Sunday, May 30, 2010
Udang Goreng Cili Kering
Bahan - Bahannya :
300 gram udang jerbung sederhana, tinggalkan ekornya dan belah belakang
1/2 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk menumis
Bahan Pencelup ( kacau rata ) :
75 gram tepung gandum
15 gram tepung sagu
1/4 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 biji ( 15 gram ) putih telur
115 ml air sejuk
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan minyak masak
Bahan Sos :
1 labu bawang besar - hiris panjang
3 ulas bawang putih - cincang kasar
1 cm halia parut
4 biji kering - potong 1 cm
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos cili
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
500 ml stok ayam - saya letak air biasa
1 sudu makan tepung sagu dan 1 sudu air - larutkan
1 batang daun bawang - hiris serong
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
1. Lumur udang jerbung dengan air perahan lemon, garam dan serbuk lada sulah. Perapkan selama 15 minit. Celupkan ke dalam larutan pencelup. Goreng sehingga masak dan kering. Sos : tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering sehingga terbit aroma. Masukkan sos tiram, sos tomato, garam, lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.
2. Tuangkan stok ayam. Masak sehingga mendidih. Pekatkan dengan larutan tepung sagu. Masukkan daun bawang dan minyak bijan. Kacau rata dan angkat. Hidangkan udang bersama sosnya.
Sumber : Paduan Seni Kuliner
Saturday, May 29, 2010
Baked Chicken And Mushroom
Salam.. kalau anda sedang terburu - buru, hidangan ini sangat cepat penyediaan
nya. Sementara dibakar, anda boleh melakukan pekerjaan lain pula.
Mudah bukan ?
Bahan - Bahannya :
1 labu bawang besar - dipotong besar
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu 2 cm
1/2 ekor ayam - potong 15 bahagian
100 gram cendawan butang
200 gram bunga kobis
1 sudu makan kicap inggeris
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam - tumbuk kasar
1 sudu teh gula pasir
Cara Membuatnya :
Campurkan kesemua bahan. Tuangkan ke dalam mangkuk tahan panas yang telah
disapu marjerin. Tutup atasnya dengan kertas aluminium. Bakar selama 25 minit
dengan suhu ketuhar 200 C sehingga masak.
Friday, May 28, 2010
Home Made Coklat
Bahan A :
500 gram coklat susu selbourne
50 gram pes hazelnut
Kismis, kekacang, badam atau hazel
Bahan B :
300 gram coklat putih
1 sudu teh pes strawberi
Cara Membuatnya :
1. Cairkan 500 gram coklat bersusu secara dauble boiler ( di atas air mendidih ) dan kacau sehingga tidak bergentel. Masukkan pes hazelnut ke dalam coklat cair kacau sebati.
2. Sementara itu, cairkan 300 gram coklat putih menggunakan kaedah dauble boiler, kacau jangan sampai bergentel. Tuangkan bahan B ke dalam acuan coklat. Masukkan beberapa biji kekacang atau kismis. Sejukkan di dalam peti sejuk selama lima minit lalu masukkan bahan A. Biarkan coklat menjadi keras. Hidangkan.
Thursday, May 27, 2010
Sayur Campur Berempah
Bahan - bahan
2 biji kentang - dibelah lapan
1 batang lobak merah - dihiris panjang
2 biji tomato - dibelah empat
10 tangkai kacang buncis - dipotong panjang
1 labu bawang besar - dihiris melintang
2 cm halia -dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
Garam secukupnya
1 sudu besar serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
1 tangkai cili merah
Cara Membuatnya :
Kentang dipotong ikut suka dan goreng sehingga tiga suku masak. Tumis halia cincang dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan pula bawang besar dan balik - balikkan sehingga bertukar warna perang muda. Masukkan kacang buncis dan lobak merah, kacau sehingga hampir masak. Campurkan serbuk kari dan renjiskan sedikit air. Masukkan kentang diikuti tomato, daun kari serta garam kacau hingga bercampur rata. Sendukkan ke dalam pinggan hidang, hias dengan cili merah dan hidangkan untuk makan malam atau tengah hari. Selamat mencuba.
