Friday, December 30, 2011
Friday, December 16, 2011
Puding Sago
Tertarik dengan puding sagu yang berwarna - warni. Resepi from Gert . Tq so much!! Sedap, anak- anak pun suka. Sejuk je bila masuk tekak. Boleh cuba kalu ada masa lapang.
Bahan - bahannya :
1 cawan biji sagu putih
20 gram serbuk agar - agar berwarna putih
1 1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 kotak santan segera
3 jenis pewarna kegemaran
1 liter air
1 sudu teh esen vanila - yang ini saya tambah
Cara : Rendamkan biji sagu selama 1 jam. Masak air sehingga mendidih. Rebus biji sagu hingga menjadi jernih. Cuci di bawah air mengalir untuk membuang kanji. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza dengan pewarna kegemaran.
Lagi 3 bahagian biarkan pada warna asal ( putih ). Dalam periuk yg lain, masukkan 1 lier air bersama serbuk agar-agar, gula dan dau pandan. Masak sehingga mendidih. Masukkan santan kotak dan esen. Tutupkan api.
Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah di basahkan dengan air. Biar keras dan kelar permukaan agar2 dengan mengunakan garfu.
Cedok lagi 200 ml larutan agar2 tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna kegemaran. Kacau rata. Tuang ke atas lapisan pertama tadi, dan biarkan keras untuk seketika. Ulangi langkah yang sama sehingga habis. Sejukkan di dalam fridge sebelum di hidangkan.
Thursday, December 15, 2011
Strawberry Juice
Panas - panas, kan best minum yang sejuk- sejuk. Juice ringkas ala rumah saya.
Siapkan 1/2 kg buah strawberry yang sudah di basuh bersih, empat sudu besar
susu pekat manis dan gula sucukup rasa. Blendkan sehingga menjadi juice. Masuk
kan beberapa ketul ais. Siap di minum. Fresh!!
Tuesday, December 13, 2011
Gulai Ayam Padang
Bahan - bahannya :
1 ekor ayam kampung, potong 6 bahagian
1 liter santan pekat dari 1 biji kelapa
3 batang serai - di ketuk
1 helai daun kunyit - di ikat
5 helai daun limau purut
4 cm lengkuas - di ketuk
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk pati ayam
Bahan di kisar :
10 biji cili merah - buang biji, boleh di kurangkan
5 ulas bawang putih
4 cm kunyit
10 ulas bawang merah
2 cm halia
4 biji buah keras - di sangai
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
Cara : masukkan ke dalam kuali atau pun periuk, santan, bahan kisar, serai, daun kunyit, daun limau, lengkuas, lalu masak sehingga mendidih. Setelah air mendidih masukkan serbuk pati ayam dan ayam.
Masukkan air asam jawa. Masak sehingga ayam menjadi lembut dengan menggu nakan api yang sedang. Perasakan dengan garam. Hidangkan bersama nasi panas.
Pancake
Salam, sarapan apa hari ini ? Saya buat pancake je. Ini pun atas permintaan anak bungsu saya. Mudah sangat dan ringkas! Jom buat untuk menu sarapan pagi!
Bahan - bahannya :
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
6 sudu besar butter yang di cairkan
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan susu segar atau susu cair
1 sudu besar air perahan lemon
secubit garam
2 biji telur
Cara : Campurkan semua bahan - bahan di atas, dan whisk kan sehingga sebati. Perapkan selama 15 minit. Cedok sesenduk adunan dan masak di atas pan dgn api sedang. Hidangkan panas bersama toping kegemaran.
Monday, December 12, 2011
Jalan - jalan Bandung 3
Best kat sini, masukan sahaja tangan atau kaki kita ke dalam kolam. Ikan - ikan
kecik ini siap menggigit!! Geli. Hehe.
Pasar basah Bandung Indonesia. Keperluan harian yang boleh di dapat, dari ikan,
sayuran dan macam - macam lagi.
Jangan lupa untuk singgah di sini! Pasar Baru Bandung. Harga boleh dapat murah
kalau kita pandai tawar - menawar dengan penjualnya.
Jalan - jalan Bandung 2
Haaah, yang ini gambar pakcik dan cucu - cucu sedang beraksi bermain air. Hehe.
Senyum, jangan tak senyum!!
Kue - kue yang di jual di pasar basah. Ada pastel, kue kacang hijau, agar-agar.
Dan bermacam - macam lagi. Semuanya nampak sedap! Nak yg mana ?
Sunday, December 11, 2011
Jalan - jalan Bandung 1
Haloo, ini gambar - gambar semasa bercuti di Bandung Indonesia. Nama tempat ni,
Kawah Putih. Ada beberapa tempat yang saya lawati. Semuanya cukup menariik.
