Sunday, March 30, 2014
Wednesday, March 26, 2014
Biskut Kacang Peas
Berbalik pada apa yang akan saya kongsikan kali ini. Buat kudapan lagi, lamaa saya beli tepung kacang peas ini. Terperap lama di dalam peti ais hari ini baru sempat nak olahkan menjadi cookies, penyedian nya cukup mudah, boleh ajak anak - anak join sekali membuat biskut ini!
Biskut Kacang Peas ( Fiza Nordin )
130 gram tepung green pea
90 gram gula icing
1/4 tsp garam
170 gram tepung naik sendiri
100 gram minyak sayuran - saya letak 120 gram
50 gram biji kuaci - untuk hiasan
Sapuan :
1 biji kuning telur + 1/2 tsp susu segar - pukul ringan
Cara Membuat :
Sapuan :
1 biji kuning telur + 1/2 tsp susu segar - pukul ringan
Cara Membuat :
Campurkan semua bahan kering dan gaul serata. Masukan sedikit demi sedikit minyak sayuran hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Kepal - kepalkan adunan menjadi bebola kecil. Jarakkan bebola di atas kertas pelapik kerana apabila dibakar, adunan akan mengembang. Sapu sedikit bancuhan kuning telur di atas adunan. Hiaskan dengan biji kuaci jika suka. Bakar 170 C (ikut kesesuaian oven masing2) selama 15 minit atau sehingga biskut keperangan.
Monday, March 24, 2014
Kek Cawan Vanila Yang Lembutt..
Selamat malam semua, menu apa untuk minum tadi petang? Hari ni saya membaking lagi buat cupcake pula, kali ni saya buat vanilla cupcake separuh daripada cupcake ni saya buat plain saja, tak ada letak apa - apa atasnya dan sebahagian lagi boleh di hiaskan dengan resepi frosting gemaran anda yaa!! Resepi ni memang agak mudah disediakan, bahan - bahan pun tak banyak. Kalau saya memang dah biasa buat cupcake atau pun muffin untuk sarapan pagi atau minum petang, menu yang simple tetapi semua orang rumah sukaa!
Kek Cawan Vanila ( Natasha's.com )
1 1/4 cups tepung gandum
1 1/4 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
3/4 gula caster
1/2 tsp garam
2 biji telur
1 1/2 tsp vanila esen
1/2 cup minyal canola / jagung
1/2 cup buttermilk
Cara Membuat :
Di dalam sebuah mangkuk masukkan tepung gandum , baking powder, baking soda dan garam ayak atau whisk kan hingga semuanya sebati. Ketepikan sekejap.. Di dalam mangkuk yang lain pukul 2 biji telur dengan menggunakan mixer hingga 15 - 20 seconds. masukan gula caster dan teruskan memukul pada kelajuan medium.
Kemudian masukan esen vanila dan minyak canola. Pukul sebati. Masukkan tepung gandum yang sudah di ayak tadi secara perlahan dan berselang - seli dengan buttermilk. Pukul sehingga adunan nampak lembutt dan sebati. Masukkan kedalam kertas cupcake sehingga 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit pada suhu 180 C atau sehingga cupcake masak dan nampak keperangan. Hias dengan frosting gemaran anda!
Jom buat sendiri potato wedges di rumah..
Assalam buat semua, bersiaran kembali dengan resepi potato wedges sebagai kudapan, cemilan dan snack untuk anak - anak yang sedang menikmati cuti persekolahan. Mula nak kena stat rajin masak sebab kalau cuti sekolah masa inilah yang sesuai untuk berkumpul dan bergura senda dengan anak - anak, di samping menyediakan judah harian yang mereka suka. Saya sendiri memang suka cuba pelbagai resepi yang bagi saya menarik tak kisahlah dalam buku masakan, majalah atau pun lebih senang by google kan menjadi ide atau iham kalau sedang ketandusan menu memasak. Inilah adalah salah satu menu cemilan favorite kat rumah jom semak resepi yang akan saya kongsikan di bawah ini..
Potato Wedges
- 1/2 kg ubi kentang - potong berbaji
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 biji putih telur - pukul ringan
- 1 kotak / peket tepung goreng ayam kfc - ayak
- 1 sudu besar serbuk kari ayam - ayak
- Garam secukup rasa
Cara Membuat :
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran di kulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga 3/4 empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit. Selepas itu, satukan serbuk lada sulah dan serbuk pati ayam di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung goreng ayam dan serbuk kari ayam yg telah di ayak tadi. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran di kulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga 3/4 empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit. Selepas itu, satukan serbuk lada sulah dan serbuk pati ayam di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung goreng ayam dan serbuk kari ayam yg telah di ayak tadi. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Saturday, March 22, 2014
Mini Pavlova
Pavlova adalah salah satu dessert yang paling lariss sekarang ini! Resepi pavlova kebanyakkannya sama je cuma cara membuat nya ada yg sedikit berbeza. Kebetulan ada stok putih telur di rumah nak saya olahkan saja menjadi pencuci mulut ini! Nak buat pon senang je, lagipon boleh ajak ahli keluarga makan bersama. Untuk toping pavlova hari ini saya letak buah kiwi, anggur, oren dah cukup berwarna - warni dan ceria agaknya ? Ok semua kita layan resepi pavlova hari ni! Happy baking!