Wednesday, May 26, 2010
Mi Sedap Tim Ayam
2 bungkus mi sedap sambal goreng, rebus selama 3 minit lalu tuskan
Perencah mi sedap mi sambal goreng
200 gram daging ayam - dipotong dadu
2 sudu besar minyak goreng
1 sudu kecil bawang putih - dipotong halus
1 sudu besar bawang besar - dipotong halus
1 tangkai daun bawang - hiris nipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
2 sudu kecil minyak bijan
200 ml santan pekat
2 biji telur
Cara Membuatnya :
1. Kacau sebati mi bersama santan dan telur. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sampai wangi. Masukkan semua perencah mi sedap sambil dikacau, masukkan daun bawang, kicap manis, kicap masin, daging ayam dan minyak bijan.
2. Sediakan mangkuk kecil, sapukan minyak. Letakkan 2 sudu besar daging ayam berperencah, lalu atur mi diatasnya. Kukus sampai mi padat.
Tuesday, May 25, 2010
Kek Mentega
Assalammualaikum..haii semua dok buat apa tuu? Nak ucap Terima
kasih kepada Anyah Kalsom yang tinggal diRaub Pahang atas kiriman
Edible Image ini. Hmm.. pastii la si budak debab tu sukee.. thanks sekali lagii..
Bahan A :
250 gram mentega
1 sudu besar kek emulsifier
220 gram gula kastor
1/2 sudu teh garam
Bahan B :
4 biji telur
Bahan C :
280 gram tepung paling halus
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan D :
1 sudu besar susu tepung
50 ml air suam
Cara - cara :
1. Pukul bahan A sehingga naik dan kembang. Campurkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Ayak bahan C dan masukkan ke dalam campuran di atas. Gaul hingga sekata.
Kemudian masukkan bahan D dan bancuh hingga sebati. Sapukan marjerin pada acuan kek. Tuangkan campuran kek ke dalam acuan. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit.
2. Potong kek mentega pada 2 lapisan. Sapukan dengan butter cream di antara lapisan kek dan susun dengan elok. Salutkan seluruh kek dengan butter cream dan hias mengikut kreativiti anda.
Butter Cream Resepi
250 gram butter / shortening
125 gram krim well
125 gram susu pekat manis
Cara Membuatnya :
Pukul butter dengan krim well hingga putih, masukkan susu pekat pukul lagi hingga kembang. Sesuaikan warnanya untuk hiasan kek.
Sumber : Wendy Kor dan I lup Islam
Bahan A :
250 gram mentega
1 sudu besar kek emulsifier
220 gram gula kastor
1/2 sudu teh garam
Bahan B :
4 biji telur
Bahan C :
280 gram tepung paling halus
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan D :
1 sudu besar susu tepung
50 ml air suam
Cara - cara :
1. Pukul bahan A sehingga naik dan kembang. Campurkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Ayak bahan C dan masukkan ke dalam campuran di atas. Gaul hingga sekata.
Kemudian masukkan bahan D dan bancuh hingga sebati. Sapukan marjerin pada acuan kek. Tuangkan campuran kek ke dalam acuan. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit.
2. Potong kek mentega pada 2 lapisan. Sapukan dengan butter cream di antara lapisan kek dan susun dengan elok. Salutkan seluruh kek dengan butter cream dan hias mengikut kreativiti anda.
Butter Cream Resepi
250 gram butter / shortening
125 gram krim well
125 gram susu pekat manis
Cara Membuatnya :
Pukul butter dengan krim well hingga putih, masukkan susu pekat pukul lagi hingga kembang. Sesuaikan warnanya untuk hiasan kek.
Sumber : Wendy Kor dan I lup Islam
Sweet Surrender
Bahan - bahannya :
300 gram buah tembikai
125 gram plain yogurt
1 sudu besar madu
250 gram ais kiub
Cara Membuatnya :
Campurkan tembikai, yogurt, madu dan ais kiub di dalam blender, proses hingga
halus. Masukkan ke dalam gelas. Sajikan.
Sumber : www.organikklub.com
Monday, May 24, 2010
Gulai Ikan Kering
Bahan - bahannya :
1/2 biji nanas yang kecil kupas kulitnya dan di potong dadu
1/2 biji kelapa - ambil 1/2 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair
Beberapa keping ikan masin - di bersih
3 sudu besar minyak masak
Bahan ditumbuk :
6 - 7 cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas buah keras
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm kunyit
1 keping kecil belacan
Cara Menyediakannya :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Tuangkan
santan cair dan biarkan mendidih kemudian masukkan ikan kering. Biarkan ikan
kering masak beberapa minit. Barulah di masukkan nanas.
2. Apabila sudah mendidih, tuangkan santan pekat serta sesuaikan rasa. Kacau
sekali - sekala agar santan tidak pecah minyak. Hidangkan bersama nasi.