Yang ini kawasan kebun teh. Sejuk sangat. Macam di Cameron Highlands. Kebun
buah strawberry pun ada! Tapi tak sempat nak ambik gambar.
Ini bukan tepi laut, ini adalah kawasan gunung berapi yang masih aktif. Bau
belerang sangat kuat.
Sunday, November 6, 2011
Order
Gambar kek yang di tempah oleh Umi Sofia. Kek ini untuk adik Damia, katanya.
Selamat Hari Lahir adik Damia semoga menjadi anak yang solehah. Amin.
Butter Coconut Buns
Hari ini ada buat roti kelapa yang intinya saya isikan dengan sedikit butter yg di sejukkan terlebih dulu. Kebetulan petang ni hujan lagi. Hmm, kalau hujan - hujan kan sedap makan roti yang fresh dari oven gituuu. Ini cara saya membuatnya.
Bahan - bahannya :
300 gram tepung roti
70 gram caster sugar
1 biji telur ayam
1/4 tsp garam halus
5 gram dry yis
110 ml air
50 gram butter
Bahan Filling :
100 gram desiccated coconut
50 gram gram butter sejuk
Gula pasir kasar secukupnya
Method :
Masukkan bahan - bahan ke dalam mixing bowl kecuali butter, uli sehingga menjadi doh. Masukkan butter dan teruskan menguli sehingga menjadi doh yg lembut dan elastik. Cover doh dengan tuala lembab dan rehatkan selama 60 minit. Bahagi atau timbang adunan seberat 50 gram. Rehatkan selama 10 menit lagi. Canai nipis adunan isikan dengan filling. Kemudian gulung dan bentukkan seperti
dalam gambar. Biarkan doh untuk 45 - 60 menit sehingga naik dua kali ganda. Bakar pada suhu 200 C selama 12 - 15 menit. Keluarkan dari oven. Serve fresh from the oven and enjoy!!
Saturday, November 5, 2011
Jalan - jalan
Gambar - gambar semasa cuti di Perlis. Perlis is the smallest state in Malaysia.
The capital of Perlis is Kangar and the royal capital is Arau. Sempat singgah di
Rimba Herba Perlis. Padang Besar at the Malaysian - Thailand border. Hm, biasa
ja. Jemput cuci - cuci mata!!
Tengok tangga tu ! Tinggikan ? Dengan pemandangan alam semulajadi. Cantik!
Saturday, October 22, 2011
Skotel roti
Skotel ( Bahasa Belanda ) bermakna mangkuk. Makanan ini muncul ketika kita di jajah Belanda. Skotel di buat dalam pelbagai versi. Kebanyakan veriasinya menggunakan pelbagai bahan. Pada mulanya, skotel hanya mengandungi daging yang telah di olah dan keju, akan tetapi dalam memperluaskannya, orang mulai mempelbagaikan isinya. Penambahan sayuran adalah paling kerap di temui.
Sudah tentu yang boleh di jadikan skotel, bukan sahaja makaroni. Isinya tidak trus menggunakan pasta, tetapi boleh jugak menggunakan kentang, sayuran, daging atau kombinasi kesemua bahan.
Bahan - bahanya :
3 keping roti tawar tanpa kulit, setiap keping dipotong 6 bahagian
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/8 sudu teh srbuk buah pala
100 ml susu cair
Bahan Sos :
1/2 sudu bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
100 gram ayam cincang
3 ketul sosej ayam, potong dadu kecil
100 gram jagung manis
1/2 biji lada benggala merah, potong dadu
100 gram sos tomato
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cili - tak letakpun tak pa
100 ml air
50 gram keju cheddar parut untuk taburan
2 sudu makan minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
Pukul ringan telur, garam, serbuk lada sulah dan serbuk buah pala. Masukkan susu cair dan kacau rata. Celup roti tawar ke dalam campuran susu cair. Susun di mangkuk tahan panas yg disapu nipis marjerin.
Sos : tumis bawang besar dan bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan ayam.Tumis sehingga berubah warna. Masukkan sosej dan jagung manis. Kacau rata. Masukkan lada benggala merah dan tomato. Tumis sehingga layu.
Masukkan sos tomato, garam dan serbuk cili. kacau rata. Masukkan air. Masak sehingga pekat. Tuang diatas roti tawar. Taburkan keju. Letakkan pinggan berisi adunan di dalam loyang bersaiz lebih besar berisi air. Bakar selam 50 minit dengan api bawah suhu ketuhar 170 C sehingga masak dan keju cair. Hidangkan panas.
Friday, October 21, 2011
Agar - agar gula merah
Resepi simple di penghujung minggu yang lalu. Ringkas tapi sedap. Bahannya senang di dapat. Kebetulan ada satu peket lagi serbuk agar-agar di rumah. Dari pada mubazir atau tamat tempoh, lebih baik kita jadikan agar - agar ini.
