Sunday, September 19, 2010

Butter Peanut Doughnut Cruller


Haii, sekarang sudah menjadi ikutan dalam mempelbagaikan gaya donat mengikut peredaran zaman dan selera. Kebanyakan donat yang di lihat kini menampilkan gaya filling dan toping. Kedua - duanya mampu membuatkan donat menjadi sangat istimewa. Nak mencuba ? Ini resepinyaa..

Bahan Donat :
500 gram tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh baking powder
50 gram gula pasir
15 gram susu tepung
1 biji telur
1 biji kuning telur
260 ml air sejuk
1 1/2 sudu teh pes mocca
1 sudu teh garam
50 gram marjerin

Bahan Toping :
1 sudu makan mentega tawar
150 gram coklat masak hitam, dipotong - potong
50 gram krim mentega kacang
60 gram kacang gajus cincang - sangai untuk taburan

Cara Membuat :
Donat, campurkan tepung gandum, yis, baking powder, gula dan susu tepung.
kacau rata. Masukkan telur, pes mocca dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil
diuli sehingga menjadi doh. Masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga doh
menganjal. Biarkan doh rehat selama 15 minit.

Tekan adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian yang masing - masing
beratnya 40 gram. Bulatkan dan biarkan selama 10 minit. Canai dan lubangkan
tengahnya dengan ring kecil. Biarkan selama 40 minit sehingga mengembang di
atas loyang yang telah ditabur tepung.

Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana. Biarkan sejuk.
Topping, panaskan mentega. Masukkan coklat masak hitam. Kacau sehingga
larut dan masukkan krim mentega kacang. Kacau rata. Celupkan donat dengan
topping dan taburkan kacang gajus di atasnya.

                          

Saturday, September 18, 2010

Daging Masak Ungkep



Untuk makan lunch hari ini adalah daging masak ungkep. Daging berempah ala jawa yang menjadi menu kegemaran kami. Sekali - sekala memang terasa kesedapannya. kebetulan stok daun salam memang banyak lagi kat rumah. Jom layan!


Daging Masak Ungkep
400 gram daging - dipotong kecil
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 helai daun salam
2 batang serai - di ketuk
Garam secukupnya

Bahan Kisar :
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang kecil
4 biji buah keras
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
2 cm kunyit hidup
2 cm halia

Cara Menyediakan :
Reneh daging dengan bahan kisar dan serai. Masukkan satu cawan santan pekat dan juga air. Didihkan sehingga daging empuk. Masukkan lagi lebihan santan, daun salam dan garam. secukup rasa. Kecilkan api dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Hidangkan.

Sup Bola Ayam


Bahan Bakso Ayam :
100 gr daging ayam - cincang halus
1 sudu besar daun bawang -  hiris halus
1/2 sudu besar bawang putih goreng - haluskan
1/4 sudu teh pala serbuk 
1/2 sudu teh serbuk lada
1 sudu teh garam
1 kuning telur ayam

Bahan Kuah :
1 sudu besar margarin
20 gr bawang bombai ( bawang besar ) - cincang
250 ml kaldu ayam kampung ( stok ayam biasa )
500 ml susu segar
1/2 sudu teh serbuk lada 
1/2 sudu teh serbuk pala
50 gram buncis - potong memanjang
50 gram lobak merah - potong dadu
1 sudu teh garam

Cara membuat :
Gaulkan, sehingga sebati bahan - bahan bakso ayam. Rebus air sehingga mendidih, bentukkan bakso ayam dengan 2 buah sudu kecil. Masukkan ke dalam air, masak sehingga bakso  terapung. Angkat. Tuskan.

Kuah : Panaskan  margarin, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan stok ayam. Biarkan mendidih. Masukkan susu, tambahkan baki rempah tadi, didihkan lagi. Masukkan bakso ayam, lobak merah dan sayur buncis. Masak sekejap dan bolehlah di angkat.
Sumber : Nuraini  w
                             

Friday, September 17, 2010

Lempeng Daging Cincang


Sarapan dengan lempeng ? Kenapa tidak, sarapan yang satu ini juga berkhasiatterutama dalam proses tumbuh besar anak - anak kita. Sebenanya memancing selera kanak - kanak bukan susah. Yang penting kita perlu bijak menyediakan makanan yang beraroma, pasti  akan  meruntun anak kita pergi ke dapur. Yuk ke dapur yuuk !!

Bahan Daging Cincang :
1 labu bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
180 gram tomato puri
80 gram capsicum hijau
80 gram capsicum merah
200 gram daging cincang
120 gram keju mozzarella - sagat

Cara Membuat :
Tumiskan bawah besar sehingga naik wangi. Masukkan bawang putih, tomato puri, daging dan capsicum. Tumis selama 10 menit. Masukkan garam secukup rasa.
                                         
Bahan Untuk Lempeng :
2 biji telur
125 gram tepung gandum
300 ml susu segar
2 sudu besar mentega cair

Cara Membuat :
Masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati. Panaskan kuali non stik dan tuangkan satu senduk adunan. Pastikannya nipis. Bila sudah kekuningan, angkat dan tuangkan daging cincang dan gulung. Kemudian taburkan sagat keju keatasnya dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 20 minit. Hidangkan semasa masih panas.       