Mini Pavlova
4 biji putih telur
3/4 caster sugar
1 tsp cuka masakan
1 tbsp tepung jagung
Hiasan
Whip cream 250 gram - pukul hingga pekat dan nampak gebu
Anggur / orange / kiwi
Cara Membuat :
3/4 caster sugar
1 tsp cuka masakan
1 tbsp tepung jagung
Hiasan
Whip cream 250 gram - pukul hingga pekat dan nampak gebu
Anggur / orange / kiwi
Dengan menggunakan mixer pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy). Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit dan increase the speed. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk ( * Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue ia tidak jatuh daripada bekas mixer ).
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam kertas cupcake dengan nozel polos saiz besar. Bakar pada suhu 100 C. Bakar selama 1 jam 15 minit. Apabila sudah masak, buka kan pintu oven sedikit dan biarkan ia sejuk didalam oven seketika. Hias dengan whipping cream dan buah - buahan kegemaran anda.
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam kertas cupcake dengan nozel polos saiz besar. Bakar pada suhu 100 C. Bakar selama 1 jam 15 minit. Apabila sudah masak, buka kan pintu oven sedikit dan biarkan ia sejuk didalam oven seketika. Hias dengan whipping cream dan buah - buahan kegemaran anda.
Friday, March 21, 2014
Blueberry Cheese Tart
Hari ini ada masa terluang dan teringin membuat cheese tart. Ramai dah mencuba resepi tart yg sedap ni. Resepi ni saya ambil dari dapur Azita sangat berpuas hati dengan hasilnya! Esok tart ini akan di bawa pada majlis harijadi, harap - harap semua orang akan suka dengan buah tangan yang akan saya bawa ini!
170 gram marjerin atau butter
50 gram gula aising
1 biji telur Gred C
290 gram tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart
Cara Membuat :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.
Bahan Inti :
250 gram cream cheese
50 gram gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.
Bahan Inti :
250 gram cream cheese
50 gram gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara Membuat :
Keluarkan cream cheese 20 - 30 minit sebelum digunakan. jangan biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek / menghias atas cheese tat tadi.
Cara Membuat Hiasan
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik! Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi letak dekat rak bawah.
Sunday, March 16, 2014
Bun Telur Untuk Sarapan Pagi..
Ini adalah menu sarapan tadi pagi, baru sempat nak post. Bun telur yang cukup mudah di buat untuk hidangan keluarga seisi di rumah. Benda yang ringkas memang selalu menjadi pilihan, selain cepat menu ini juga sesuai untuk kanak - kanak yang tak gemarkan rasa yang pedas ! Sarapan pagi sebagai hidangan terpenting pada setiap hari. Mengikut kajian para saintis, makan pada waktu pagi dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah, di samping mengawal selera dan bekalan tenaga. Individu yang bersarapan pagi, akan lambat untuk berasa lapar dan tidak akan makan secara berlebihan pada hari tersebut. Renung - renungkan semua. Ok kita semak resepi bun telur untuk menu sarapan pagi di bawah ini yaa..
Bun Telur ( dari My resepi.com )
250 gram tepung roti
50 gram tepung biasa
1 biji telur
120 ml susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
50 gram mentega
Bahan Gliss :
1/2 biji telur
1 sudu besar air
Daun bazil
Bahan Inti :
2 biji telur rebus
mayonis secukupnya
garam
serbuk lada putih
1/2 bawang besar - cincang kasar
Cara Membuat :
Masukkan semua bahan kecuali bahan gliss ke dalam bread maker. On kan. Bila dah siap, keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan jadi bulat. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu sediakan inti. Cincang bawang besar dan telur. Gaulkan dengan garam, mayonis dan sebuk lada putih sehingga sebati. Ketepikan.
Ambik sebahagian doh tadi. Canaikan jadi 4 segi. Masukkan inti dan gulong. Kemudian potong kepada 7 bahagian. Ulang langkah 4 dan 5. Masukkan ke dalam oven. rendahkan suhu kepada 40 C. Penaikkan selama 40-50minit. Kemudian sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
Inti tadi sesuai juga diganti dengan tuna.
Masukkan semua bahan kecuali bahan gliss ke dalam bread maker. On kan. Bila dah siap, keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan jadi bulat. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu sediakan inti. Cincang bawang besar dan telur. Gaulkan dengan garam, mayonis dan sebuk lada putih sehingga sebati. Ketepikan.