Sunday, May 23, 2010
Ikan Bakar Bersambal
Bahan - bahannya :
600 gram ikan kembung - di bersihkan
15 tangkai cili kering - kisar
4 labu bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 batang serai - hiris nipis
2 helai daun limau purut - hiris halus
1/4 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
Daun pisang untuk membungkus
Cara Membuatnya :
1. Campurkan bahan - bahan kisar dengan serai, limau purut, santan pekat,
air asam, garam dan serbuk kunyit kemudian gaulkan pada ikan sehingga
rata sebelum di bungkus seekor demi seekor dengan daun pisang.
2. Susun dalam dulang kemudian bakar dengan kuasa high selama lapan mi-
nit atau atas dapur pun ok juga. Hidangkan panas - panas.
Saturday, May 22, 2010
Sweet Red Bean Bread
Ingredientas :
300 gram high protein flour
70 gram caster sugar
5 gram instant dry yeast
1/4 tsp salt
100 ml water
50 gram butter
1 tin sweet red bean - drained
1 tsp bread improver
1 egg
Method :
1. Put all ingredients in a mixing bowl ( except butter ) and beat into dough. Add
in butter and continue to beat until smooth and elastic. Cover the dough with
damp towel and rest for 1 hour. Divide the dough into 8 portions, shape into balls
and rest for another 10 minutes.
2. Roll out to a rectangle and place red beans into the dough. Then roll up and
place into a prepared greased baking tin 4 x 8. Put 4 portions into each tin.
Cover with damp towel and leave to proof for 60 minutes until dauble in size.
Bake in a preheated oven at 180 C for 20 - 25 minutes. Serve fresh from the
oven ( can make into 2 loaves ).
From : Yum Book
Friday, May 21, 2010
Pulut Sambal Gulung
Cemilan dari beras pulut memang sangat sedap! Harini nak cuba buat pulut sambal yang di gulung, pasti menarik, kan? Ini diaa, jeng - jeng...
Bahan - bahan
1/2 kg beras pulut
1/2 biji kelapa parut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 cm lengkuas
50 gram udang kering
4 sudu besar cili kisar
1 sudu teh pati ayam
Garam dan gula secukupnya
Cara Membuatnya :
Pulut di kukus dan di tanak sehingga masak. Semua bahan di kisar kecuali kelapa. Panaskan minyak, tumis bahan - bahan yang di kisar hingga naik minyak. Campurkan kelapa, gaul hingga sebati. Gaul di atas api sedang, sehingga kelapa sedikit kering.
Pulut yang telah masak tadi di letakkan di dalam loyang alas loyang dengan plastik. Ambil pulut dan ratakan. Di atas pulut tadi, taburkan kelapa yang telah di masak tadi. Gulung pulut dan padatkan. Potong - potong dan hidangkan.
Wednesday, May 19, 2010
Kerepek Bawang
Di rumah saya kalau menghadap tv takdak kudapan rasa kurang bestlah!!
Biasanya kalau hujung minggu memang saya selalu buat snack atau kudap - kudapan
untuk anak - anak di rumah. Biasanya cookies ataupun kerepek bawang cam gini jadi
kegemaran. Salam, dan selamat mencuba!
Kerepek Gunting
200 gram tepung gandum
1 biji telur
2 ulas bawang putih - haluskan
1 sudu besar marjerin
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/4 sudu teh baking powder
50 ml air sejuk
Daun sup dan daun bawang - cincang halus
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Pukul telur hingga kembang masukkan garam, serbuk pati ayam, daun sup dan
daun bawang. Masukkan tepung gandum, bawang putih dan baking powder, gaul
sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit uli hingga menjadi adunan yang elastik.
2. Canai nipis adunan menjadi saiz yang lebar, setebal 2 cm. Potong - potong.
Buat hingga habis adunan. Goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
Sunday, May 16, 2010
Nasi Panggang Tuna
Bahan - bahannya :
200 gram nasi putih
1/4 labu bawang besar - di cincang
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada sulah
1 sudu makan marjerin
1/4 labu bawang besar - hiris panjang
1/4 biji capsicum merah
100 gram tuna dalam tin
50 gram cendawan butang - di belah dua
1 biji tomato, buang bijinya dan potong dadu
1 sudu makan pes tomato
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1/2 sudu teh gula pasir
1 sudu teh oregano
350 ml air
25 gram keju mozzarella
1 sudu makan minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
1. Tumis bawang besar dengan marjerin sehingga naik baunya. Masukkan nasi,
garam dan lada sulah. Kacau rata. Masukkan ke dalam mangkuk tahan panas
yang di sapu marjerin. Tumis bawang besar dan capsicum hingga naik bau. Ma-
sukkan tuna, cendawan dan tomato. Kacau rata.