                                                                

Thursday, September 16, 2010

Ayam Vietnam



Ayam goreng kita sangat variatif rempahnya. Beza dengan ayam goreng versi
Amerika yang hanya menggunakan rempah ala kadar dan kemudiannya di salut
dengan tepung. Oleh kerana ayam goreng kita sudah berempah, kebiasaannya
dihidangkan begitu sahaja atau mungkin bersama sos cili. Hmm yumm..



Bahan - Bahan :
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Dikisar dan tumis :
3 batang serai
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 labu bawang besar - dibelah 8
4 tangkai daun kari

Bahan Perasa :
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu  besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat

Cara Menyediakannya :
Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur
selama 2 jam sebelum digaulkan dengan tepung ubi. Panaskan minyak dan
goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali
kemudian masukkan bahan - bahan tumis. Kacau sehingga rata dan masukkan
bahan perasa. Kacau sehingga rata.

Masukkan ayam dan kacau lagi sehingga rata, selepas itu bolehlah diangkat.


                                           

Wednesday, September 15, 2010

Bubur Pulut Hitam


Bubur manis yang segar dan menyejukkan badan ini, menjadi pilihan buat mereka
yang menggemari hidangan ringan pemanis mulut ini. Bukan setakat itu sahaja,
bubur manis ini juga sesuai dijadikan sebagai hidangan di waktu minum petang.

Bahan - Bahan :
100 gram beras pulut hitam, rendam selama 2 jam
2000 ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
150 gram gula pasir

Bahan Kuah Santan :
350 ml santan daripada sebiji kelapa
1 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam

Cara Membuatnya :
Rebus beras pulut hitam, air, garam dan daun pandan sehingga pulut hitam
setengah masak dan pekat. Masukkan gula pasir. Kacau perlahan sehingga
pekat dan masak. Ketepikan.

Kuah santan : rebus santan, daun pandan dan garam sambil dikacau - kacau
sehingga mendidih. Hidangkan bubur pulut hitam dengan di sira kuah santan.


Tip : pulut akan lebih cepat empuk kalau direndam semalam.
                                                   

Tuesday, September 14, 2010

Karipap Bakar


Bahan  A :
260 gram tepung gandum
80 gram mentega

Bahan B :
1 biji telur
30 ml air ais

Bahan Inti :
250 gram ubi kentang - potong dadu
100 gram dada ayam - potong dadu

Bahan Tumis :
1 sudu besar cili kisar
3 cm halia - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar serbuk kari
100 ml santan pekat
Minyak masak     

Cara Menyediakan :
Untuk pastri : gaulkan bahan A sehingga menjadi serbuk roti. Kemudianmasukkan pula bahan B dan gaulkan sebati. Rehatkan doh selama 1 jam. Untuk inti : pijarkan minyak dan tumiskan cili kisar, halia, bawang putih dan serbuk kari sehingga naik bau. Tuangkan santan pekat, kentang dan dada ayam. Kacau dan masak sehingga kentang dan ayam empuk serta pekat. Asingkan.

Ulikan doh dan kemudian leperkan doh serta bulatkan mengikut mangkuk. Letakkan inti di tengah - tengahnya. Klim keliling karipap. Pecahkan sebiji telur dan sapukan pada karipap agar berkilat. Bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga keperangan.

Sunday, September 12, 2010

Salam Hari Raya


Salam AidilFitri, bersama menghulur tangan memohon ampun dan maaf sempena
Hari Raya yang mulia...

                              

Saturday, September 11, 2010

Biskut Cinta


Sajian raya tak lengkap rasanya, kalau tidak ada biskut, kan? Hmm, kira penyeri  di hari lebaran. Lambat sikit buat biskut tahun ni kerana kesibukan dan rutin harian yang tak ada habisnya. Jom layan resepinya!


Bahan - Bahan :
250 gram mentega
20 gram lemak sayuran
140 gram gula aising
2 biji kuning telur
3 camca besar mentega kacang halus
80 gram serbuk kacang hazel

Dikacau rata :
1 camca teh serbuk kopi segera
1 camca teh air panas

Bahan diayak :
390 gram tepung serba guna
100 gram tepung kastad
1/2 camca teh serbuk penaik

Bahan Hiasan :
100 gram jem strawberi, dipanaskan

Cara Membuat :
Putar mentega bersama lemak sayuran, gula dan kuning telur sehingga sebati.
Masukkan mentega kacang dan pes kopi. Campur bahan ayak dan kacang hazel,
uli menjadi doh. Canai doh setebal 4 mm, terap menggunakan acuan bentuk hati.

Bakar pada suhu 180 C, 20  minit atau sehingga masak. Biar suam sebelum
disapu jem dan tangkup dua keping. Biar sejuk sebelum disimpan.

                           

Jagung Bakar Bersantan


Salam, dan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri untuk semua nyaa.. Pasti menu sedap - sedap ada kat rumah tuu,kan? Rendang, ketupat, biskut raya aneka rasa. Apapun, dengan ingatan tulus ikhlas ingin mengucapkan Salam Lebaran Maaf Zahir dan batin. Jom simak satu resepi yang mudah ini !

Bahan - Bahan :
500 gram jagung manis
2 biji cili merah - dibuang biji
1 ulas bawang putih
100 ml santan dari 1 biji kelapa
1/2 sudu makan gula pasir
1/8 sudu teh garam
Arang untuk membakar

Cara Membuat :
Kisarkan cili merah dan bawang putih. Rebus santan, rempah kisar, gula pasir dan garam  sambil dikacau sehingga naik minyak. Sapukan ke jagung. Bakar jagung sehingga masak, sambil sesekali di sapu baki rempah tadi.