Bahan - bahan :
1 peket agar - agar
1 1/2 keping gula melaka
Gula putih secukup rasa
2 helai daun pandan
1 kotak santan segera
1 biji telur - dipukul ringan
1.3 liter air
Cara Membuatnya :
Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk. Panaskan. Tunggu sehingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan daun pandan, gula merah, gula putih, santan, telur dan secubit garam. Tunggu sehingga 20 minit. Kemudian tuangkan agar - agar tadi ke dalam bekas dan sejukkan. Hidangkan.
Tuesday, October 11, 2011
Order
Yang ni order dari Cikgu S.M.K Batu Maung lagi. Kita tak sempat nak tanya nama
cikgu - cikgu, tu! Hihi. Apa pun Terimakasih banyak - banyak di atas tempahan ini.
Sunday, October 9, 2011
Banana Chiffon Cake
Ada beli acuan chiffon kek dan dah lama betul kita simpan. Hari ni baru tergerak hati untuk membuatnya, hihi. Resepi ibu Fatmah Bahalwan. Kek ni memang gebu dan sedap. Thanks ya bu, untuk resepinya!Yuk, cuba!
Bahan A :
7 biji kuning telur
100 gram gula perang
175 gram tepung gandum
100 gram pisang yang di lecek halus
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder double action
80 ml minyak sayur
1 sudu teh esen pisang - saya pakai esen vanila
Bahan B :
250 ml putih telur
100 gram gula castor
1/2 sudu teh cream of tar - tar
Cara Membuatnya :
Campurkan tepung, baking powder, kacau rata dengan menggunakan whisk. Ketepikan. Pukul kuning telur dan gula perang sehingga pekat. Masukkan tepung, pukul dgn menggunakan kelajuan perlahan. Masukkan pisang dan minyak sayur. kacau rata. Masukkan garam dan esen vanila. Kacau rata sehingga menjadi adunan pasta. Ketepikan.
Pukul bahan B sehingga pekat dan kaku. Masukkan adunan A dengan adunan B secara bertahap sehingga tercampur rata dan ringan. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yang tidak disapu dengan apa pun. Bakar di dalam oven pada suhu 150 C sehingga masak. Angkat dan sejukkan kek dengan posisi acuan terbalik.
Thursday, October 6, 2011
Order
Order from Umi Dini beberapa hari yang lalu. Ini kes cupcake express. Nasib baik
hari tu, barang - barang kue semua dah tersedia dan tinggal buat je. Petang truss
sahaja hantar rumah depa. Thanks you so much Umi, yaa!! And enjoy!!
Saturday, October 1, 2011
Kek Keremel
Tempoh sebulan teasa begitu cepat berlalu. Berakhirnya bulan Syawal yang mulia. Hmm, terpesona dengan kek keremel yang di buat oleh Kak Ita. Siapa yang tidak terliur apabila terpandangkan kek anggun dan indah? Resepi from Kak Munirah Baharun dan untuk step by stepnya boleh rujuk ke blog
Masam Manis yaa!!
Bahan Gula Hangus :
2 sudu besar gula pasir
Cara : Masukkan gula pasir ke dalam loyang bersaiz 8 inci. Masak diatas api yang perlahan. Bila gula hancur dan tukar warna menjadi perang. Tutup api. Biarkan gula sejuk. Gula yang sejuk akan menjadi keras.
Bahan Keremel :
1/2 tin susu cair
70 gram gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
Cara : Kacau susu dan gula sehingga larut. Masukkan telur dan esen. Kacau sebati. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
Bahan - Bahan Kek :
70 gram gula castor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara : Pukul kuning telur, minyak masak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih. Masukkan gula dan pukul lagi sampai naik sekali ganda. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah di ayak. Masukan sikit - sikit dan kacau perlahan secara kaup balik.
Bahan Merinque :
6 biji putih telur - pastikan jangan tercampur sikitpun dengan telur kuning
70 gram gula castor
1 sudu teh krim of tar - tar
Cara : Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula dan krim tar2 dan terus memukul dengan sped tinggi sehingga adunan pekat dan kaku, dan masukkan 1/3 bahagian bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi. Gaul secara kaup balik. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque gaul hingga sebati.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Letakkan pewarna yang anda suka. Tuangkan keatas lapisan keremel tadi secara berselang - seli. Panaskan oven pada suhu 170 C terlebih dahulu dan bakar kek menggunakan kaedah steam bath. Bila dah masukkan kek ke dalam oven tukar pada suhu 160 C. Guna api bawah sahaja.
Selepas masak biarkan kek kekal didalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Potong kek bila ia benar - benar telah sejuk.