Ambik sebahagian doh tadi. Canaikan jadi 4 segi. Masukkan inti dan gulong. Kemudian potong kepada 7 bahagian. Ulang langkah 4 dan 5. Masukkan ke dalam oven. rendahkan suhu kepada 40 C. Penaikkan selama 40-50minit. Kemudian sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
Inti tadi sesuai juga diganti dengan tuna.
Saturday, March 8, 2014
Ikan Masak Asam
Ikan masak asam adalah hidangan yang paling mudah dan cepat di sediakan. Boleh gunakan ikan sardin atau pun ikan kembung ikut kesesuaian apa - apa saja stok barang dapur yang ada di rumah. Kalau tengah malas nak masak menu inilah menjadi pilihan, tak payah lauk lain dah cukup sedap dan menyelerakan!
Ikan Masak Asam
- 4 ekor ikan kembung / ikan sardin
- 1 biji bawang besar - di potong bulat
- 2 ulas bawang putih - potong nipis
- 1 biji cili merah - potong nipis
- 1 batang serai - racik halus
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 cawan air asam jawa
- Sedikit garam dan gula secukup rasa
- Sedikit kiub ikan bilis / pati ayam
- Sedikit lada hitam yang di tumbuk
Cara memasak :
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam, serbuk kunyit angkat dan toskan. Lebihan minyak goreng ikan cedok minyak untuk disimpan dan tinggal untuk ditumis ajerk.Tumiskan bawang besar, bawang putih, serai, dan cili hingga wangi dan masukkan air asam jawa ( pandai2 agak asam jawa tu supaya tak masam sangat kuah tu ).
Biarkan mendidih dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ikan bilis, kacau sebati dan rasakan boleh tambah lagi bahan2 untuk seimbangkan rasa tu. Masukkan ikan goreng tadi dan serbuk lada hitam dan kicap manis kacau, biarkan seketika dan boleh di angkat.
Tempahan Cake
Beberapa tempahan untuk minggu ini, kek lori pasir untuk adik Daniel. Selamat hari lahir.
Bluberry cake untuk Ustazah Ma.
Barbie doll cake untuk adik Nelly. Selamat hari lahir juga! Terimakasih pada semua..
Thursday, March 6, 2014
Kuih Cara Pandan Lembut
Masa minum petang tadi sempatlah buat kuih cara pandan. Ringkas jaa! Kuih cara yang lemak - lemak manis dan wangi pandan dan anak - anak memang suka sangat makan kuih ini, pasai kalau gigit kuih ni kuarlah gula cair tuu. Adunan pun buat sikit saja sekali hadap dah licin cukup - cukup untuk keluarga kecilku. Oklah meh kita semak resepi mudah ini! Resepi asal di sini.
Kuih Cara Pandan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur (kalau kuih melekat / susah nak lekang dari acuan.. boleh ditambahkan sebiji lagi telur)
3 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan air daun pandan (dari 3-4 helai daun pandan)
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
Blend / kisarkan kesemua bahan di atas hingga sebati.
Bahan lain :
Gula putih - untuk inti
1 helai daun pandan
sedikit minyak masak
sedikit pewarna hijau
Blend / kisarkan kesemua bahan di atas hingga sebati.
Bahan lain :
Gula putih - untuk inti
1 helai daun pandan
sedikit minyak masak
Cara Membuat :
Panaskan acuan Kuih cara. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan hampir hampir penuh (lebih dari 3/4). Biarkan seketika 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan. Tutup dengan tudung periuk. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.
Panaskan acuan Kuih cara. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan hampir hampir penuh (lebih dari 3/4). Biarkan seketika 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan. Tutup dengan tudung periuk. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.
Belimbing buluh
Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina. Sekarang ni tengah musim belimbing! Pokok belimbing buluh yang terletak di belakang rumah. Jom semak beberapa khasiat belimbing, ini di antaranya..
Menurunkan tekanan darah
Tumbuk beberapa biji buah belimbing buluh segar. Minum perahan airnya 2-3 kali sehari.
Jerawat
Tumbuk halus beberapa biji buah belimbing buluh segar. Tambahkan sedikit jus limau nipis dan ramas. Sapukan pada bahagian yang dijangkiti jerawat. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air mengalir. Lakukan 3 kali sehari.
Batuk
Ambil 10 biji buah belimbing buluh segar dan ditumbuk halus. Tambahkan 2 sudu besar air garam. Tapis dan minum 2 kali sehari.
Panau
Ambil 10 biji buah belimbing buluh segar dan ditumbuk halus. Tambahkan sedikit kapur sirih dan sapukan pada kulit yang dijangkiti. Biarkan 5 minit dan bersihkan dengan air. Oleh itu, gunakanlah khazanah alam ini dengan sebaik-baiknya. Khasiat belimbing buluh pasti tiada tandingannya. Selamat mencuba.