. Hidangkan wafer bersama sos coklat!
sumber ~ majalah sedap
No comments:
Post a Comment