2. Masukkan pes tomato, garam, lada hitam dan gula. Kacau rata. Tuang air.
Masak sehingga sebati. Masukkan oregano. Kacau rata. Tuangkan ke atas nasi.
Taburkan keju mozzarella. Bakar 20 minit dengan suhu 170 C.
Saturday, May 15, 2010
Tall Hause Cookies
Tidak hanya menunggu masa hari raya. Kukis boleh dinikmati di saat santai bersama keluarga di rumah! Jom buat untuk kudapan minum petang !
Bahan - bahannya :
220 gram tepung gandum
200 gram kismis
2 sudu kecil esen vanila
230 gram mentega
120 gram gula aising
2 biji telur
Emping jagung ( cornflake ) di ramas kasar
Cara Membuatnya :
Mentega dan gula di putar sehingga kembang, masukkan telur dan pukul rata. Gaulkan tepung, kismis dan esen vanila hingga sebati. Sudukan satu sudu kecil adunan ke dalam emping jagung golek hingga bersalut. Aturkan di dalam dulang pembakar dengan jarak empat cm agar adunan dapat mengembang. Bakar sehingga masak selama 18 hingga 20 minit.
Thursday, May 13, 2010
Corn and Cheese Pizza
Bahan Kulit :
1 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh garam
120 ml air suam
180 gram tepung gandum
1 sudu makan minyak masak
Bahan Topping :
1/4 labu bawang besar - potong dadu
50 gram jagung pipil rebus
2 keping keju slice - di potong dadu
1 1/2 sudu makan sos cili untuk sapuan
1 sudu teh lada hitam - di tumbuk kasar
Sosej secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Untuk kulit : campurkan yis, gula, garam dan air suam. Biarkan selama 20 minit.
Tuangkan campuran yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung gandum sambil diuli
hingga menjadi doh.
2. Masukkan minyak. Uli lagi sehingga doh menganjal. Biarkan doh rehat selama
40 minit sehingga 2 kali ganda kembangnya. Canai nipis adunan. Bentukkan bulat
berdiameter 25 cm setebal 0.5 cm. Letakkan di dalam loyang yang telah di sapu
dengan marjerin. Cucuk - cucukan adunan dengan garfu.
3. Sapukan dengan sos cili. Kemudian taburkan bawang besar, sosej, jagung dan
lada hitam. Bakar selama 15 minit dengan suhu 190 C. Taburkan keju slice dan ba-
kar lagi selama 5 minit sehingga benar - benar masak.
Tip : Pizza lebih baik di hidangkan ketika masih panas supaya rasanya akan lebih
lazat.
Sumber : Sedap
Wednesday, May 12, 2010
Ayam Bakar Rempah Bali
Hai...
Just simple dish hari ini. My mom suka sangat masak ayam dengan cara seperti
ini. Yapp, kami dulu pernah duduk di Bali dan kebetulan ini adalah masakan fav.
mama ku! Enjoy guys!
1 kg ayam - potong empat atau enam bahagian, lumur air limau
nipis dan garam. Ketepikan.
5 sudu besar minyak - untuk menumis
8 helai daun limau purut
3 batang serai - di ketuk
2 sudu makan kicap
1 sudu makan air asam jawa
Bahan kisar :
150 gram cili merah
12 ulas bawang merah
6 ula bawang putih
3 cm halia
2 sudu teh belacan bakar
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula merah
Cara Membuatnya :
1. Tumis bahan kisar sehingga terbit aroma. Masukkan daun limau dan serai.
Kacau sebati. Masukkan kicap dan air asam, tunggu hingga mendidih. Masuk
kan ayam, biarkan ayam hingga 3/4 masak. Angkat.
2. Panaskan oven pada suhu 180 C bakar ayam sehingga masak. Hidangkan
ayam bersama baki rempah tadi.
Nasi Goreng Kari
Bahan - bahannya :
1000 gram nasi putih, sejukkan
1 labu bawang besar - cincang halus
200 gram udang kecil tanpa kulit
4 ketul sosej ayam - potong dadu
200 gram kacang pholl
100 gram nenas - potong dadu
4 sudu teh kicap ikan
2 sudu teh serbuk kari
2 sudu teh garan
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 tangkai daun bawang - potong 1 cm
4 sudu makan mentega untuk menumis
Bahan Pelengkap :
2 biji telur buat dadar nipis
4 sudu makan bawang goreng
Cara Membuatnya :
1. Tumis bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan udang. Kacau hingga
berubah warna. Masukkan sosej ayam, kacang pholl dan nenas. Kacau sehingga
layu. Masukkan nasi, kicap ikan, serbuk kari, garam dan serbuk lada sulah.
2. Kacau goreng sekejap. Masukkan daun bawang. Kacau rata. Hidangkan bersama
pelengkapnya.
Sunday, May 9, 2010
Puding Pandan
Bahan - bahan
1000 ml santan daripada sebiji kelapa
100 ml air daun pandan ( daripada 10 helai daun pandan )
2 titik pewarna hijau
160 gram gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 bungkus serbuk agar - agar
Cara Membuatnya :
Rebus santan, air daun pandan, pewarna hijau, gula, garam dan agar - agar sambil di kacau sekali - sekala sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan. Bekukan. Hidangkan sejuk.
Tip : Basahkan acuan dengan air sejuk sebelum di gunakan supaya puding akan mudah keluar daripada acuannya.
Saturday, May 8, 2010
Breaded Chicken Chops
Bahan - bahan
300 gram isi paha ayam - cincang halus
1 sudu teh serbuk bawang putih
30 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji putih telur
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sadur ( kacau rata ) :
2 sudu makan tepung rempah serbaguna
1/2 sudu makan bijan putih
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Sos :
3 ulas bawang putih - cincang kasar
1/2 labu bawang besar - hiris panjang
1 cm halia parut
1 sudu makan sos inggeris
1 sudu makan madu
3 sudu makan sos tomato
1 sudu teh kicap manis
1 sidu teh garam
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh gula pasir
300 ml air stok ayam
100 gram kacang pea
2 sudu teh tepung jagung dan 1 sudu makan air, larutkan untuk pemekat
1/2 sudu teh air perahan lemon
1 sudu makan marjerin untuk menumis
Cara Membuatnya :
1. Campurkan ayam, serbuk bawang putih, tepung jagung, garam, serbuk lada sulah dan putih telur. Kacau rata. Bentukkan bulat leper berdiameter 10 cm. Gulingkan di bahan sadur nipis - nipis. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan sehingga masak. Ketepikan.
2. Sos : tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga terbit aroma. Masukkan sos inggeris, madu, sos tomato, kicap manis, garam, lada hitam di tumbuk kasar, serbuk lada hitam dan gula pasir. Kacau rata.
3. Tuangkan air stok ayam. Didihkan. Masukkan kacang pea dan kacau rata. Pekatkan dengan larutan tepung jagung. Masak hingga meletup - letup. Masukkam air perahan lemon. Kacau rata.
Mousse Avakado
Bahan - bahan
250 gram isi avakado
100 gram susu pekat manis
300 ml krim pekat
1/8 sudu teh garam
12 gram serbuk gelatin dan 60 ml air, larutkan dan kukus
25 gram susu pekat manis coklat
Cara Membuatnya :
Campurkan avakado, susu pekat manis, krim pekat, garam dan gelatin. Kisar
sehingga lembut. Picitkan ke tepi gelas di bahagian dalam dengan susu pekat
manis coklat. Masukkan campuran avakado. Ratakan dan bekukkan di dalam
peti sejuk.
Sumber : Paduan Cita Rasa Seni Kuliner
Friday, May 7, 2010
Stew Telur Puyuh
Bahan - bahan
25 biji telur puyuh - di rebus
1 biji tomato merah - di potong - potong
2 biji kentang - di potong dan goreng berkulit
1 helai daun salam
2 cm lengkuas - di ketuk
5 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk pala
2 sudu teh gula pasir
750 ml air
2 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan di kisar :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras - sangai
1 cm halia
1 sudu makan udang kering - sangai
Cara Membuatnya :
1. Tumis bahan kisar, daun salam dan lengkuas sehingga terbit aroma. Masukkan
tomato dan kacau sehingga layu. Masukkan telur puyuh dan kacau rata. Masukkan
kicap manis. Kacau sehingga telur tersalut rempah.
2. Masukkan air, garam, serbuk lada sulah, serbuk pala dan gula pasir. Setelah se-
paruh menyerap masukkan kentang. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Puding Buah Prune
Bahan - bahan
8 gram serbuk agar - agar
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter
3 1/2 cawan air
170 ml susu cair
1 kampit kecil buah prune
Cara Membuatnya :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar - agar dan gula ke dalam periuk. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi, 1/2 cawan. Masukkan ke dalam periuk agar - agar yang sudah mendidih tadi, masukkan butter, kacau rata hingga mendidih. Matikan api.
2. Pastikan buah prune telah di bubuh dalam acuan yang anda pilih, sebelum menuang agar - agar ini ke dalam nya. Jadi buah prune tidak akan lembik dan ia kelihatan tersusun rapi.
Sumber : dari Hana Family modif by Julia
Wednesday, May 5, 2010
Pavlova
Hari ini saya nak cuba buat pavlova. Pavlova adalah sejenis pencuci mulut meringue yang di namakan nama penari balet Rusia iaitu Anna Pavlova. Ia adalah pencuci mulut dengan kerang garing dan lembut di dalamnya. Rasanya manis dan boleh di sesuaikan dengan taburan buah - buahan yang sedikit masam di atasnya! Sesekali mencuba sedikit kelainan! Jom semak bahan - bahanya!
Pavlova
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
3/4 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla
Whipping cream secukupnya
Buah2an segar secukupnya
Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak. Putar putih telur hingga berbuih dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul sehingga pekat dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata perlahan-lahan adunan tadi. Kemudian bentukkan sesuai selera di atas kertas minyak tadi.
Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan pavlova sejuk didalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengah nya dan susun buah buahan segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera.
Tuesday, May 4, 2010
Enoki Goreng Keju Pedas
Salam, cendawan jenis ini kenyal rasanya. Sekarang bayangkan jika di padukan dengan lapisan tepung yang rangup, Mmm soo yumyy dan krak - kriuk macam snack !! Jom mencubanya di dapur sendiri !
Bahan - Bahan :
1 bungkus cendawan enoki
Minyak untuk menggoreng
Bahan Pencelup :
50 gram tepung gandum
15 gram tepung jagung
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk paprika
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk penaik
100 ml air sejuk
Bahan taburan ( kacau rata ) :
150 gram tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu makan keju parmesan
Cara Membuat :
Potong akar enoki. Pisahkan bahagian - bahagiannya. Kacau rata bahan pencelup. Celup cendawan lalu segera di gulingkan di bahan taburan. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.
Udang Berempah
Bahan - bahan :
1/2 kg udang saiz besar
50 ml air asam jawa
Minyak untuk menumis
100 ml santan pekat
10 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Bahan di kisar :
20 gm bawang merah
10 gm cili merah
5 gm bawang putih
5 gm halia
5 gm belacan
2 gm kunyit hidup
Bahan di tumbuk :
2 gm ketumbar
2 gm jintan putih
2 gm jintan manis
Cara Membuatnya :
Tumis bahan kisar sehingga garing, kemudian masukkan bahan yang di tum-
buk dan kacau hingga berbau harum. Masukkan daun kari kemudian masukkan
udang dan gaul rata. Masukkan santan dan kacau lagi. Masukkan garam dan
gula secukup nya, sesuaikan rasa dan sedia untuk di hidangkan.
Monday, May 3, 2010
Crispy Dried Fish In Marmalade Sauce
Ingredients :
100 g small died fish, washed and drained
2 cups oil for depp - frying
1 onion - peeled and shredded
2 spring coriander leaf - cut into strips
3 chili padi - chopped
1 red chilli - shredded
Sauce :
3 tbsp marmalade jam
1 tbsp lime juice
1/2 tsp salt
Method :
Deep - fry small dried fishes in hot oil until golden brown and crispy. Dish and
drain well. Leave 1 tbsp oil in wok and saute onion until fragrant. Put in the rem-
aining ingredients, sauce and bring to boil until thick. Add in crispy dried fishes
and toss well. Dish up and serve.
Saturday, May 1, 2010
Bawal Oriental
Bahan - bahan
3 ekor ikan bawal - di kelar - kelar
4 sudu makan madu
4 ulas bawang putih - di parut
2 tangkai daun ketumbar - di cincang halus
2 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh minyak bijan
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 cm halia - di parut
Semua bahan - bahan di atas di gaul hingga sebati
Cara Membuat
Lumur ikan bawal dengan bahan - bahan rempah yang telah di gaul sebati tadi.
Diamkan selama 25 minit. Bakar sambil di sapu baki rempah sampai masak.
Hidangkan panas bersama nasi putih.